Langkah di bawa perlahan-lahan menuju ke pintu utama di pagar sekolah. Dilihatnya jam yang terletak elok di pergelangan tangan. "Hmmm elok dah pukul 4 petang baru nak balik rumah memang kene marah dengan ibu lah ni"
melihat cuaca dilanggit kelihat mendung sahaja dari tadi, bila -bila masa sahaja hujan boleh turun. nafas berat dilepaskan . Mahu taknya rumahnya sudah lah jauh. haih kalau hujan turun masa separuh jalan memang balik basah lencun lah ni. dan apa yang paling malang ialah baru sahaja sampai dekat pintu pagar hujan dah turun . Apa lagi kelam kabut la Akira mahu cari tempat berteduh. Matanya melilau mencari tempat berteduh. Kemudia matanya teracap di sebuah pondok atau pun di panggil 'gazibo' di sebelah pondok pegawal sekolah. Dengan pantas dia mengorak langkah ke pondok tersebut untuk berteduh.
"Haih malang nasib aku kali ni macam lama je lagi hujan ni habis kene marah ni"
Ketika dia sampai di hadapan pondok tersebut kelihatan seorang budak lelaki sebayanya sedang berteduh di situ juga. Dari situ memang dia sudah berpikir dua kali sama ade nak terus berteduh kat situ atau tak. Dia bukan seorang yang peramah sangat dia lebih kepada seorang yang pemalu . Apa lagi bila dia mempunyai kelainan dari kebanyak pelajar perempuan lagi-lagi bila dapat jumpa budak lelaki berteduh dengan diorang di bawah satu pondok yang sama. Hmmm memang tak cantik. Dia bukannya kurang peramah cuma rasa percaya pada diri memang rendah. Perkenalkan dia ialah Akirah pelajar perempuan paling nerd kat sekolah ni . Even kawan dia ada hanya lah si akim sorang tu sahaja. Melihat sahaja dirinya sendiri memang keberanian tu dah cakap hai-hai bye-bye jelah. Kalau nak cakap rupa memang Akirah tiada budak nerd pakai cermin mata bulat lagi ingat smart? Dengan comotnya tudung pun senget banget kadang-kadang Memang dok lah.
Akirah kembali ke alam reality apabila perasan yang bajunya sudah semakin basah lencun dari tadi berdiri tercegat sahaja di situ. Otaknya kembali berkerja mahu atau tidak? Kalau nak tumbang berteduh kat pondok pak guard memang tidak lah. Dengar cerita pak guard sekolah ni jenis miang sikit habis aku kalau stay sana. Hello even aku takde rupa tapi aku still perempuan kalau dah namanya lelaki ade rupa takde rupa itu bukan mainan diorang.
Nak taknak dia pergi jugak kat pondok tu dari menjadi mangsa cabul. Uish idok lah mintak di jauhkan.
Pelajar lelaki yang berada di pondok itu perasan akan kehadiranya namun tidak mengangkat mukanya......Malas.
"Ermmm tumpang berteduh boleh" tanya Akirah cuba sapa dengan sopan tapi masih kedengaran kekok.
Budak lelaki itu hanya melihatnya sekilas sebelum kembali bermain telefonya kembali.
Akirah yang pada ketika itu sudah malu bertambah malu apabila mengetahui siapa yanh sedang berada di hadapanya iaitu AMIR memang kenal sangat sama tingkatan iaitu tingkatan 5. Di depanya budak paling hot kat sekolah ni. Budak atlet sekolah. Dah kalau dah cakap budak hot mesti lah rupa dia bukan biasa-biasa. Okay tak tipu Akirah juga meminati Amir ni dari mereka sama di tingkatan 3 namun apalah yang dia ada untuk tandingi berpuluh perminat si Amir ni and also Amir ni anak PIBG sekolah tau kan maksudnya. Ye keluarga di bapak kaya tapi still tak boleh kalah kan keluarga Akirah yang.....nanti aku cerita
Back to story bila Amir ni buat dek je kat Akirah pun memang dah menahan malu dengan perlahan lahan duduk di bangku di hadapan Amir. Akirah kau tengah duduk sama-sama dengan crush kau tahu tak? Soal Akirah di dalam hati. Hai hati mohon bertenang sekejap ye.
