"Taklah. Cuma ngeri juga tengok perut bergerak."

Aifa terangguk kecil. "Tak sabarnya nak tengok baby. Mesti comel..."

"Harus comel macam akak."

"Eh, dia kena ikut Aifa. Aifa kan comel. Kan kan?"

"Anak akak, mana boleh ikut muka Aifa. Aifa buat anak sendirilah." Selamba Afya berbicara.

Aifa terkebil-kebil sendiri. Wajah Danny dipandang. Tatkala itu pandangan mereka beradu. Aifa pantas mengalih pandangannya ke arah lain.

"Bro, bini kau nak baby. Bagi jangan tak bagi," ujar Andri seraya bangun dari kerusinya.

"Abang!" Aifa mencapai sebuah bantal dan dilemparkan ke arah Andri.

"Hahaha. Dahlah, abang nak rehat. Jom sayang, rehat."

"Awak, tak boleh bangun." Afya menghulurkan tangannya kepada Andri.

Andri terus membantu isterinya untuk bangun. Setelah itu, keduanya terus melangkah meninggalkan ruang tamu itu.

"Aifa nak baby ke?" soal Danny sebaik kelibat Andri dan Afya hilang dari pandangannya.

Aifa terlongo mendengar soalan suaminya itu. Soalan apakah itu?

"Kalau nak abang boleh je bagi," ujar Danny bersama sengihan nakal.

"Merepek abang ni. Dahlah, Aifa nak rehat. Bye." Sejurus itu Aifa bingkas bangun. Riak wajahnya cuba dikawal. Malu sungguh apabila Danny menyentuh hal baby.

****

MANGGA yang sudah dipotong dicicah pada kicap yang sudah dicampur gula dan cili itu. Afya memasukkan potongan mangga itu ke dalam mulut. Matanya terpejam sedikit.

"Tak masam ke?" Andri yang melihat isterinya mengunyah mangga itu sudah mengerutkan dahi.

"Tak. Sedap sangat. Nak?" soal Afya. Sepotong mangga dihulurkan kepada Andri.

Andri laju menggeleng. "Ngeri aku tengok mangga ni."

"Sedaplah awak. Cubalah rasa. Nah, saya suap." Afya menyuakan potongan mangga yang sudah dicicah kicap itu ke mulut Andri.

"Tak nak. Janganlah paksa. Aku tak suka benda masam." Tangan Afya ditolak menjauhi wajahnya. Masin air liurnya melihat mangga yang masih hijau itu.

"Tak nak sudah," omel Afya. Potongan mangga itu dibawa ke mulutnya. "Hmm, sedapnya..." gumamnya bersama senyuman di bibir.

"Fya, cukup tak? Ke nak lagi?"

Afya mengangkat wajahnya. Danny yang sedang melangkah ke arahnya itu dipandang. Terdapat beberapa biji buah mangga di tangan lelaki itu. "Cukuplah tu. Kalau tak cukup, saya suruh Andri ambilkan."

"Eh, sayang yang nak makan, sayang ambil sendiri. Aku tak ada kena mengena dalam ini cerita. Ada ngerti?" soal Andri.

Afya mengecilkan matanya. Biji mangga dibaling ke arah Andri. "Tak bertanggungjawab! Tahu buat saya mengandung je," ujarnya geram. Potongan mangga disuap lagi ke dalam mulut, mata mencerlung ke arah Andri.

"Kakak makan apa tu?" Aifa yang baru keluar dari rumah segera melangkah ke arah pangkin.

"Mangga. Nak?"

"Nak!" Aifa terus mengambil tempat di sebelah kakaknya. Sepotong buah mangga dicapai lalu dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Seriously Aifa?" Andri sudah membulatkan mata. Adik iparnya lagi dahsyat. Mangga kosong itu dimasukkan ke dalam mulut.

"Why? Salah ke?" soal Aifa polos.

"Tak masam ke?" soal Andri. Mengerikan pula dia lihat dua wanita itu makan mangga muda. Selera perempuan memang pelik ke?

