Aku mengangguk.

Baru sahaja hendak menyambung kata-kata,tiba-tiba bunyi tawa kanak-kanak menyapa telinga kami.Lantas aku memandang seorang budak perempuan yang didukung oleh ayahnya dari belakang.Budak itu kelihatan gembira sekali dalam dukungan ayahnya.

"Come.Naik belakang abang sekarang."bisik Wijdan ditelingaku.Aku terbeliak kecil apabila dia sudah mula merendahkan tubuhnya agar aku boleh naik.

"Err..Tak apa ke?Abang tak malu?"

"Buat apa nak malu sayang?Kita dah nak sampai homestay dah pun. Dah,jomlah."

Melihatkan sahaja senyuman suamiku yang menampakkan giginya itu, aku terus tergelak riang.Lantas aku naik di belakangnya dan dia perlahan-perlahan mendukungku.Lehernya aku paut kemas.Aku meletakkan daguku di atas bahunya dan pipi kami bersentuhan.

"Ready?"

"Hmm."

Sempat lagi aku kucup pipinya sebelum dia melangkah membawaku ke arah homestay kami.

"Abang."

"Hmm?"

"Abang tahu tak abanglah anugerah terindah buat Haura. Walaupun dulunya abang kata abang liar,tapi sekarang abanglah yang ingatkan Haura untuk solat dan buat perkara yang baik.Abang selalu ingatkan Haura hadis Nabi Muhammad SAW dan teman Haura mengaji."

Tiba-tiba sahaja air mataku mengalir tanpa disedari Wijdan.Dia hanya diam tapi aku tahu dia mendengar.Dia memang seorang pendengar yang baik.

Dagu aku tekan di bahunya. "Abang selalu lindungi Haura dengan sebaik yang mungkin.Abang sanggup cederakan diri abang untuk Haura even abang tahu yang perkara tu mungkin sangat menyakitkan.Abang layan Haura dengan sebaiknya.Kalau Nabi Muhammad boleh kata yang kesenangan di dunianya terdapat pada wanita dan minyak wangi,maka kesenangan Haura terdapat pada abang."

"Haura buat abang terharu sayang.Ni sebab nak bodek ke apa ni?"

Aku gelak lalu menggeleng perlahan.

"Taklah.I'm just want to give you a present."

"What present?"

Aku masib berada dalam dukungannya walaupun kami dah masuk dalam homestay.

"Dah tiba masanya Haura bagi label 'papa' kepada abang."

Kaku tubuh Wijdan saat kami berada di ruang tamu. Aku kemaskan lagi tanganku di lehernya.Wijdan memandangku di bahunya.Dia nampak tergamam.

Terus aku kucup bibirnya lama sebelum air mata mengalir lagi.

"I'm pregnant.Dah dua bulan Haura sembunyi dari abang sebab nak tunggu masa yang sesuai untuk bagi tahu kat abang."

"Haura.."

Dia nampak tak sangka dengan kata-kataku.Tubuhku diturunkan dari belakangnya sebelum dia merangkul tubuhku dari belakang.Erat tangannya melingkari pinggangku.Mata kami bertaut lama sebelum dia tersenyum manis sampai nampak gigi.

"Thank you sayang for giving me a priceless present."

"Jangan kat saya abang,tapi kat Allah."

Dia mengangguk setuju lalu mengucup ubun-ubunku.

"Thanks Allah. Allah dah bagi abang banyak sangat.Dia bagi abang isteri yang baik dan sekarang abang akan jadi papa pula."

"Dan Haura akan jadi mama."bisikku.

Dia tersenyum seksi.Dikucupnya bibirku lama.Terasa pinggangku dirangkulnya erat dan itu sudah membuatkanku tenang.Meremang sedikit bulu romaku saat ada perempuan rambut menggerbang melalui ruang tamu.Kacau daun aje!

"Dah lah,jom kita masuk dapur.Haura nak masak seafoodlah malam ni. Kita buat candle light dinner nak?"

"Of course nak.Mari abang tolong hantarkan."

Tergelak aku apabila tubuhku dicempungnya menuju ke dapur padahal dapur tu tak jauh pun!

"Abang nak cakap sesuatu."

Aku pandang dia sambil membasuh tangan di sinki.Lelaki itu sudah pun menyandarkan tubuhnya di sinki sebelah aku.Dia kenyit mata.Aku tahan gelak.

"I love you ,sugar."

"Apa lagi?"

"That all."

Aku muncungkan bibir.Laju sahaja pipiku itu dicubitnya.Aku mengaduh sakit tapi sebenarnya dalam hati suka.Kalau dulu,aku amat menggemari lelaki yang suka bersosial.Tapi sejak kenal Wijdan,aku dah cap Dr Introvert sebagai kegemaranku.

Walaupun pendiam,tapi dia akan banyak cakap dengan orang yang penting baginya.By the way,orang kata, diam-diam,ubi berisi.





TAMAT

DOCTOR INTROVERT [C]Where stories live. Discover now