Keadaan sunyi seketika cuma bertemankan bunyi hujan membasahi bumi pada ketika itu.akirah dah mula tidak selesa dalam situasi itu. Memang sunyi sahaja.
"Kau Akirah kan kelas 5c" soal Amir secara tiba-tiba didalam kesunyian itu.
"Wait dia kenal aku" bicara Akirah di dalam hatinya.
"Ha..haah ke..kenal kee" soal Akirah semula dah ya dia mengaku dia bertanyakan soalan yang paling bodo ketika itu.
"Dah aku tau nama kau memang kenal lah"
Kan dah cakap haduhh Akirah apa kau dah buat malu weyhh.
"Kau buat apa sampai balik lambat ni" kali ini baru Amir mengangkat mukanya memandang Akirah di hadapanya.
Wajah akirah sudah bertukar merah sebab keadaan dirinya ketika itu memang comot sepenuhnya dengan basah lencunya.
"Ad..ade keje sekolah tadi kene stayback sekejap kat sekolah" jawap Akirah seraya memalingkan wajahnya kearah lain.
Amir masih lagi menatap wajah Akirah bukan tatapan itu membawa maksud yang dia sudah jatuh cinta pada Akirah,tapi sebenarnya wajah Akirah sebenarnya ade kecantikanya tapi sayang Akirah tidak reti menjaga penampilanya. again dengan cermin mata bulatnya zaman apa sekarang ni tukar-tukar lah cita rasa kot ye pon.
Akirah perasan terhadap tatapan Amir pada mukanya. Memang dia manjadi lebih tidak selesa dengan tatapan amir itu.
"Ka..kau pulak ken...kenapa ade lagi kat sekolah?" Tanya Akirah dalam keadaan sangat kekok. cuba menukar topik.
Selepas Amir perasan yang dia masih lagi menatap wajah Akirah dia segera mengalihkan pandanganya tapi dia seperti menganali wajah Akirah sama dengan seseorang yang di kenalinya. Siapa dan di mana memang dia tidak ingat.
"Malas balik rumah baik lepak sini tenang" jawap Amir kembali tenang.
Dia ingin menanya sesuatu kepada Akirah tapi di tahanya.
"Kau tahu kau tu kene ubah sikit penampilan kau tu baru nampak cantik sikit ni comot semacam bila nak dapat boyfriend kalau macam ni kan ahahaha" niat Amir hanya ingin menegur penampilan Akirah sahaja bukanya dia sudah suka kan Akirah atau apa.
Sabaik sahaja soalan itu dilontarkan Amir segera berdiri "kau lama lagi ke kalau lama lagi aku nak balik dulu" melihat Akirah diam sahaja seperti memikirkan sesuatu Amir terus mengangkat kakinya dan menuju ke arah motorsikalnya yang. Terletak di sebelah pondok pengawal.
Akirah masih terdiam tidak percaya dengan apa yang di dengarnya "dia cakap aku apa tadi" seketika Akirah cuba memastikan dia tidak dalam keadaan halusinasi dia memalingkan wajahnya kebelakang yang menempatkan Amir yang sedang menghidupkan Motorsikalnya. Akirah pasti dia tidak salah dengar. "Dia cakap aku cantik wahhh malunyaa" wajah Akirah kembali meronta merah. "Tak paham betulah cita rasa budak-budak Hot ni" Akirah memerhati Seketika di langit. "Patut lah nak balik Hujan dah berhenti" Akirah segera melihat jam di pergelangan tanganya. Pukul 4:56 petang maknanya sudah hampir 1 jam dia.berada di situ Akirah segera berdiri dan mengemaskan dirinya yang kelihat comot itu. Dengan berhati-hari Akirah melangkah untuk pulang ke rumah. Tetapi kejadian tadi kembali bermain di dalam fikiranya. Senyuman manis diukir di bibir apa bila teringat peristiwa tadi.
Bersambung
YOU ARE READING
Cinta terindah
RomanceDimalukan, di hina dan di caci di hadapan semua orang. Bagaikan hilang pedoman apa bila belakunya semua peristiwa hitam dalam dirinya. setelah apa yang terjadi berubah dari seorang yang ceria dan peramah kepada yang sebaliknya. "So kau nak cakap s...
