BTD 6

597 119 52
                                    

Kini Seonghwa, Yeosang, Hongjoong dah Jongho sudah pun masuk ke dalam bilik untuk memulakan permainan pertama mereka. Mereka semua menelan air liur. Adakah permainan pertama ini akan menjadi susah bagi mereka?

Mereka berdoa dalam hati agar mereka selamat dan tidak menjadi mangsa kalah dalam permainan mengarut ini.

Agaknya macam mana permainan ini dimulakan ya?

•••••

Seonghwa dengan penuh berasa gugup itu mendiamkan diri. Nampaknya dia telah masuk ke dalam permainan pertama baginya. Hantu yang menyerupai San itu pula hanya memandang Seonghwa dengan pandangan yang menyeramkan. Ia membuatkan Seonghwa berasa kurang selesa.

"Bi-bila kau nak mulakan ni?" soal Seonghwa gagap sedikit.

Hantu itu tidak menjawab. Tiba-tiba dia terdengar beberapa bunyi jeritan yang berada di luar biliknya. Bunyi jeritan itu amat dikenali oleh Seonghwa.

"MINGI!"

"ANIYAA!!"

Itu adalah suara Hongjoong dan Jongho! Tetapi mengapa dia tidak dengar bunyi jeritan oleh Yeosang? Seonghwa mula berasa cemas segera memandang kearah hantu yang menyerupai San itu. Ia hanya tersenyum sinis pada Seonghwa.

Ia bangun lalu memulakan percakapannya.

"Permainan ini haruslah serentak. Jadi sebab itulah aku tak mulakan dulu. Biar aku terangkan dulu. Dalam ni kau ada 3 permainan. 2 permainan biasa dan 1 lagi permainan kejujuran. Yang itu biasanya pada akhir sekali."

"Kalau kau salah jawab dalam salah satu daripada permainan itu, nyawa kau akan dibunuh oleh kawan kau sendiri. Baiklah. Kita akan mulakan permainan untuk kau."

Seonghwa hanya mengangguk tanda setuju. Ia tersenyum. Lalu ia mula memberikan soalan kepada Seonghwa.

"Mengapakah Choi San mengajak kawan-kawannya untuk cuba permainan dalam rumah hantu ini?"

Seonghwa terkedu mendengar soalan itu. Dia memandang dengan pandangan yang tidak percaya.

"Ma-macam mana kau tahu nama kawan aku?" soal Seonghwa.

"Aku lupa nak bagitau kau. Soalan yang aku bagi ni berkait dengan orang yang kau nak selamatkan. Jadi jangan terkejut kalau aku tahu semua fasal kawan kau."

Seonghwa terdiam seribu bahasa. Dia berasa sangat seram dengan rumah ini. Ia seperti tahu apa rahsia atau aktiviti yang mereka lakukan.

"Jawablah atau kau mati kat sini."

"Jawapannya..."

•••••

Selesai sahaja menjawab soalan, Seonghwa dibenarkan keluar dan cari kawannya yang lain.

Tidak sangka bahawa jawapan yang diberinya tadi dapat diterima oleh hantu itu. Tetapi dia berasa pelik dengan hantu itu tadi.

•••••

"Jawapannya sebab San mahu mecuba permainan baru. Dia kata kat aku yang dia dah bosan asyik buat benda yang sama. Jadi dia pun ajaklah kitorang main kat sini."

Jawab Seonghwa dengan lebar. Dia tak pasti sama ada betul atau tidak jawapannya itu. Dia hanya jawab apa yang terlintas dalam otaknya sahaja.

"Kenapa yang ada semalam hanya 4 orang? Bukan kau ni kawan dia juga ke? Kenapa baru sekarang datang sini?"

Hantu itu menyoal lagi kepada Seonghwa. Tanpa membuang masa, dia pun jawab.

"Sebabnya aku nak selamatkan dialah aku baru datang dia sini. Aku tak suka sangat pergi kat tempat macam ni. Tapi dah tengok keadaan sekarang ni, terpaksalah."

Jawab Seonghwa tenang. Hantu yang menyerupai San itu tersenyum nipis sebelum membuat keputusan dengan jawapan Seonghwa tadi.

