Biasa orang cakap, benci benci lama lama jadi cinta. Walaupun mereka sudah bergaduh sejak dari umur 6 tahun, tidak pernah sekalipun salah seorang dari mereka rasa jatuh cinta.
Mereka sering dijodoh-jodohkan oleh ibu bapa mereka kerana sudah rapat sejak kecil. Ibu bapa masing-masing pun sudah masak sangat dengan perangai dua mahluk tuhan yang asyik bergaduh saja setiap kali berjumpa kerana rumah mereka hanyalah bersebelahan.
"Aih bosanlah duduk sebelah rumah kau ni. Asyik nampak binatang haram je," -Raissa Mikayla
"Binatang haram pun tak pernah mengaku kau tu manusia," - Naqil Al-Falah
Ibu bapa Raissa sering berpesan kepada Naqil supaya tolong jagakan Raissa di sekolah. Ibu bapa Raissa bimbang akan diri Raissa yang sangat bebas dan degil. Selalu jugalah Raissa ni masuk bilik disiplin sebab bergaduh.
Raissa adalah seorang youtubers yang terkenal dengan selalu membuat vlog setiap kali bercuti dan mempunyai 2 juta pengikut. Tapi, tipulah jika kata Raissa ini tiada haters. Disebabkan haterslah, tiada seorang lelaki pun mahu menjadi teman lelakinya kerana takut dikecam. Hidupnya terasa sunyi sehinggalah satu hari dia membuat keputusan untuk mencari teman lelaki.
Ada seseorang yang Raissa cintai, tapi Raissa hanya memendam perasaannya kerana baginya wajah Raissa tidak pernah sekalipun terlukis di fikiran lelaki yang dicintai. Mungkin Raissa terlalu rendah untuk dirinya. Walau apapun cara yang Raissa gunakan, lelaki itu tidak pernah menoleh kepadanya.
Disebabkan Raissa adalah pelajar paling cantik di sekolah itu, tiada seorang pun perempuan yang ingin berkawan dengan Raissa secara ikhlas di sekolah itu. Kalau ikutkan Raissa memang dibesarkan tanpa kawan, kalau balik kampung pun semua sepupunya tidak mahu bermain dengannya. Hanya Naqil seorang sajalah yang menjadi temannya dari kecil.
Mereka sangat berbeza kerana Naqil adalah pelajar yang dibanggakan sekolah atas kebijaksanaannya yang menyebabkan dia diiktiraf sebagai pelajar terpandai di Malaysia. Semua pelajar perempuan tergila-gilakannya kerana bukan saja hebat dalam akademik, dia juga wakil badminton sekolah yang selalu menjuarai perlawanan badminton.
"Eh kenapa dia tak pandang aku eh? Aku ni dah cantik pun still tak pandang. Tak fahamlah aku," -Raissa
"Bukan semua cinta dinilai melalui rupa," -Naqil
"Dah tu tolonglah aku dapatkan boyfriend," -Raissa
"Tak payah bazirkan zaman remaja kau dengan perkara tak berfaedah macam tu," -Naqil
Selepas 11 tahun berkawan, takkan tiada pun perasaan yang hadir diantara mereka? Selepas pelbagai perkara diharungi bersama, takkan tiada langsung rasa sayang diantara mereka?
Adakah sebenarnya mereka saling memendam perasaan? Atau memang benar tiadapun perasaan di antara mereka?
Coming soon
YOU ARE READING
Bad Boy You're Mine (rewrite)
Romance[B A D B O Y] (re-write) Safiya Zahra, seorang gadis yang menjadi pelajar kegemaran guru di sekolah ditakdirkan pindah ke Elezibeth Rose International High school selepas ayahnya mendapat gelaran Dato'. Kehidupan Safiya berubah selepas pindah ke s...