"Haha. Dia selalu je makan mangga muda. Tak peliklah." Danny yang duduk di sebelah Aifa menjawab. Sebiji buah mangga dikupas kulitnya sebelum dipotong sedikit dan dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Kau pun makan?" soal Andri. Astaga... Pelik-pelik saja.

"Apa? Tak dosa pun. Sedap tahu tak. Mahu?" Danny menghulurkan sepotong buah mangga kepada Andri.

Andri menggeleng laju. Dia turun daripada pangkin. "Ngeri aku tengok korang makan," ujarnya dan terus berlalu meninggalkan tiga manusia itu di pangkin.

"Hahaha!" Afya, Aifa dan Danny ketawa serentak.

"Mama! Makan apa?" Elsa terkedek-kedek berlari ke arah pangkin.

"Mangga. Elsa nak?" Afya mengangkat tubuh kecil Elsa dan diletakkan di ribanya.

"Nak!" Elsa menjawab laju.

Afya mencapai sepotong mangga lalu dicicah pada kicap dan disuap ke mulut Elsa.

Wajah Elsa berkerut sebaik mengunyah mangga di dalam mulutnya itu.

Afya tergelak kecil. "Sedap?"

"Acam..." jawab Elsa ringkas. Namun mulutnya dinganga lagi meminta mangga daripada Afya.

"Wah, makan mangga tak ajak," Nasya yang sedang mendukung Elfian itu bersuara.

"Eh akak, sinilah. Makan sekali. Banyak ni Danny ambil kat pokok tadi."

Nasya terus memanjat ke atas pangkin. Elfian diletakkan di sebelahnya. Mangga yang sudah dipotong diambil dan dibawa ke mulutnya. "Hmm, sedapnya..."

"Andri mana? Bukan dia dengan korang tadi?" Andi yang duduk di sebelah Nasya menyoal. Tangannya turut mencapai mangga.

"Entah dia. Ajak makan tak nak. Geli sangat tengok kitorang makan. Makan mangga je kot. Bukan makan tahi ayam." Selamba Danny menjawab.

"Patutlah. Eh, ambilkan lagi. Sedap pulak."

Mencerlung mata Danny memandang Andi. "Ambil sendiri. Aku dah ambil, dah kupas kulit siap potong. Kau tahu makan je. Aku ambil untuk diorang berdua, bukan untuk kau. Tu, pokoknya kat sana. Pergi ambil."

"Adam, pergi ambilkan aku mangga," arah Andi kepada Adam yang sedang bermain telefon itu.

"Eh, kenapa aku? Ambil sendiri," balas Adam. Satu jelingan tajam diberikan kepada Andi.

Mencerlung mata Andi memandang lelaki itu. Biji buah mangga dicapai lalu dilemparkan ke arah lelaki itu.

"Woi!"

"Eh, pengumuman puasa malam ni kan?" soal Andi bersama wajah tidak bersalahnya. Tidak gerun dengan pandangan tajam Adam.

"Aah. Sebelum Isyak."

"Tak sabar nak puasa. Tahun ni meriah sebab family bertambah. Andri ada bini, kau pun ada bini," ujar Andi. "Dan dia, masih single. Hoho." Jari menunjuk ke arah Adam.

"Apa kau? Lantak akulah nak single. Sibuk," omel Adam seraya merebahkan tubuhnya di atas pangkin itu.

"Aku bersimpati sama kamu wahai Adam. Semoga jodoh anda hadir di bulan mulia ini," ujar Andi selamba.

Yang lain sudah ketawa mendengar kata-kata Andi itu. Wajah Adam mula memerah menahan marah.

"Argh! Tolong!"

Jeritan nyaring itu membuatkan mereka yang berada di pangkin itu tersentak. Masing-masing menoleh ke arah datangnya suara tersebut. Dahi berkerut melihat Andri yang sedang berlari itu. Dan di belakangnya...

Angsa!

"Tolong aku!" Jeritan Andri bergema lagi.

Mereka yang berada di pangkin itu berpandangan sesama sendiri sebelum tawa mereka meletus melihat adegan kejar mengejar itu.

"Woi! Tolonglah!"

"Hahahahahahahahaha!"

----


ANDRI FEDRIC EDISI RAYA (©)Where stories live. Discover now