Isnin - 26 Disember 2016,
Kampung Jengka 5,
9.00 P.M
___
Ramai yang kata rumah tu dulu didiami oleh suami isteri yang harmoni. Dipendekkan cerita, kebahagiaan diorang berakhir bila suami tu bunuh isterinya dalam keadaan mabuk. Dia juga tanam mayat isterinya dalam dinding dan bunuh diri disitu. Katanya, penoreh getah pun pernah dikacau. Selepas Isyak, Hafiz dan rakannya Hannan, Hasan, Haiqal dan Faiz berbincang untuk menjalankan paranormal di banglo tu.
"Kitorang setuju nak pergi sana malam ni. So kita naik apa nanti?", tanya Hannan.
"Aku ada order Grab tadi, nanti dia datang", jawab Hafiz.
"Jap, semua sekali berapa?", tanya Hasan.
"RM15.00".
"Apalah Hasan ni, tanya macam nak beli makanan haha", kata Faiz.
Selang beberapa minit, sebuah kereta Toyota Camry datang tak jauh dari mereka.
"Weyh dah sampai, apa lagi bawak barang jom pergi", kata Faiz. Barang yang dimaksudkan ialah peralatan paranormal yang akan digunakan nanti. Hafiz melihat maklumat pemandu Grab di telefonnya. Nama pemandunya ialah Ely. Hafiz seakan teringat sesuatu, sesuatu pernah berlaku sebelum Ini.
"Tunggu apa lagi, naiklah", kata Ely kepada Hafiz.
"Ohh, ok".
Ely ingatkan kepada semua yang bonet tak dapat digunakan sebab dah penuh.
"Takpe, barang tak banyak pun", kata Hannan.
Hafiz duduk di depan dan yang lain di belakang. "Kau dah lama ke drive Grab?", tanya Hafiz. "Takla lama sangat, barula jugak", jawab Ely.
Rancak juga mereka berbual dalam kereta. "Korang dah lama kenal ke?", tanya Faiz. "Ya, tapi sombong tak bertegur", jawab Ely ketawa.
"So kita nak pergi rumah siapa dulu?", tanya Ely. "Kita pergi rumah Ustaz kat kampung seberang sana. Ustaz Palembang", jawab Hannan. "Ustaz Palembang? Haha pahal nama gitu?", tanya Faiz. "Biarlah dia, dari kau camera pun pinjam orang, hahaha", Hasan perli Faiz.
Semua dalam kereta ketawa dengan lawak Hasan. Ketika mereka semua berbual, tetiba ada bunyi sesuatu di bahagian bonet. Hannan orang pertama yang perasan bunyi tu, tapi tak pasti apakah ia. "Cuba korang senyap, korang dengar apa ii tak?", tanya Hannan. Mereka terkejut setelah terdengar bunyi yang datang dari bonet tu. Ely tidak respon seperti tidak tahu apa yang berlaku.
"Bonet tu rosak sikit, sebab tu bunyi lain macam sikit", kata Ely. Mereka percaya kata Ely, cuma Hannan rasa sangsi. Apapun Hannan terus membaca doa pelindung untuk melindungi mereka dari bencana.
Akhirnya mereka tiba di rumah Ustaz Palembang. Mereka semua terus keluar dari kereta dan bergerak ke rumahnya. "Assalamualaikum ustaz", seru Hafiz. Terlihat bayangan seseorang dari dalam rumah pergi ke pintu rumah. "Waalaikumussalam, marilah masuk dulu semua", kata Ustaz.
Setelah masuk, mereka duduk di sofa di ruang tamu. Makanan dan minuman disediakan di atas meja. Kemudian, Ustaz memanggil Hafiz untuk bercakap dengannya di dapur. Tak cakap banyak, Hafiz ikut saja permintaan Ustaz.
"Ada apa Ustaz panggil saya ni?", tanya Hafiz. "Korang nak pergi banglo tu kan?", tanya Ustaz. "Eh, caner Ustaz tau ni?". "Itu tak penting. Sekarang ni kita taktau selamat ke tak tempat tu. Tapi caner kau nak tanggung kalau apa ii jadi kat dorang?". Hafiz terdiam.
Hafiz bertekad untuk menyiasat misteri banglo itu walaupun tahu dia perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku nanti. Selepas terdiam seketika, Hafiz terfikir sesuatu yang dia terlupa semasa dalam perjalanan. Lantas dia terus menjawab soalan Ustaz Andika tadi.
"Oh ya! Saya ada kawan budak tahfiz, nama dia Hannan", kata Hafiz. "Nanti dia boleh tolong ustaz". "Baguslah, cuma boleh tak ustaz dengan adik ustaz pergi sekali?", tanya Ustaz. "Boleh je, nanti takdelah kitorang susah nanti". "Alhamdulillah".
YOU ARE READING
BANGLO
Mystery / ThrillerKisah tentang kumpulan paranormal dari Jengka 5 yang ingin menjalankan penyiasatan di rumah banglo yang usang. Katanya rumah dimiliki oleh sepasang suami isteri. Dapatkah mereka merungkai misteri ini?
