CJ. VI

1.8K 305 70
                                    

------

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

------

Sedang siuk Dain dan kawan-kawan dia bercerita, masih lagi menyusun kayu api untuk campfire nanti acara malam. Mereka dikejutkan oleh kedatangan Jaehyun, bersendiri.

"Mana?" Tanya Jaehyun.

Semua mata tertumpu pada Jaehyun, apa taknya Jaehyun berkata sambil pandang Dain.

"Hah?"

"Air minum saya tadi. Mana?" Jelasnya lagi

"Oh, ada dekat camp sana. Kejap saya pergi ambil." Dain menuju ke khemah dihujung sana, taklah jauh sangat dari kawasan campfire itu. Cuma perlu jalan beberapa meter langkah sahaja sudah sampai.

Malang, Jaehyun mengikuti Dain. Sangkanya, Jaehyun akan menunggunya ditempat tadi. Masuk sahaja Dain ambil air mineral itu, Jaehyun ikut masuk.

"Eh ahjussi— Captain ikut saya?" Hampir sahaja terlepas cakap si Dain.

Kalau ikutkan dulu di train Jaehyun berpakaian macam pacik-pacik, dengan mukanya ditutup topi beret. Tapi, kali ini dah lain rambut dibiarkan terhurai dengan sedikit basah, oleh kerena keringat mungkin.

Jaehyun refleks membuka baju t-shirtnya. Dain yang terkejut menarik muka memandang sisi lain. Dahlah berdua dalam khemah, nanti apa yang difikirkan orang lain pula.

Salahnya sendiri pergi simpan air mineral itu dalam khemah, soalnya tadi Dain berkemas dan bersihkan dalam khemah. Untuk dijadikan tempat berehat anak-anak.

"Cuci baju saya. Nanti tentera yang lain fikir apa pula."

"HAH?" Dain memandang Jaehyun. Lekas muka itu dipalingkan semula. Siapa yang tak malu, kalau disajikan dengan pandangan tentera yang telanjang dada itu.

"Kesan gincu awak. Cuci." T-shirt itu diberikan pada Dain.

Ragu-ragu Dain menyambutnya, tanpa pandang Jaehyun— pandangan yang menguntungkan itu, dia terpaksa ambil t-shirt putih tersebut.

Jaehyun berganjak hendak keluar, tapi Dain memanggilnya. "Captain."

"Hm?" Jaehyun menoleh semula ke belakang.

"Takkan captain nak keluar macam tu. Ma-maksud saya— "

"Saya banyak isi, banyak lemak. Masuk angin pun tak apa. Bukan macam awak, tulang semua."

Jaehyun keluar dengan gayanya seperti itu— telanjang dada. Argh, Dain bukan apa, dia kesian manalah tahu nanti Captain Jaehyun masuk angin.

Eh tak, captainkan ada ketahanan stamina. Mana mungkinlah, setakat masuk angin, minyak yu yee cap limaukan ada.

Tapi, entah kenapa hati Dain rasa yang— badan kekar Captain Jaehyun tak patut jadi pandangan orang lain.

➳❥ tbc

[II] Captain. ✔Where stories live. Discover now