04

11.1K 801 9
                                    

Angin malam menampar lembut kulit Adam

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.


Angin malam menampar lembut kulit Adam. Merenung langit yang gelap. Coklat panas di dalam gelas dia hirup perlahan.

"Adam." Kepalanya berpaling menatap wajah ibu yang berdiri di hadapan pintu. Automatik senyumannya mekar.

Tengku Mariana menghampiri anak lelakinya. Sedari tadi dia perasan anak lelakinya itu asyik termenung sendiri. Kerusi di sebelah Adam dia tarik sebelum perlahan punggungnya di letakkan.

"Ibu tak tidur lagi ke?" Adam menyoal.

"Belum. Tadi baru lepas habis on call dengan adik kamu." Beritahunya. Lekat dia merenung wajah anak lelakinya itu.

"Kacak anak ibu." Puji Datin Mariana tiba-tiba. Senyumannya melebar bila Adam merengek malu.

"Betul apa. Anak-anak lelaki ibu semua ikut muka ibu." Ternaik-naik keningnya. Dah lama rasa tak berbual dengan anak teruna yang seorang ini.

"Oh, ibu dalam pada masa yang sama nak kata ibu cantikkan? amboi.." Adam mengekek ketawa. Dengan insan yang bergelar ibu ini dia sentiasa hormat. Bagi dia, ibu dah berkorban segalanya hanya untuk membesarkan dia dan adik beradiknya yang lain.

"Ibu tak kata. Tapi, kalau itu yang Adam rasa yeah ibu tak boleh nak kata apalah kan?" Tawa kecilnya meletus.

"Hm.. Abah ada bagitahu ibu semalam yang dia balik minggu depan. Dia kata pandai Adam uruskan syarikat. Bagus anak ibu. Boleh ganti tempat abah tak lama lagi. Abah pun dah tua dah boleh berehat di rumah."

"Adam buat apa yang mampu. Itu pun ramai pekerja abah tolong. Kalau Adan sorang tak jadi jugakkan?" Dia merendah diri.

"Bulan depan Adam dah 26. Dah ada ke calon-calon untuk ibu dengan abah?" Ternaik hujung bibir Adam mendengar. Wajah Puteri serta merta terbayang.

"Ibu doalah yang terbaik untuk Adam. Adam ada kenal seseorang ini tapi, dia lain." Dahi Tengku Mariana berkerut.

"Lain macam mana?"

"Adam tak tahulah ibu nak kata macam mana. Kalau ibu tengok dari segi fizikal dia, dia normal macam gadis lain. Dia cantik. Dia pandai. Tapi, cara dia macam budak-budak." Terang Adam berhati-hati.

"Maksud Adam?"

"Itulah, Adam pun tak tahu macam mana nak terangkan." Adam mengeluh.

"Ada gambar dia? ibu nak tengok." Adam mengangguk. Gambar Puteri yang menjadi lockscreen iphonenya di suakan kepada Tengku Mariana.

"Yang ni ke?" Adam mengangguk.

"Cantik. Patutlah anak ibu ni angau betul. Sampai termenung saja sekarang." Adam senyum biasa mendengar Tengku Mariana memuji Puteri. Benar, Puteri cantik!

"Adam bukan suka dekat dia sebab kecantikkan dia sahaja ibu. Cara dia, semuanya tentang dia." Tengku Mariana menarik tangan Adam. Hangat tangan anak lelakinya itu dia genggam.

"Ibu tak kisah pun siapa menantu ibu nanti. Tapi, ibu harap Adam bijak memilih isteri ya. Hm, bawalah dia datang jumpa ibu. Apa nama dia?"

"Puteri Inara."










Fail berwarna kelabu itu terbang ke atas lantai. Bersepah kertas di dalamnya berterabur. Turun naik dada Adam menahan emosi.

"Kalau macam ni cara kau bekerja, lebih baik kau buka syarikat kau sendiri. Semua benda kau buat ikut kehendak kau sorang je." Tegas Adam memarahi pekerjanya itu.

