"Assalamualaikum" walid memberi salam sebaik sahaja pintu dibuka.

"waalaikumsalam." jawab aku dan sir serentak. Walid terus peluk sir.

"ini amanah allah. Jangan sia siakan Irfan. Kamu dah jadi ayah. Tanggungjawab kamu berat" kata Walid.

Kemudia. Daddy dan abang menyusul. Mummu menangis kerana gembira aku selamat melahirkan.

"Nis, anak kau tak ada nama lagi ke?" kakak mengendong bayi lelaki manakala walid mengendong bayi perempuan.

"Sharifah Aufa Afeefa. Maksud Aufa ialah Yang setia, lebih tepat. Afeefa pula Jujur, tulus" kata aku pada semua. Nama itu disetujui oleh aku dan sir pada minggu lalu.

"Sayyid maksudnya pemimpin . Jabir maksudnya pemberi kenyamanan ,  penghibur. Reedzwan maksudnya keredhaan Allah." kata sir pula. Nama ini kami pilih sama sama awal kandungan aku dahulu.

"Hello Sayyid Jabir Reedzwan. Hello Sharifah Aufa Afeefa." kata Abang. Dia teruja adiknya melahirkan bayi kembar. See my level.

...

Tiga tahun berlalu, semuanya berjalan dengan lancar. Kehidupan aku dan Sir semakin bahagia. Kami dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Alhamdulillah ini rezeki. Hazril pula sudah tamat belajar dan terus bekerja di sana. Dia juga mengahwini Tasha. Mereka menetap di sana buat seketika.

"mummy, walid mana?" Aufa dan walidnya sangat rapat. Langsung tak boleh renggang. Aku pun boleh cemburu melihat mereka selerti belankas.

Jabir pula rapat dengan aku. Boleh dikatakan jarang dia berkepit dengan walidnya melainkan dia meminta apa apa.

Walaupun usia mereka baru tiga tahun, mereka petah bercakap. Siap minta adik baru lagi!

"abang, jomla kita pergi bercuti! Sayang bosan la dudum rumah ni. Jomla honeymoon" aku menjadi manja dan gedik sejak lahirnya Sharifah Aufa Afeefa. Mereka berdua dah macam pasangan bercinta! 

"sayangg abang sibuk la. Tahun ni abang uruskan pelajar PT3. Jadi abang sibuk sikit. " aku silang tangan. Sejak kebelakangan ni sir semakin sibuk.

"tapi untuk sayang boleh je. Kita pergi minggu depan"

"yeay! Honeymoon berdua kan?" aku semakin teruja! Sudah lama tak keluar atau bercuti berdua.

Tak usah cakap pasal keluar lah, tidur pun Aufa tidue dengan Walidnya. Macam mana aku nak ada masa dengan sir?

"No No No! Aufa nak itut (ikut) " kan dah datang budak ni.

"no! Mummy berdua ja dengan walid! Aufa duduk dengan tok ummi dengan tok mummy. Tak boleh ikut. " tak ada peluang langsung nak berdua.

"Jabir nak itut (ikut) mummy. Tapi Jabir nak adik agi (lagi)"

"cukupla mummy dengan awak berdua. Pening kepala mummy." bukan mudah untuk menjaga anak kembar. Semuanya berkait. Seorang menangis, dua dua menangis. 

Aufa jalan menuju kearah sir. Aku cepat cepat lari dan duduk atas sir supaya tak ada tempat untuk Aufa. "sayang berat tapi tak apa" 

"bagi la balik boypren (boyfriend)  Aufa! Huaaa" Aufa menangis bila aku cium pipi sir. Semakin erat aku peluk sir, semakin kuat dia menangis.

SAYANG CIKGU PRAKTIKAL!! [editing]Where stories live. Discover now