S P E C I A L C H A P T E R 1

Start from the beginning
                                    

Selepas bersalaman dengan ahli keluarga, aku beralih pula ke kawan kawanku. Mereka tersenyum nakal lalu memelukku.

"Congrats Saf!" ucap Fathia sambil memelukku.

"Thank you,Fathia. Sorrylah aku baru bagitahu korang semalam," balasku.

"Tulah. Terkejut juga aku. Tengah sibuk aku design baju baru, tiba kau call cakap esok kau nikah," ujar Ainul.

"Hehehe. Sorrylah, aku lupa nak bagitahu korang sebab masing-masing terkejar-kejar masa nak cari masa yang free nak nikah. Kitorang nikah ni pun baru plan dua minggu lepas," balasku. Aku melihat hanya Ainul dan Fathia saja yang hadir. Mana Farisya dan Iman?

"Eh Iman dengan Farisya tak datang eh?" tanyaku.

"Iman tengah berpantanglah. Kau lupa eh?" ujar Fathia. Aku mengangguk sambil menggaru kepala.

"Ha'ahlah lupa. Hahaha. Farisya pula mana?" tanyaku.

"Pergi hospital, anak dia demam panas sangat," jawab Fathia. Aku mengangguk.

"Saf," panggil Ainul.

"Apa?" tanyaku.

"Tu suami kau datang. Kitorang keluar dulu eh?" ujar Ainul. Mataku membulat.

"Ha dia ada dekat belakang? Sumpahlah? Alah aku malulah," ujarku. Mukaku membahang kerana malu untuk berjumpa Airiel. Entah kenapa bila sudah jadi suami, aku rasa malu nak bertentang mata dengannya.

"Hahaha. Aku tahu perasaan tu. Goodluck. Kitorang makan dekat luar dulu," ujar Fathia lalu menarik Ainul meninggalkan diriku disitu.

Aku terus pusing ke belakang. Kelihatan Airiel sedang berbual bersama kawannya iaitu Haikal, Hakim, Daniel dan Adam. Aku tersenyum melihat Airiel yang segak memakai baju melayu berwarna putih itu. Ini kali pertama aku lihat dia berpakaian begini dan bersongkok.

Airiel terasa seperti ada seseorang sedang merenungnya. Dia terus menoleh ke kiri. Aku yang sedang merenungnya terus mengalihkan pandangan ke tempat lain. Merah mukaku malu kerana tertangkap.

'Saf, kau kalau nak tenung orang hensem. Behave sikit boleh tak?!' desis hatiku memarahi diri sendiri.

Airiel terus meninggalkan rakan-rakannya lalu melangkah ke arahku. Degupan jantungku terus berubah rentak menjadi laju. Haish aku malu! aku malu!

"Assalammualaikum," ucap Airiel.

"Waalaikumsalam," jawabku. Airiel tersenyum lalu tiba-tiba memegang tanganku. Aku terkejut.

"Sekarang kau nak panggil aku apa eh, is...te...ri?" tanya Airiel. Aku terdiam . Aduh awkwardnya.

"Er.. Erm. Jom keluar," ajakku ingin menukar topik lalu terus menariknya keluar dari masjid itu. Airiel hanya akur.

"Hey nak pergi mana ni?" tanya Airiel. Aku diam tidak membalas kerana terlalu malu.

"Ei janganlah palau," ujar Airiel. Aku diam membisu lagi. Airiel terus menarikku apabila kami sampai di luar masjid.

"Hey sayang,"panggil Airiel.

Langkah kami terhenti sambil badanku ditarik menghadapnya. Mataku membulat merenungnya. Airiel tersenyum merenungku.

"Are you okey?" tanya Airiel. Aku terdiam seribu bahasa apabila wajahku ditarik dekat dengan wajahnya. Hensemnya...

"What should I call you?" tanyaku merenung wajahnya.

"I don't know. We will discuss it later. But can we discuss something more important now?" tanya Airiel.

"What?" tanyaku.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now