💜Part11💙

1.1K 25 6
                                    

Hujung Bulan.

Inspektor Ilham Iqbal bangun awal di pagi hening itu. Tepat waktu berganjak ke angka 5., Ilham Iqbal telah terjaga lalu membersihkan dirinya terlebih dahulu. Tidak sabar rasanya baginya untuk pulang ke kampung halaman sahabatnya setelah 9 bulan dia bersama Inspektor Shah tidak menjejakkan kaki disana.

" Ermmm., baju seluar dah packing dah. Berus gigi , ubat gigi , deoderan , gel rambut pun dah bungkus siap dah. Apa lagi eh.? "

Dalam memikirkan kekurangan barangan keperluan yang hendak dibawa pulang ke kampung halaman., kedengaran azan subuh menjengah ke pendengaran Ilham Iqbal.

الله اكبر الله اكبر
الله اكبر الله اكبر

Dah azan., baik aku sujud pada yang Esa dulu.

Urusan dunia diketepikan olehnya terlebih dahulu , kini , urusannya untuk mengumpul bekalan di hari akhirat sana lebih penting dari dunia.

Berjalan pantas Ilham Iqbal memasuki bilik wudhuk. Air pancuran dibuka dan perkara wajib yang perlu dilakukan sebelum solat telah dilaksanakan.

Inspektor Shah Part._

Usai solat., Inspektor Shah terus memasak di pagi jumaat yang penuh barakah itu. Hidangan utamaa pada pagi itu., Nasi goreng telur mata bersama air milo yang menjadi habuan untuk dirinya dan Ilham Iqbal sebentar lagi.

Inspektor Shah mengerling pantas jam tangannya.

" Uishhh , kui 6:38 dah , cepat naw masa berlalu. "

Dapur gas ditutup. Nasi goreng dicedok riang oleh Inspektor Shah lalu diletakkan nasi tersebut ke dalam pinggan masing - masing sambil dihiasi oleh salad bersama telur mata kerbau di atasnya. Tidak ketinggalan air milo yang menjadi hidangan minuman mereka pada pagi itu.
Apron ditanggalkan., telefon pintas yang sedang bercas segera dinyahcaskan.

" Call Am lah., satgi dia pi makan luar pulak. " desis Inspektor Shah sendirian.

Hidangan yang terhidang ditutupi dahulu dengan tudung salji agar tidak dihinggapi oleh serangga dan haiwan yang tidak diingini.

" 0113948****. " punat no di dail oleh Inspektor Shah untuk menghubungi sahabatnya itu.

" Tut tut....tut tut.... Tut tut.... "

Panggilan diangkat.

" Uuuuiii Assalamualaikum. " Sapa si penjawab di sana.

" Wa'alaikumusalam Am., haa hang duk buat apa.? "

" Aku dah siap dah semua barang dah packing habiss dah., tinggal nak keluar cari makan ja. Lapar la. "

" Hahahaha aku tau hang lapaq., mai qumah aq pekena nasi goreng teloq mata qebau dulu. Aku dah siap masak dah ni. "

" Wowwww amazing., cantekkk. Haa baik - baik , dalam 10 minit aku sampai. "

" hahahahaha okey okey., take care drive bro., Assalamualaikum. "

" Wa'alaikumusalam. Thanks bro. "

Panggilan dimatikan.

" Haihh Am., am., kalau pagi-pagi tak cari makan dulu tak sah haih., eh., baik aku mandi siap - siap sementara tunggu si Am ni sampai. "

Telefon pintar diletakkan kembali bersama wayar pengecasnya. Baju ditanggalkan., maka terpampanglah dada mekar Inspektor Shah yang sado lagikan berketul - ketul itu. Tuala mandi disambut., bilik air menjadi hala tuju sambil bernyanyi girang tidak sabar mahu pulang ke kampung halaman setelah 9 bulan tidak menjejakkan kaki di negeri kelahiran sendiri.

Abang Polis You Are Mine ( Slow Upadate. )जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें