Bahagian 1

33 2 0
                                    

Letih. Itu yang dirasakan Husna ketika membuka mata. Dia baru melalui mimpi yang panjang dan seakan nyata.

"Semalam aku melompat dari bumbung ke bumbung di Mesir. Kemudian aku menggelosor lembut dari bumbung ke kanopi, menggunakan kain 7 meter panjangnya, sebelum memasuki sebuah bar. Aku menemui penjaga bar yang seksi dan kurus, untuk meminjam kepala pengecas, kerana telefon kehabisan bateri sedangkan aku sesat di tengah Cairo, terpisah dengan adikku!

Tetapi sayang, belum sempat bateri telefon bimbit menunjukkan 2 peratus, aku sudah terjaga,"

Husna menyimpan buku nota mimpinya di bawah bantal. Satu tabiat untuk menulis mimpi, kerana Husna cenderung untuk melupakan mimpinya, dan Husna tidak mahu melupakannya.

Mimpi seperti filem yang tidak perlu dibayar, fikir gadis yang sangat berkira itu.

"Ah, lenguh badan seperti aku melompat betul-betul" rungut Husna. Dia menuruni tangga katil dua tingkat, dan terpijak pakaian dalam milik Muna, rakan sebiliknya.

Kejadahh. Tak ada tempat lain ke kau nak sidai?

Husna terpandang jelingan Muna seolah-olah salah dirinya pula kerana memijak pakaian yang disidai di tempat yang tidak sesuai. Husna buat tak tahu dan berjalan ke almari untuk mengambil barangan mandi. Almari itu meskipun bersaiz sederhana, namun ia kelihatan aneh besarnya yang tidak sepadan untuk bilik yang didudukinya sejak setahun lalu.

Bilik apartment dengan sewa RM 250 itu sangat sempit dan hanya mempunyai lebihan ruang cukup-cukup untuk sujud ketika solat(setelah meletakkan almari dan katil double decker). Sangat tidak selesa tapi itu lebih baik daripada menyewa di rumah kedai yang pernah dimasukkan dalam list survey "Bilik Sewa Ampang".

"You jangan risau, orang yang sering mabuk di sini pun, diorang ini sudah seperti penjaga bangunan ini dari olang jahat. Macam security 24 jam," masih terngiang-terngiang kata-kata Apek yang cuba memujuknya untuk menyewa bilik di bangunan kedai itu.

Sampai sekarang, Husna tidak faham dengan level confident Apek seolah-olah dia akan berjaya memujuk Husna dengan alasan sebegitu.

"Wa gerak dulu," kata Muna.

"Baik. Take Care," balas Ila, rakan serumah yang tinggal di bilik hadapan yang juga sudah lengkap berbaju kurung dan bertudung bawal.

Dia juga melemparkan senyuman kepada Husna yang baru melangkah ke bilik air. Rasa sedikit cemburu terhadap Husna yang tidak perlu bersiap sejam lebih awal kerana tempat kerjanya hanya 1 KM dari apartment.

"Husna, akak tinggalkan sedikit bihun untuk Husna,"

"Baik kak," jerit Husna dari dalam bilik air. Husna sudah dapat menerima Ila merupakan satu-satunya orang yang sudi berkomunikasi dengan dirinya dengan dalam rumah itu. Dia juga tidak mengharapkan persahabatan yang mengharukan daripada rakan serumah yang bahkan tidak berkongsi plastik sampah. Malah, mereka juga mempunyai Sunlight(pencuci pinggan) masing-masing, untuk setiap seorang.

Pada fikiran Husna, bukankah lebih praktikal malah juga menanamkan sikap bermasyarakat jika mereka berkongsi duit untuk membeli plastik sampah?

***

"Macam mana kerja?"

"Kerja tak teruk sangat. Tapi gaji rendah,"

"Cari jela kerja lain"  Sayup-sayup suara Intan memberi cadangan kerana rakan rapatnya itu sedang berada di pedalaman. 

"Boss kau okey? Officemate kau baik tak?"

"Okey. Baik."

Husna tidak dapat menahan dirinya untuk berfikir layanan baik yang diterimanya kerana gajinya yang kecil.

"Mrt dah sampai,"

"Okeyyy,"

Husna menekan punat merah sebelum tubuh genitnya ditelan MRT.
Dia menemui tempat duduk yang kosong berhadapan dengan satu pasangan yang kelihatan intim; Si pemuda sedang  meletakkan earphone di telinga gadis yang terkekeh ketawa.

Husna mengalihkan pandangannya ke tingkap, di mana deretan bangunan tinggi sudah melewati ekor matanya. Dia yang juga mengeluarkan mp3 , memetik lagu Te Mando Flores.

Te mando flores en  el Camino
(I am sending you flowers which I picked up on the road
Yo te las mando besos, entre mis sueños
(I am sending them to you between my dreams)
Pourque no hoblar contigo
(Because I can't speak with you)

" Bandar Tun Razak, Bandar Tun Razak"

Pintu tren terbuka dan lebih ramai manusia masuk. Husna membetulkan posisi tubuhnya dan mengesot ke tepi untuk memberi ruang kepada seorang wanita.

Masih perlu melalui banyak hentian sebelum tiba di Kajang.

Dia mendongakkan kepalanya dan  menatap siling pula.

Semua orang macam bodoh.






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 02, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mesej terakhir di Hujung JulaiWhere stories live. Discover now