Dan, memang betul pun.. belum sempat Anne nak melangkah lebih jauh.. satu suara sumbang kedengaran menambah rencah.

"Pembetulan ustaz, janda muda.. cantik pulak tu.. siapa tak berebut.. ustaz pun, kalau nak... kena bersaing laah ye takk."

Ayat yang keluar dari mulut kak Maimon, kerani pejabat yang dah hampir nak pencen itu membuatkan Anne menggenggam penumbuk dalam diam. 'Sabarr Anne.. sabarrr... not worth it..' dia memujuk hati sendiri dan berlalu meninggalkan tempat kejadian. Sampai bila entah agaknya dia kena bersabar dengan mulut-mulut longkang tak berinsurans macamni. Sekejap lagi, naik ke pejabat entah apa lah cerita tabloid yang keluar untuk halwa telinga manusia-manusia dahaga gossip dekat sekolah ni.

'Anne menggatal dengan ustaz Safuan.'

'Perangai janda memang selalu macamtu, tunang orang pun nak disapu.'

Haih...

Elok-elok dia dah berniat nak turun ke kantin tadi, terus putus selera. Bila loceng balik nak bunyi ni?

__________________________________

"Nur Aini Dahlia Binti Mohd Asyraff, aku ceraikan kau...dengan talak satu."

Matanya dipejamkan. Nafas ditarik dalam, dan dilepaskan kembali. Terasa sempit dadanya menahan rasa. Hampir 5 tahun dah berlalu, sejak dia ucapkan lafaz paling menyiksakan itu di depan semua saksi di mahkamah.... Tapi dia tak tahu kenapa, rasa sesak yang dekat dalam ni, tak pernah hilang. Teringat perbualannya dengan kawan baiknya Fazlee waktu minum petang di Pelita petang tadi.

"Dalam banyak-banyak tempat, kau orang akhirnya jumpa balik dekat kenduri kahwin jugak kan? Suratan atau kebetulan ek? Fazlee mengusik sambil tersengih-sengih. Alan rasa macam nak simbah je teh panas dekat depan dia waktu tu.

"Aku curious ni.. nak tahu...did you... by any chance... making eye contact dengan dia waktu tu?"

Alan angguk perlahan mendengar soalan yang keluar dari mulut Fazlee. Dia ingat lagi, dua saat dia bersabung pandang dengan wanita berwajah manis yang tak pernah luput dari ingatannya itu.

"Aini Dahlia... as we both know her.. dia buat sardin macam tak kenal aku pun."

Fazlee ketawa. "Muka dia je sardin. Kat dalam tu entah macam mana agaknya. Umi cakap balik tu seharian dia berkurung dalam bilik."

Alan mengacau teh halia yang dah berbaki setengah di dalam cawan. Dalam banyak-banyak perkara yang berlaku lepas berpisah dengan Anne dulu, dia rasa beruntung sebab ada kawan macam Fazlee ni. Walaupun yang kena cerai dengan kawan baik dia tu adik dia sendiri. Fazlee sejenis yang tak ikut emosi. Mungkin juga yang lebih tepat, sebab Fazlee Fauzan ini seorang saja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi disebalik kisah cinta tragis Alan dan Anne ketika itu.

"Actually kan.. aku pun pelik sebenarnya bila umi bagitau Anne terima tempahan buat kek kahwin anak cikgu sekolah dia tu. Masa kenduri aku dengan Wany bulan lepas tu pun, dia buat sebab dia malas nak belikan aku hadiah kahwin lain. Itu pun berpuluh kali dia minta Wany janji jangan bagitau siapa buat kek tu kalau orang tanya."

Alan hanya mampu diam.. Anne memang sungguh-sungguh nak buang dia jauh-jauh dari hidup. Sampai sanggup korbankan satu-satunya bisnes, passion dan hobi yang paling buat dia gembira suatu ketika dulu.

"Mungkin sebab dah tertulis takdir nak bagi kau orang jumpa balik agaknya.." Rendah Fazlee bersuara.

"Jangan merepek Lee."

"Mengaku jelah, kau memang tak pernah move on pun sebenarnya dari adik aku tu kan?"

Dan disebabkan sebaris ayat Fazlee itu jugak, penyudahnya Idlan Zuhairi termenung sendiri dari balik rumah petang tadi membawa ke malam.

__________________________________

"Habis tu kau diam je?"

Anne hanya mengangkat kening sedikit. Cheesy beef meatball yang baru dihantar pelayan restoran itu sebentar tadi dicucuk dengan garfu lantas di sudu ke mulut. Sedap. Ni yang dia suka ajak Syifa makan kat sini, walaupun sekadar restoran western biasa, rasa masakannya tak pernah mengecewakan. Dia pantang sikit kalau orang buka kedai beria lepastu rasa makanan entah apa-apa.

"Kalau aku jadi kau Anne... budak kurang ajar tu, dengan Kak Maimon, dengan Ostad perasan tu pun aku tapakkan heels dekat muka tau!" Syifa meluahkan rasa tak puas hati selepas mendengar cerita Anne tentang apa yang berlaku dekat sekolah siang tadi.

Anne hanya mencebikkan bibir. "Aku memang terfikir nak buat macam tu pun tadi.. tapi aku malas nanti masuk suratkhabar aku jadi popular sangat.. artis pulak marah kat aku." Dan dia ketawa sendiri lantas menyisip jus epal dari dalam gelas dihadapannya.

Syifa hanya mampu menggelengkan kepala. "Aku rasa Ustaz Safuan tu memang ada hati dekat kau lah. Dari kau mula posting dulu dia cuba nak 'try' kau kan."

"Tu sebelum dia tau aku ni janda." Anne menuturkan perlahan perkataan janda itu. Entah kenapa, hatinya rasa pedih bila lidah sendiri menuturkan title yang dah disandang dengan jayanya sejak lima tahun lalu itu.

"So, kiranya kau pun memang ada hati kat dia jugak lah?" Syifa menarik pinggan berisi meatball di hadapan Anne, di sudunya sebiji meatball yang disaluti keju cair itu ke dalam mulut. Dia tahu sangat, Anne ni kalau makan bukannya pernah habis walaupun dia yang beria-ia ajak orang keluar makan.

"Hey, dia dah bertunanglah. Kau ni kan..." Anne mengetap gigi.. geram dengan Syifa yang dia tahu sengaja hendak menguji emosi dia malam-malam macamni.

"Kalau dia tak bertunang, kau akan terima dia?" Syifa masih taknak kalah nampaknya.

Anne menyandarkan tubuhnya di kerusi. "Seriously Cik Norul Syifa?.. macam lah kau tak tau Ostat ostat ni....totally not my type." Anne menggolekkan bebola mata ke atas.

"Yelah, memang lah.. sebab taste kau.. dulu.. kini.. dan selamanya...peguam sorang tu je.. kan.. kan?" Syifa menjelirkan lidah sambil ketawa. Tanda puas hati dapat checkmate seorang Aini Dahlia yang keras kepala itu malam ni.

"Syifa!!! Kau .... balik jalan kaki!!"

CINTA, UNTUK SEKALI LAGI - Tajuk asal Five Years Of Love (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now