BAB 4

17.5K 1.4K 324
                                    

ANDRI berdecit kecil saat kapas putih itu menyentuh luka di sikunya itu. Dahinya berkerut sedikit.

"Padan muka kau. Siapa suruh kacau angsa. Kan dah kena kejar," ujar Andi. Mulut membebel namun tangan masih tekun melakukan kerja iaitu mencuci luka di lengan adiknya itu.

"Mana aku tahu. Danny kata ada ayam je. Aku masuk situ, angsa terus kejar aku. Bapak ar, angsa tu lari lagi laju dari aku," ujar Andri.

"Hahaha. Padan muka kau. Pergi terjah sana kenapa?" Danny yang duduk di kerusi itu mencelah.

"Kau tak cakap ada angsa," bidas Andri. Kapas yang diguna untuk mencuci lukanya itu dibaling kepada Danny.

"Hamba terlupa. Hahaha!" Danny tergelak kuat.

Andri merengus geram. Kena kejar angsa satu hal. Jatuh pula tu. Habis melecet lutut dan sikunya. Paling malang lagi bila kepalanya terhantuk pada batu. Benjol sudah. Hilang machonya. Apalah malang sangat harinya. Baru hari pertama di kampung sudah macam-macam berlaku. Belum esok lusa lagi.

"Dah. Lain kali jangan buat kerja gila. Faham?"

"Salah dia!" Andri menuding jari ke arah Danny.

"Apa? Salah diri sendiri, sibuk salahkan orang," ujar Danny, masih lagi mahu memenangkan diri sendiri.

"Kau..."

"Andri, sini saya tuam benjol tu."

Andri yang mahu memarahi Danny mengalihkan pandangannya. Nasya yang sudah duduk di sebelah Andi itu dipandang. "Mana Fya?"

"Kat dapur tolong ibu," balas Nasya. Tuala kecil di tangannya direndam ke dalam air suam lalu diperah. "Sini, saya tuamkan."

Andri hanya akur. Dibiarkan saja Nasya menuam benjol di dahinya itu. "Sakitlah..." rengeknya sebaik Nasya selesai menuam benjolnya itu.

Nasya tergelak kecil. "Sikit je. Nanti suruh Fya sapu ubat. Esok lusa baiklah tu."

Andri menggumam kecil. Dia bangun daripada terus duduk di atas lantai itu. Punggung dilabuhkan di sebelah Adam. Mata memandang ke arah kaca televisyen.

"Dengan ini diisytiharkan bahawa tarikh bermulanya Ramadhan ditetapkan pada..."

"Esok puasa!" jerit Adam sebaik pengumuman puasa itu selesai.

Andi, Andri dan Danny menjongket kening memandang Adam.

"Kau kenapa? Buang tebiat?" soal Andi.

"Apa? Salah ke? Aku excited ni," ujar Adam mendatar.

"Macam orang terencat akal je," ujar Andri pula.

"Orang single memang macam tu. Jarang tak bodoh." Danny pula mencelah.

Adam mengetap gigi. Bantal segi empat di sebelahnya dicapai dan dibaling ke arah Danny namun lelaki itu sempat mengelak.

"Werk, tak kena." Danny menjelirkan lidahnya.

Adam mencapai lagi bantal di sebelahnya. Tangan diangkat mahu membaling bantal itu ke arah Danny.

"Awak semua, makan malam dah siap. Jom makan." Afya muncul tiba-tiba di ruang tamu itu.

Andri terlebih dahulu bangun dan menghampiri isterinya. "Sayang, sakit..." adunya kepada wanita itu.

"Sikit je. Nanti saya sapu ubat. Jom, makan." Afya mengukir senyum. Tangan Andri ditarik menuju ke ruang makan.

ANDRI FEDRIC EDISI RAYA (©)Where stories live. Discover now