Sebuah Mercedes Benz berwarna hitam memasuki sebuah perkarangan rumah banglo tiga tingkat. Terlihat seorang wanita tua sedang duduk di hadapan rumah banglo tersebut sambil terus melihat ke arah kereta yang memasuki perkarangan rumahnya. Dia seperti mencurigai kereta itu. Namun setelah melihat pemandu kereta itu turun, sebuah senyum manis tercetak di bibirnya.
"Rael? Kamu kah tu?" tanya wanita tua itu. Raelno tersenyum lalu memeluk wanita berusia yang sangat dirinduinya itu.
"Ya. Ini Rael. Cucu nenek yang paling kacak di dunia," jawab Raelno. Senyuman Nek Rita semakin mengembang tatkala mendengar gurauan dari cucunya setelah sekian lama pemuda itu tidak berkunjung ke rumah banglo tersebut.
"Kamu memang tak pernah berubah," Nek Rita mengusap rambut Raelno, yang sudah lama duduk di sampingnya.
"Kenapa nenek masih di luar lagi ni? Hari dah nak malam nek, tak baik duduk di luar lagi. Nanti nenek masuk angin macam mana?" Nek Rita hanya membalas dengan senyum hangatnya.
"Terima kasih sebab risaukan nenek, Rael. Tapi nenek masih nak duduk di luar ni. Kamu masuklah dulu, lepas siap kait baju ni baru nenek akan masuk," Raelno mengangguk pasrah. Nek Rita tersenyum lagi kerana tidak memerlukan banyak tenaga untuk menyuruh Raelno melarangnya untuk terus berada di luar. Kerana sewaktu Raelno masih seorang remaja, pemuda itu sangat sukar untuk mendengar kata-kata neneknya. Dia akan tetap memaksa neneknya masuk ke dalam rumah walaupun neneknya sudah mengatakan bahawa dia akan masuk kemudian.
"Oh ya, kenapa kamu balik kampung? Syarikat tu siapa yang nak jaga nanti kalau CEO nya ada di sini?"
"Sebenarnya Papa yang suruh Rael balik kampung sebab beberapa hari yang lalu Rael pengsan masa mesyuarat. Jadi...Papa nak Rael berehat selama seminggu sebelum balik bekerja," jelas Raelno. Nek Rita menggeleng.
"Mesti kamu tak cukup rehat lagi ni, kan? Rael, nenek dah pesan sebelum kamu jadi CEO dulu, kan? Walaupun nak bekerja keras untuk syarikat keluarga kita, kesihatan tu tetap perlu diutamakan,"
"Ya nek. Lepas ni Rael akan lebih menjaga kesihatan lagi,"
Nek Rita memperbaiki letak cermin matanya sebelum menyedari ada seseorang yang berada di samping Raelno. "Siapa orang di sebelah kamu tu, Rael?"
Raelno menoleh. Menepuk dahinya kerana hampir terlupa bahawa dia bukan datang bersendirian tetapi bersama dengan rakannya.
"Arh...maafkan aku Nel. Aku hampir lupa kau ada di sini," ucap Raelno, berasa bersalah. Carnelio tersenyum sambil menggeleng.
"Tak apa. Aku memang dah biasa berdiri disebelah kau macam ni," Raelno mengabaikan kata-kata Carnelio lalu memandang neneknya semula.
"Ini Carnelio, nek. Pembantu Rael di syarikat kita,"
"Kenapa dia ikut kamu balik kampung?"
"Papa yang suruh. Papa cakap Arnel juga perlukan rehat yang cukup,"
"Nenek bukan tak suka pembantu kamu ni ikut sama balik kampung. Tapi kalau dia ikut kamu, bukankah itu sama seperti dia tidak akan mempunyai rehat? Sebab perlu jaga kamu setiap masa?"
"Tak apa puan. Saya memang dah biasa dengan semua ni. Lagi pun saya yang meminta pada Encik Raelno dan Tuan Robinson untuk ikut Encik Raelno balik ke kampung beliau," ujar Carnelio. Mendengar kata-kata Carnelio yang begitu formal membuatkan ketawa Raelno pecah begitu saja.
"Encik Raelno? Hahahaha...tolong jangan bergurau dengan aku Carnelio. Kau bukan cuma pembantu aku tapi sahabat aku masa di sekolah dulu. Tak perlu formal sangatlah, lagi pun sekarang ni kita di luar syarikat," kata Raelno sambil terus mentertawakan Carnelio. Carnelio menggaru tengkuknya, sedikit malu.
YOU ARE READING
True Love
RomanceMengisahkan perjuangan cinta seorang jejaka bernama Jeon Joseph atau Joe, pada seorang gadis yang menjadi cinta pandang pertamanya. Si gadis yang mencintai orang lain tidak membuatkan Joe berputus asa untuk mendapatkan gadis yang dicintainya. Pelbag...
