virus

2.5K 1 0
                                    

Kedatangan virus ini sungguh ngeri. Virus ini merentas benua. Menerjah ke dalam semua ruang yang ada. Kali pertama berada di dalam ofis, terasa bagai ofis baru saja di langgar garuda. Terasa bagai sebelum itu keadaannya ofis telah mengalami peperangan yang dahsyat sungguh. Bagaimana keadaan meja aku? Segala kerja terbengkalai di tepi meja. Cawan2 yang tidak berbasuh kerana tidak sempat. Atau memang habit aku begitu. Selama hampir 2 bulan semuanya tidak di sentuh. Bagaikan berperang yang sungguh dahsyat. Aku berperang di rumah. Berperang dengan diri sendiri. Sungguhlah berperang dengan diri sendiri lebih hebat. Sebab apa hebat? Sebab musuh tidak kelihatan. Musuh yang ada ialah iblis yang sentiasa menghasut supaya aku jadi tidak normal. Supaya tidak jadi aku.

10.5.20
Pkp di lanjutkan lagi. Dah memang boleh agak pun. Betapa keciknya dunia. Cerita yg sblm ni jd teka-teki sudah terurai. Lawak pun ada jugak.

11.5.2020
Sehari sebelum masuk kerja semula. Pkp ni buat bagi ada masa utk fikirkan masa depan. Hidup pendatang asing nampak begitu terkesan. Sentiasa di buru oleh pihak penguasa. Apa pendapat aku? Pendapat aku ialah mereka ini sebenarnya hidup secara bebas. Tidak ada disiplin. Tidak ada jugak kebersihan. Tidak ada jugak perancangan. Hidup bagaikan parasit. Menumpang kemudiannya menjadi tuan. Kemudian? Kemudian musnah jugak.

Pkp tak boleh raya. Dah banyak tahun raya rumah mak sunyi sepi. Sebelum ni raya meriah sungguh-sungguh. Mak akan fikirkan resepi berminggu-minggu sebelum raya. Jika masa pak kerja, duitnya pak yang akan tanggung. Bila pak tiada kerja akulah pendermanya. Menunya mesti yang sedap-sedap. Tetamu kami adalah orang yang sama. Semuanya adik-adik mak. Anak-anak sedara mak. Siapa yang akan masak? Anak-anak maklah yang akan masak. Tetamu hanya datang makan. Komplen semua makanan tak sedap. Bungkus bawak balik. Itu saja kerja depa. Yang habis tenaga ialah aku dan kakak yg sulung. Kak siah pun pulun jugak. Mcm tu jugak cik kiah. Yang nombor 3 saja liat sikit. Tapi kami tak heran pun. Kalau yg datang pun memang kaki liat jugak. Elok jugak di layan liat jugak. Tapi yg jenis rajin ni memang x sanggup tengok mak sedih. Rumah kami jadi sunyi bila semua org x suka dekat mak. Semua orang x suka datang raya bila aku pun x mampu nak bg mkn yg sedap2. Semua org bergaduh. Saling tuduh-menuduh. Itu saja punca raya kami jadi sepi. Aku sedihkah? X pun. Kenapa nak sedih. Aku lebih tenang. Aku lebih rehat bila time raya. Dan aku rasa tidak adil sebenarnya. Bila aku pergi beraya di rumah mereka hanya di beri makanan yg murah. Sbb apa aku kata murah? Alasan depa ialah tidak mampu nak beli makanan yg mahal sbb terlampau ramai. Berbeza dgn mak. Mak mampu beli yg mahal dan sedap. Bila depa nak mkn yg sedap, depa mampu sj beli. Begitu jugak duit utk pergi mkn angin. Bila masa depa sakit, depa tidak akan ada duit utk rawatan. Bukan nak hina pun. Itulah kenyataan hidup org melayu. Bila masa pkp ni berlambak muncul org yg susah. Org yg tidak mampu byr sewa rumah. Sedangkan pakai kereta mewah...

12.5.2020

Kembali bertugas secara mengejut? Xla sangat. Hari ni memang jadual cik ani. Tapi semua orang mesti hadir hari ni. Sebab? Keadaan semasa yang memerlukan khidmat kami.

3.6.20
Adakah memori untuk di kenang? Memori indah2? Ya. Aku ada banyak memori indah. Tp ada yg tidak ada memori indah. Dia ini jiran kami. Dulu2 wajahnya ada iras dato shake. Penyanyi yg merantau ke paris. Dan pernah popular dulu2 masa zaman kami. Rambutnya pun pernah di potong gaya dato shake. Dan menambahkan lagi dia mcm dato shake. Cinta monyetnya penuh kelukaan. Itu yg aku. Semuanya x kesampaian sbb kemiskinan. Semasa sekolah dia amat bijak. Cemerlang. Dan dia ikuti aliran sains. Aliran untuk yg bijak sj. Bila dia buat math memang mengkagumkan. Sungguh bijak. Tapi dek cinta monyet dia gagal dlm spm. Dia merantau membawa diri. Bawa hati luka. Beberapa tahun jugak dia x muncul di kampung. Bila muncul semula dia bawa pulang isteri. Isteri yg lebih tua darinya. Dia berkenalan semasa dia bekerja membuat burger di penang. Itu ceritanya. Dia pulang ke kampung isterinya bila isterinya sakit dan meninggal. Anaknya turut meninggal. Apa lagi yg tinggal. Dia terjerumus dengan dadah. Di halau dari kampung isterinya, dia kembali ke kampung kami. Hidup seorang diri. Tanpa siapa2. Nasib baik ada rumah utk berteduh.
Semalam kak betcerita, dia sudah ada perubahan. Dia berazam untuk meneruskan kehidupan. Ada lampu lit-lap kat rumahnya. Sinar yg agak suram. Yg aku pun nmpk samar2 sj. Benarkah...

pkpWhere stories live. Discover now