9-Mijoo

1.8K 305 196
                                    

"Siapa dia tu?" Semua berbisik bila nampak Taeyong masuk ke gudang dengan seorang perempuan.

"Aku kenalkan,Park Mijoo,Ahli baru kita" Taeyong bersuara.

Perempuan tu tundukkan badan tanpa sebarang senyuman di muka.

Yang lain nampak terkejut sebab tiba-tiba sahaja Taeyong tambah ahli baru.Perempuan pula tu.

"Kenapa tak jadi pemuas kita je?" Jaehyun bersuara.

Semua pandangan teralih ke dia.

Taeyong ketawa.

"Nafsu simpan sikit lah bro"

"Aku bukan perempuan murahan...Aku lebih daripada apa yang kau sangka" Mijoo membuka mulut.

Kening Jaehyun terangkat.

Dia mendekati Mijoo.

"Oh,ya?Apa kata kau tunjuk kat aku?" Jaehyun tersenyum senget.

Mijoo baru nak angkat tangan seolah-olah nak buat sesuatu dekat Jaehyun tapi Taeyong tahan.

"Aku dah cuba dapatkan dia sebagai ahli kita dari dulu...Kalau korang berani cari hal dengan dia,aku tak teragak-agak untuk bunuh korang"

Semua menelan air liur mendengar ayat Taeyong.

Mijoo tersenyum senget pada Jaehyun.

"Nampaknya setakat ni aku menang"

Jaehyun ketawa.

"Maybe" Jaehyun berjalan ke lif.

"Kau dah tahu bilik kau kat mana" Taeyong memberi sebuah cube hijau kepada Mijoo.

Mijoo mengangguk perlahan.Dia ambil cube tu dari Taeyong dan terus berjalan kearah lif.

Ahli yang lain masih tak lepaskan pandangan dari Mijoo.

"Aku ada system baru untuk organisasi kita"

Mereka semua pandang Taeyong.

"Mulai sekarang,korang akan ada tugasan"

Muka aku berkerut.

"ASAL BANYAK MUKA SURAT KOSONG NI" Aku mengeluh kasar.

Aku buka sampai muka surat 31 baru ada lagi jalan cerita.

Aku menghembus nafas sebelum sambung baca.

"Kau ada jumpa apa-apa ke?" Taeyong menanya pada Mijoo.

Mijoo tengah sibuk pandang sesuatu dekat komputer.

"Nama dia Park Hayoung"

Mata aku terbeliak.

Asal nama aku ada dekat komik ni?

Aku sambung baca semula.

Mijoo pandang Taeyong.

"Jadi...kita dah berakhir ke?" Mijoo menanya.

Taeyong dekatkan diri dengan Mijoo.Dagu Mijoo dipegang.

"Jangan risau...Kau dah tolong aku jadi aku akan sentiasa ingat kau"

Mijoo pegang pipi Taeyong dengan mata yang agak berair.

Perlahan-lahan Mijoo dekatkan muka dengan Taeyong sehingga bibir mereka bersentuhan.

Aku tengok muka surat sebelah.

"Kosong lagi?Haish!" Aku tukar muka surat dengan laju.

Sampai ke muka surat 45.

"Kenapa aku jarang nampak Taeyong" Mijoo mengeluh manakala Yuta sibuk menulis sesuatu di buku.

"Dia dah mula cari perempuan tu ke?" Mijoo bisik pada dirinya sendiri tapi jelas didengari Yuta.

Comic 4 | NCT√Where stories live. Discover now