AB. III

1.7K 261 43
                                    

Waktu makan tengah hari di kantin universiti, selesai sahaja Minyoung keluar dari barisan panjang para mahasiswa yang mengisi lauk dan makanan. Dia berjalan menuju ke arah tempat yang strategik.

Miya katanya ke tandas dahulu, akan tiba sebentar lagi. Dalam perjalanan ke spot yang dia kehendaki itu, dulang berisi makanan yang dibawa olehnya hilang keseimbangan.

Hampir tumpah lauk pauk, nasi, dan sup itu. Namun, lelaki gila pagi tadi sempat menahan dulang makanan Minyoung. Disebabkan tangan Minyoung yang satu lagi sibuk memegang air coke.

Dulang makanan Minyoung dirampas oleh lelaki gila itu, dan dibawa bersama olehnya ke meja yang dikehendaki oleh Minyoung. Bagaikan dihipnotis, Minyoung hanya mengikuti lelaki itu dari belakang.

Si lelaki gila itu kemudian meletak dulang makanan Minyoung di atas meja. Tanpa berkata apa-apa, lelaki itu pergi dan berbaris pula untuk mengambil makanannya.

Miya datang dan duduk sebelah Minyoung.  "Hei, kau tengok apa?" Tanya Miya.

Minyoung menggeleng perlahan sambil memerhati lelaki gila tadi.

"Kau tengok Doyoung?" Perli Miya.

Refleks Minyoung memandang tajam ke arah Miya, "Duyung? Dugung? Apa kau cakap tadi?" Minyoung tak dapat dengar dengan jelas sebab sibuk perhatikan lelaki gila itu.

Sewaktu melintasi meja Minyoung dan Miya, lelaki itu bertegur dengan Miya. "Eyyo, Doyoung! " Tegur Miya dahulu.

Lelaki gila itu, Doyoung membalas, "Hey Miya." Seraya tersenyum manis, tersenyum sumbing macam muka arnab.

Tak lama kemudian, lelaki itu datang ke arah geng-gengnya, tepatnya meja tempat mereka makan itu di belakang Minyoung dan Miya.

"Dia mahasiswa baru yang kau kata tu?" Tanya Minyoung.

Miya menggangguk kemudian minum coke.

"Nama dia tadi— " Terpintas kata Minyoung.

"Doyoung. Kim Doyoung." Terang Miya, siap nama penuh lelaki itu lagi.

Kim Doyoung, manusia yang perlu aku hindari untuk ketenteraman hidup. 
Gumam hati Minyoung. Dia tak mahu berurusan lagi dengan president universiti sebab nama masuk blacklist— belasah anak orang.

➳❥ tbc

vomment juseyo !

[IV] Annoying Boy. ✔Where stories live. Discover now