PROLOG

13 1 0
                                    

Hari ini adalah hari pertama Morgan Oey akan menjalani rutin hariannya sebagai budak praktikal dalam bidang lakonan, di dalam syarikat Skop Productions Sdn. Bhd. Dimana syarikat itu merupakan penerbitan televisyen dan filem Malaysia yang terletak beribu pejabat di Danau Kota, Kuala Lumpur yang telah ditubuhkan pada 13 Mac 1985 oleh Dato' Yusof Haslam.

Apabila mendengar saja dari latarbelakang syarikat itu, mengikut perkembangan apa yang Morgan telah ketahui Dato' Yusof Haslam adalah ketua pengarah dalam syarikat tersebut. Beliau merupakan seorang yang sangat hebat dalam bidang industri perfileman. Beliau jugak telah banyak menerima anugerah pengarah filem dan drama yang terbaik dalam Malaysia. Morgan sangat mengidolakan Dato' Yusof Haslam.

Bagi Morgan bukan senang untuk dia memasuki dalam syarikat itu dengan hanya menjadi sebagai seorang budak praktikal sahaja. Aku kena ambik peluang ni dengan sebaik mungkin! Getus hati Morgan.

"Assalamualaikum, anak mak ni dah bangun jugak rupanya pagi-pagi ni" Tiba-tiba sahaja Makcik Devi muncul di depan pintu bilik Morgan yang sedang terbentang luas ketika ini.

"Waalaikumussalam mak, dah bangun rupanya. Ingatkan tadi masih di buai dalam mimpi yang indah" Kata Morgan yang seperti baru tersedar dari lamunannya tadi sambil tersenyum ke arah Makcik Devi.

"Mak memang dah bangun pun dari tadi kamu jer yang tak perasan, kamu fikir apa tadi sampai mak ketuk pintu bilik pun tak perasan?" Soal Makcik Devi lagi sambil melangkah untuk mendekati anak tunggalnya itu.

"Takdelah mak, saya cuma risaukan jer apa yang akan berlaku hari ni kan Morgan dah mula masuk praktikal. Rasa nervous pun ada rasa teruja pun ada tapi tulah harap-harap nanti semuanya takde masalah" Ujar Morgan seperti ada nada rasa kerisauan disitu.

"Ouh ingatkan kamu fikir apa tadi, janganlah fikirkan sangat tentang tu nanti kamu pulak yang risau sampai tak boleh nak fokus. Apapun mak akan sentiasa doakan, supaya Allah sentiasa permudahkan urusan kamu. Aamiin" Ujar Makcik Devi lalu menepuk-nepuk bahu anak bujangnya itu dengan lembut.

"Terima kasih mak sebab selalu bagi semangat kat Morgan, saya sangat sayang mak. Morgan janji yang Morgan akan selalu bahagiakan mak. Saya juga janji akan ubah nasib hidup kita nanti. Mak doakan selalu Morgan ya" Tiba-tiba Morgan berdiri lalu memeluk makcik Devi dengan penuh kasih dan makcik Devi jugak turut membalas pelukan anak terunanya itu.

"Morgan anak mak dengar sini, semenjak ayah kamu dah takde. Mak tiada lagi harta yang paling berharga dalam dunia ni selain kamu. Dari kamu kecil lagi doa mak untuk kamu takkan pernah luput hingga akhir hayat mak nanti. Selama ni mak sangat bangga dengan kamu, sebab kamu selalu faham apa yang mak mahu. Kamu selalu ada untuk mak, Kamu sayangkan mak dengan penuh kasih sayang. Mak doakan kalau mak nanti dah takde harap kamu akan jumpa jodoh yang baik-baik macam anak mak ni supaya boleh jaga kamu nanti" Kata Makcik Devi lagi dengan nada seperti menahan sebak di dadanya saja.

"Mak janganlah cakap macam tu, Morgan tahu ajal maut tu di tangan tuhan. Tapi kalau boleh Morgan minta, saya tak nak tuhan ambik nyawa mak dulu sebelum ambik nyawa Morgan. Saya tak boleh hidup tanpa mak selepas arwah ayah dah takde. Dari dulu sampai sekarang, bahkan sampai bila-bila Mak lah segala-galanya bagi Morgan" Kata Morgan sambil melepaskan pelukan dari makcik Devi lalu memegang kedua-dua tangan ibunya itu.

"Sayang, mak faham apa yang kamu cakap tu. Tapi kamu kena ingat dalam dunia ni tiada apa yang kekal. Jadi kalau mak nanti akan mati mak harap kamu boleh jaga diri baik-baik"
Kata Makcik Devi lagi sambil menggenggam tangan Morgan lalu mengucap lembut pipi anak lelakinya itu.

"Dah lah mak, kita janganlah cakap tentang tu lagi, saya jadi sedih pulak bila ingat nanti yang akan terpaksa kehilangan kedua orang yang paling berharga dalam hidup saya. Bukan saya hendak menidakkan setiap qada' dan qadar dari Allah. Tapi buat masa sekarang saya belum bersedia lagi untuk rasa kehilangan orang yang sangat saya sayang dalam dunia ni. Cukuplah saya kehilangan ayah lima tahun yang lepas, kalau lepas ni saya terpaksa akan kehilangan mak lagi entahlah Morgan tak dapat nak bayangkan macam mana dengan hidup Morgan nanti" Ujar Morgan lagi sambil menyekah air mata di pipinya yang dari tadi ditahan saja supaya tidak mengalir, dia sangat sensitif jika membahas yang melibatkan kematian tentang orang yang paling dia sayang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 19, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cinta Tanpa SengajaWhere stories live. Discover now