S P E C I A L C H A P T E R 7

Start from the beginning
                                    

Air mata yang bertakung di tubir mata Yana akhirnya mengalir di pipi. Mungkin memang benar dia tak ada jodoh dengan Airiel. Dia duduk lalu menangis teresak-esak.

"Saf, jaga dia baik-baik. Aku akan pergi dari sini macam yang suami kau nak. Aku akan pergi dan takkan kembali,"

*****

"Saf, janganlah macam ni. Kita kan puasa. Lagi setengah jam nak berbuka, kalau air mata tu masuk mulut macam mana," pujuk Iman memeluk diriku yang dari tadi menangis.

Aku, Ainul, Iman dan Fathia berkumpul di rumah Farisya hari ini. Kami berempat tidak kerja sebab anak dah ramai. Ainul saja yang kerja sebab dia belum ada anak. Penat saja belajar tinggi tinggi akhir sekali tak kerja pun.

"Saf, kau nak tahu tak. Emosi kau masak tengah mengandung, mempengaruhi perangai anak kau nanti bila dia dah besar. Kalau kau asyik menangis je, nanti dia dah besar pun selalu menangis. Tak elok tau," pujuk Fathia pula.

"Aku tak tahu kenapa dia halau aku macam tu. Dia dah lupa ke siapa isteri dia? Aku yang kemas rumah dia, aku yang siapkan dia nak pergi kerja, aku yang mengandungkan anak dia. Aku yang besarkan anak dia! Kenapa dia backup Yana? Dia dah tak sayang aku ke? Sampai hati dia buat aku macam ni. Dasar lelaki tak gu--"

"Saf relax Saf. Jaga mulut kau. Dia tu suami kau. Walau marah mana pun kita suami kita, jangan sekali pun hina mereka," nasihat Ainul memegang tanganku.

"Entah, Saf. Kau tahu tak aku ni sekarang lagi stress dengan si Rizqin tu. Sejak dia hensem ramai betul minat dia, dah lah bukan artis. Aku geram sangat sampai aku suruh dia bawa anak aku si Fasya tu ikut dia. Aku ingat nak suruh dia nampak macam dah kahwin. Tapi orang makin suka dia sebab orang kata perempuan suka tengok lelaki jaga anak pula. Eee aku geram tahu tak," ujar Fathia sambil mendodoikan anaknya..

"Engkau okay lagi. Si Daniel tu, orang ingat dia baru 20 lebih. Padahal dah 30 lebih. Lepas tu ada pula perempuan Korea dm dia dekat insta. Aku apa lagi, video call lah dengan dia," ujar Iman pula.

"Wah seriuslah. Habis tu kau cakap apa dengan dia?" tanya Farisya.

"I bet if you be his second wife , he won't kiss you!" ujar Iman.

"Hahahahah seriously Iman. Engkau ni kotor betul otak," balasku sambil menyeka air mata di pipi. Iman tersenyum ke arahku.

"Saf, aku tahu semuanya akan okay nanti. Airiel bukan macam yang kau sangkakan. Dia bukan senang nak terima orang suka dia Saf. Aku tahu dia tak macam tu. Takkanlah dia sendiri nak tinggalkan perempuan yang lama dia kejar. Dia sayang kau Saf," ujar Iman meraih tanganku. Aku tersenyum.

Aku bersyukur ada kawan macam mereka. Walaupun kami bukan masuk universiti yang sama, kami tetap berkawan macam biasa. Tak ada toxic, tikam belakang atau sebagainya.

"Eh sekejap. Kalau korang dekat sini, suami korang dekat rumah makan dengan siapa?" tanyaku baru tersedar.

"Ouh, Daniel pergi keluar dengan kawan dia. Dia suruh aku datang sini," jawab Iman.

"Hazim pun sama pergi keluar dengan kawan dia," jawab Ainul pula. Ouh ya Hazim adalah suami Ainul.

"Wow. Rizqin dengan Hakim pun sama. Diorang keluar berdua tadi kata nak makan luar," ujar Farisya pula. Aku mengerutkan dahi.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now