BAB 2

909 77 7
                                    

MELIHAT pintu bilik bosnya tertutup rapat, dia segera bangun dan menghampiri. Daun pintu diketuk dan dikuak sedikit.

"Sekejap lagi. You nak keluar lunch dulu, go ahead. Kejap lagi I nak turun kafe je." Si Tengku beri penjelasan.

"Tengku tak balik rumah?" Dahlia bertanya lagi. Selalunya memang rumahlah yang jadi tempat bosnya makan tengahari. Lain kalau lelaki yang sudah berumah tangga ni. Susah nak makan di luar, tambahan pula bosnya jenis family man. Keluarga jadi keutamaan. Jauh macam mana pun, katanya dia sanggup berulang alik.

"I nak jumpa kawan dekat kafe. You nak turun dulu, pergilah. I nak siapkan kerja sikit."

Dahlia hanya mengangguk. Pintu ditutup kembali dan dia menghampiri meja kerjanya semula. Perut memang dah tak boleh bawa bincang. Lain macam sungguh laparnya tengahari ini. Sedangkan pagi tadi dia bersarapan dengan makanan yang agak berat. Kalau tak disi segera perutnya ini, mahu ada yang kena maki kejap lagi. Sudahlah rutin bulanannya datang awal pula bulan ni. Nasib baik ada spare pad dalam laci.

Sampai di kafe, kelihatan barisan panjang tak macam selalu. Perut yang dah pedih dengan lapar dan sakit bulanannya buat dia macam nak hilang sabar.

"Kenapa panjang pula ni. Selalu tak ada orang pun time macam ni." Omel Dahlia. Dah macam barisan kat kantin sekolah pula. Cuma tak huru-hara saja dengan suara-suara anak anak kecil. Yalah, kalau staf yang dah tua pun macam anak kecil tahun satu, memang dia tak tahu nak cakaplah.

Dahlia luncurkan jarinya membuka paparan telefon di tangannya. Buka FB, scroll atas, bawah. Kepalanya memandang ke depan semula. Barisan macam tu juga, macam tak bergerak-gerak.
Belek apa lah orang dekat depan tu.

Seorang lelaki berkemeja hitam entah dari mana, tiba-tiba saja berdiri di hadapan Dahlia. Elok pula berbual dengan lelaki yang turut beratur dari tadi.

"Eh, excuse me. Do you mind?" Dahlia cuit belakang bahu lelaki itu. Menyirap pula rasa di dada.

Terpaling saja lelaki itu memandangnya, dia beri isyarat ibu jari yang dituding ke belakang.

Terkerut dahi lelaki itu tidak faham. Silih berganti matanya memandang ibu jari Dahlia dan wajah serius wanita itu.

"Orang tak ada attitude saja yang main potong queue ni." Hambur Dahlia geram.

Makin berlapis lapisan di dahi si lelaki namun mulut masih terkunci tidak menjawab kata-kata Dahlia itu.

"Bisu rupanya." Sinis Dahlia memerli. Sedangkan tadi bukan main rancak lelaki itu berbual dengan rakan di hadapannya. Ini tiba-tiba pula kelu nak menjawab. Hanya mata terkebil-kebil memandang.

"Siapa yang bisu?" Akhirnya lelaki itu menjawab. Dahinya berkerut seribu.

"Ohh dengar. Ingat pekak sekali." Tersungging bibir Dahlia tanda meluat. Mata masih cerlung memandang atas bawah. Tinggi lampai, rambut tersisir rapi dengan jambang nipis di pipi.

"Ya, saya tak bisu dan saya tak pekak. Cuma suara awak a bit annoying." Setepek ayat sindiran dilempar. Tajam saja panahan mata memandang Dahlia.

"Orang yang potong queue ni lagi annoying kalau awak nak tahu. Datang entah dari mana, buat-buat tegur kawan dalam queue lepas tu menyelit depan orang. Tak ada manner langsung. Bukan awak saja lapar. Saya pun sama. Orang belakang saya pun sama. Jangan sampai saya makan awak." Hambur Dahlia lagi. Meluap-luap rasa marah yang dah meletus kecil di dada. Tunggu nak jadi nak muntahkan lahar saja ni.

"Saya suka je kalau orang cantik macam awak makan saya. Kenyang setahun." Cukup sinis dengan suara yang boleh tahan kuatnya. Dan kata-kata itu juga mengundang senyum simpul beberapa pengunjung lelaki. Sahlah kata-kata itu punya maksud tersirat. Kalau dah nama lelaki tak sah kalau bercakap tak menyimpang jauh. Tersasar entah ke mana.

Dahlia kacip gigi. Rasa macam nak sumbat mulut lelaki itu dengan kasut tumit tinggi, biar tahu erti penyesalan bertikam lidah dengannya.

"Low down your anger, my lady." Suaranya perlahan saja, seperti hanya Dahlia saja yang dapat mendengar. Dia tersenyum senget, yang sebenarnya kelihatan cukup menjengkelkan.

"Awak boleh ambil balik queue awak. Your lunch nanti is on me." Lelaki itu lempar senyum nipis dan berlalu pergi.

Terketap-ketap Dahlia menggigit bibirnya. Angin marah dah sampai ke kepala, tunggu nak meletup saja.

"Dahlia."

Terasa lengan bajunya ditarik-tarik Dahlia segera pusingkan kepalanya.

"Kenal tak siapa tu?" Gadis bertudung biru itu bertanya.

Dahlia geleng sambil ekor mata masih menghantar langkah lelaki itu pergi. Perlu ke dia kenal lelaki tak ada adab itu.

Wasting time!

"Tak kan tak kenal?" Dia bertanya lagi.

"Tak. Perlu ke?" Dahlia jongket kening. Sudahlah dia lapar dan dihidangkan pula dengan sikap tak bersivik macam ni, mahu dia tak menyirap.

"Dia owner kafe ni."

Eh.

Dahlia terkaku.

Sejak bila?

"Owner baru apa pula? Tak ada pun Tengku buka tender?" Tanyanya hairan.

"Entahlah. Staf lain masih sama, tapi dia ada dari pagi tadi. Auntie Zarina tak nampak pun."

Dahlia pandang sekeliling kafe. Memang tak ada yang berubah. Masih sama, takkan kafe ni berubah pemilik dia tak tahu.

"Tapi I tanya staf pagi tadi, memang dorang cakap tu lah bos baru dorang." Si gadis menerangkan lagi.

Tak berkelip mata Dahlia memandang rakan di belakang. Rasa macam nak ghaibkan diri. Rasa semua mata sudah terpusat ke arahnya.

Tapi bukan salah dia. Datang-datang saja terus berdiri depan dia. Siap bergelak ketawa. Sahlah dia ingat lelaki itu sengaja nak potong barisan. Memang itu taktik yang selalu orang guna. Kalau ikut logik akal pun, mustahil baru muncul hari ni, tiba-tiba boleh jadi mesra sangat dengan pelanggan.

"Saya suka je kalau orang cantik macam awak makan saya. Kenyang setahun."

Terngiang kembali kata-kata lelaki itu. Memang jauh menyimpang bila difikirkan maksud kata-kata si lelaki itu. Makan apa sampai kenyang setahun?

Sumpah aku tak datang dah kafe ni sampai mati.


DAHLIAWhere stories live. Discover now