"Kalau rasa tak boleh bekerja dalam kumpulan, bagitahu awal-awal. Bila jadi macam ini yang rugi bukan kau. Tapi, syarikat!" Adam melonggarkan tali leher yang terlalu ketat.

"Kalau aku minta kau bayar ganti rugi semua ni, kau mampu ke?" Mencerlung matanya merenung pekerjanya yang tunduk berdiri dihadapan.

"Maafkan saya, Tengku."

"That's it. Manusia ni senang sangat tabur perkataan maaf tu. Empty! Maaf kau tu takda maksud apa-apa pun." Adam menggaru dahi pening.

Pak!

Pintu bilik pejabatnya terkuak. "Abang kacak." Tegur Puteri perlahan. Dia ragu-ragu nak mendekati Adam yang kelihatan marah itu.

"Adam. Aku tak tahu pula kau ada problem. Puteri yang nak jumpa kau sangat." Noah di belakang Puteri bersuara.

Adam mengeluh buat seketika. Dia merenung Puteri yang terkulat-kulat di muka pintu. "Kau keluar." Arahnya kepada pekerja di hadapan.

Sebaik saja pekerjanya itu keluar, Adam cuba mengawal emosinya. Dia tak nak dia lepaskan kemarahan dia dekat Puteri yang tak bersalah itu.

"Puteri, come here." Tangannya terhulur memanggil Puteri. Perlahan Puteri menghampiri dia.

Adam terus menyambar tangan Puteri sebaik saja gadis itu mendekat. Dia bawa Puteri rapat ke sisinya.

"Hey, kenapa muka takut ni." Tegur Adam. Dagu Puteri dia sentuh mengarahkan gadis itu memandangnya.

"Abang kacak marah ke? janganlah marah. Puteri takut." Adam senyum hambar.

"Tak, abang tak marah. Puteri datang ni rindu abang eh?" Hidung Puteri dia cuit manja. Puteri mengangguk laju. Senyumannya melebar.

"Dah lama abang kacak tak meet Puteri. Abang kacak tak rindu Puteri ke?" Puteri cebik comel. Adam ketawa kecil. Geram tengok bibir pink tu terjuir.

"Maaf, abang sibuk kerja. Mestilah abang rindu Puteri!" Puteri mengekek suka. Erat dia memeluk Adam. Adam merenung Noah yang buat muka tak puas hati di muka pintu.











Noah sudah di halau Adam. Kata Adam, Noah adalah syaitan yang menganggu hubungannya dengan Puteri.

Puteri di hadapan Adam renung sekejap. Tekun betul tengok cartoon dia. Sebenarnya, Puteri yang berkeras nak duduk dengan Adam. Puas Noah pujuk nak hantar balik, tapi dia berdegil. Sampaikan merengek.

Adam senyum kecil sebelum menyambung kerjanya. Hari ni dia berteman. Kejap-kejap terdengar tawa Puteri mengekek. Bila Puteri ketawa, Adam pun ketawa suka. Padahal dia tak tahu apa yang Puteri ketawakan.

"Abang kacak." Adam mengangkat wajah menatap Puteri yang merenungnya.

"Kenapa?"

"Nak tidur." Matanya kuyu.

"Okay, come." Adam memimpin Puteri ke sofa panjang yang terletak di dalam bilik pejabatnya.

"Puteri tidur sini dulu ya?" Pujuk Adam. Puteri mengangguk.

"Abang teman." Pintanya. Adam ketawa kecil. Pulak dah. Sudahnya paha Adam jadi bantal Puteri.

Selang beberapa minit, Puteri sudah terlena. Adam mengelus rambut Puteri. Dia bingung. Adakah Puteri selamanya akan seperti ini. Dia sudah berhajat mahu menjadikan Puteri sebagai isterinya tetapi, bila memikirkan keadaan Puteri, Adam jadi serba salah.

Kepalanya tunduk. Dahi Puteri dia kucup sekejap. Bibirnya melebar apabila Puteri menjadikan tangannya sebagai bantal peluk.






•••

Happy fasting.

vote
komen

Cinta Hati Adam.Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu