BAB 4

4.3K 204 15
                                    




Alan baru bercadang hendak mandi bila terdengar bunyi deringan telefon dari dalam bilik. Dia dah boleh agak siapa pemanggil yang dah hampir sepuluh kali mendail nombor telefon dia tu. Semestinya Mama. Tak, dia tak berhasrat nak jadi anak derhaka. Bukan dia sengaja nak abaikan arahan mama supaya balik rumah. Tapi, kepala dia dah cukup sarat dengan macam-macam perkara untuk tambah lagi sebeban masalah yang dia sendiri dah boleh tahu apa dia bila balik ke rumah nanti.

You better dengar cakap mama dan  balik rumah sekarang sebelum hidup you kena gadai along.

Whatsapp dari Ilya yang baru dihantar beberapa minit tadi dia baca dengan sebelah tangan mengelap rambut yang masih basah sekembalinya dari bilik air. Laju tangannya mendail nombor adiknya yang seorang itu.

"What happen?"

"Makngah datang pinang you untuk Kak Zu."

Sebaris jawapan balas dari Ilya itu menyebabkan dia memecut balik dari Subang ke Bangi serta merta dengan hanya menyarung tshirt dan bermuda.

"Terima kasih, sebab balik. Kenapa along tak angkat mama telefon? You know right, if a person call you more than once.. that should be really important? Mukadimah mama sebaik sahaja dia melabuhkan duduk. Nampak sangat mama tak sabar-sabar nak sampaikan berita terkini itu pada dia. Dari tepi dinding ruang tamu, dia nampak Ilya turut sama mendengar dengan duduk di tepi tangga.

"Along baru balik kerja ma, penat.. tertidur." Tipu sunat. Padahal, selepas balik jumpa Fazlee petang tadi, jangan kata nak tidur.. nak lelap mata pun dia tak boleh.

" Petang tadi, makngah Ruza datang tanya mama untuk kesekian kalinya, bila boleh satukan Along dan Zu." Mama terhenti di situ.. menanti reaksi dia mungkin.. tapi Alan hanya diam dan cuba berlagak tenang.

"Mama tahu.. along akan jawab tidak. Sebab tu kita kena bincang. Along dah tak boleh keep on lari. Sampai bila takkan selesai." Puan Hani yang duduk di sebelah anak sulungnya itu cuba meraih tangan Alan.

Alan menarik nafas, cuba mencari secarik kesabaran yang tinggal dalam diri. Berjuta kali dia pesan pada otak dan mulutnya supaya tak mengeluarkan kata-kata yang boleh buat mama sedih atau sakit hati dengannya.

"Benda yang memang takkan berlaku, untuk apa kita bincang lagi ma?"

Jawapan Alan membuatkan mama menggengam tangannya dengan lebih kuat. "Along dengar lah cakap mama ni dulu. Mama dengan makngah rancang semua ni untuk kebaikan along. Jangan ingat mama tak tahu, along masuk wad bulan lepas sebab pengsan dekat tempat kerja kan? Zu yang bagitau, sebab apa jadi macam tu? Sebab makan minum tak menentu. Kerja tak berhenti-henti."

Alan hanya menunduk mendengar serangan balas mama. "Mama.. please.. along seboleh-bolehnya tak nak sakitkan hati mama.. tak nak kecewakan makngah Ruza.. tapi along harap ini kali terakhir kita bincang fasal hal ni ma. Jawapan along masih dan tetap sama. Along takkan kahwin dengan Zu. For god sake ma... she's like my own sister!"

"Oh, kalau macam tu.. kalau bukan dengan Zu, along akan kahwin?"

Alan meraup rambut yang tak sempat disikat pun waktu dia bergegas pecut balik ke Bangi tadi. Macam mana lagi dia nak bagi mama faham?

"I have already married once ma. That's more than enough."

"Dah dekat lima tahun dah kan? Sampai bila mama nak tahan hati tengok anak sendiri bertahun tahun hidup macam tak serupa orang ni?"

"Along okay je. Dah 32 tahun dah anak mama ni. You should worry about yourself first. Jaga kesihatan, jangan stress."

Jawapan Alan membuatkan mama terdiam sekejap sebelum menyambung. "Mama tak kira, mama kasi along masa 3 bulan untuk uruskan hidup along baik-baik. Terpulanglah, along nak kata mama ni kaki kontrol anak sendiri atau apa .. yang mama tahu, if nothing change.. and if in any case i get to know something happen to you again...Along kena kahwin jugak dengan Zu, tak kira macam mana pun! "

-------------------------------------------

"Berapa kali abang dah cakap dengan awak kan.. hal budak-budak ni kita jangan masuk campur. Awak nak tengok anak awak tu merana lagi ke?" Suara Encik Ahmad Rizal memecah kesunyian malam. Hanya dia dan isterinya berdua di dapur ketika itu. Ilya seperti biasa, menghabiskan masa hanya di dalam bilik. Dan Idlan terus balik ke Subang sebaik sahaja mendengar kata dua dari isterinya tadi. Dia yang baru sahaja pulang dari majlis tahlil di kejiranan sebelah turut terkejut melihat anak lelakinya yang tiba-tiba sahaja bersalam dengannya dan terus pergi.

"Tapi sampai bila kita nak biar dia hidup  sendiri macam tu. Hati saya ni sakit sangat tengok anak saya jadi macam tu abang. Hidup, tapi macam tak de jiwa." Lirih sedikit suara isterinya ketika itu.

Baru sahaja Ahmad Rizal hendak menjawab, cuba menenangkan.. tapi isterinya dah terlebih dahulu menambah. "Semua sebab perempuan tu. Hani ralat sampai sekarang sebab tak dengar cakap Ruza dulu."

"Habis, awak ingat dengan paksa dia kahwin macam tu boleh jamin dia bahagia?" Kopi di dalam cawan diteguk dan cawan diletakkan kembali ke atas piring, menanti jawapan balas sang isteri.

"Sekurang-kurangnya.. ada orang jaga dia.. orang yang kita memang kenal. Tahu hati budinya."

"Anne tu pun bukannya jahat kan?"

"Memanglah.. tapi apa yang dia buat dekat Idlan tu. Saya sakit hati. Saya ni mak yang mengandungkan dia, lahirkan dia siap berparut perut ni sampai sekarang bang. Anne tu datang dalam hidup dia, sekejap je. Porak peranda hidup along. Jadi duda, zuriat pun tak ada. Dia? Pergi mana? Entah-entah dah bahagia kahwin lain."

"Hani, jodoh..pertemuan.. ajal...maut.. Siapa kita nak persoalkan." Sedikit keras Ahmad Rizal bersuara. Dia tahu, isterinya itu kecewa yang teramat sangat dengan apa yang terjadi dalam hidup anak sulung mereka itu.

"Dulu, Ruza pernah cakap dekat saya. Pernah nasihatkan saya. Anne tu dah guna-gunakan along. Dia kan pandai memasak, hari-hari bagi makanan dekat anak kita tu. Entah apa yang dia letak sampai along...."

"Ma, kalau Kak Anne tu guna-gunakan along, atau letak apa-apa dalam masakan dia.. dah lama dah kita semua pun mati. Semua orang dalam rumah ni suka masakan dia kan? Ayah's favourite lasagna.. creamy baked potato Kak Anne yang mama selalu suruh dia buat tu...... Oh, moist chocolate cake yang sedap gila yang bila hari raya je mesti semua orang serbu atas meja tu ma? Don't you remember?"

Puan Hani terkesima. Entah sejak bila Ilya Zuraini muncul dekat dapur ni dia pun tak tahu. Encik Ahmad Rizal dah ketap bibir menahan ketawa.

"Now you make me crave for lasagna laaa Eya!"

"You've got my point ayah." Ilya petik jari

__________________________

Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Anjing rumah jiran yang dari tadi buat konsert salak menyalak pun dah mula senyap. Cuma tinggal Aini Dahlia sahaja yang masih gagal melelapkan mata. Memang penyakit susah tidur ni dia dapat dari zaman belajar dulu lagi. Apa yang dia buat bila tak boleh tidur? Baca buku. Sesetengah orang kata, membaca ni ubat senang tidur. Tapi bukan bagi dia. Selagi tak habis baca, mata dia takkan boleh lelap.

" You should stop.. baca buku waktu malam.. dengan lampu yang hidup segan mati tak mahu tu la. Lepas tu bising power spec naik."

"Habis tu I nak buat apa? I tak boleh tidur."

"Buatkan I makanan. I lapar."

"You nak makan apa?"

"Pancake. Yang gebu macam pipi you tu."

"Souffle pancake?"

"Pancake pipi Anne Dahlia."

"You nak cakap I gemuk cakap je laaa."

"I... am...admiring your fluffy cheeks hun."

Anne memejamkan mata...Sebuah bantal kepala diambil dan ditekupkan ke mukanya rapat-rapat.. dan dia menjerit sepuas hati. Puas menjerit, kedua-dua belah tangan diletakkan di pipinya dan ditampar sekuat – kuat hati. Tolonglah, ada tak sesiapa buat servis hilangkan memori? Dalam tempoh lima tahun ni, macam-macam cara dia dah cuba. Tapi tak pernah berjaya. Dia perlu padam semua memori ini untuk membolehkan dia.... tidur.

CINTA, UNTUK SEKALI LAGI - Tajuk asal Five Years Of Love (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now