"Baiklah. Kau boleh pergi ke soalan seterusnya."

Seonghwa agak terkejut sedikit selepas ia berkata begitu. Pintu yang tertutup rapat kini dibuka perlahan-lahan.

"A-aku nak kemana pulak lepas ni?" soal Seonghwa hairan.

"Kau akan tahu nanti. Memang untung siapa yang berkawan dengan kau ni."

Kata-kata hantu itu tadi membuatkan Seonghwa tertanya. Apa maksudnya? Dan mengapa pula ia berkata begitu padanya?

Baru sahaja Seonghwa menoleh ke belakang, kelibat hantu itu sudah tiada di pandangannya lagi. Seonghwa terkaku seketika.

•••••

Seonghwa meneruskan perjalanannya untuk memulakan permainan kedua. Agaknya permainan kedua ini samakah dengan permainan pertama tadi?

Sedang Seonghwa melilau di kawasan sekelilingnya, dia ternampak kelibat Yeosang baru sahaja keluar dari bilik. Dia segera datang menghampiri Yeosang.

"Yeosang ah! Kau dapat jawab soalan tadi eh?" soal Seonghwa. Dibalas angguk oleh Yeosang.

Seonghwa perasan yang mata Yeosang merah semacam. Adakah dia baru sahaja menangis tadi? Yeosang cuba menyorokkan mukanya dengan topi supaya Seonghwa tidak nampak wajahnya.

"Yah, kau menangis ke tadi?"

Soal Seonghwa lagi. Lantas Yeosang menggeleng dengan laju. Kemudian, dia berjalan dengan pantas meninggalkan Seonghwa yang masih lagi tertanya pada dirinya. Seonghwa mula berasa pelik dengan Yeosang.

"Kenapa dengan dia tu?" detik Seonghwa dalam hati. Dia pun meneruskan perjalanannya untuk mencari bilik manakah yang patut dia masuk.

•••••

Hongjoong dan Jongho keluar serentak selesai sahaja menjawab soalan mereka yang pertama tadi. Sebelum mereka meneruskan untuk permainan kedua, mereka berbual kosong seketika di tepi tangga.

"Tengok tu hyung, Seonghwa hyung dan Yeosang hyung dah keluar." kata Jongho kepada Hongjoong. Mereka pun melihat kawan mereka dari tingkat atas.

"Eh? Kenapa dengan Yeosang tu?" soal Hongjoong hairan. Jongho mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Hyung tadi dapat soalan mengenai siapa?" soal Jongho ingin tahu.

"Mingi. Kau pula?" jawabnya ringkas. Lalu dia bertanya kepada Jongho pula.

"Yunho hyung. Aku rasa Seonghwa hyung dapat soalan berkait dengan San hyung."

"Dan pastinya Yeosang dapat soalan tentang Wooyoung kan?"

Jongho menangguk dengan tekaan Hongjoong tadi. Dia termenung seketika sebelum dia mengeluh. Hongjoong yang berada di sebelahnya hairan mengapakah Jongho tiba-tiba mengeluh ni?

"Kau okey ke?" soal Hongjoong kepada Jongho.

"Entahlah hyung. Aku kena selamatkan Yunho hyung sebab dia terperangkap." ujar Jongho.

"Kenapa dengan Yunho? Bukan dia okey jer ke dengan kau?" tanya Hongjoong lagi.

"Memanglah cuma aku ni kan selalu berebut dengan Yunho hyung. Kadang-kadang aku asyik bergaduh dengan dia. Aku rasa macam pelik pula kalau aku yang nak selamatkan dia."

"Bukan maksud aku yang aku tak sayangkan dia. Cuma entahlah. Mungkin aku sama macam Yeosang hyung kot."

Luah Jongho membuatkan Hongjoong terdiam seribu bahasa. Dia tak sangka pula yang Jongho ni kadang-kadang selalu bergaduh dengan Yunho dalam hal remeh.

"Hyung mesti okey kan dengan Mingi hyung tu?"

Kata-kata Jongho tadi membuatkan dia terkejut. Dia tiada apa-apa masalah dengan sesiapa pun sebenarnya. Baginya okey sahaja kerana Mingi itu kan kawan baiknya juga.

"Hyung okey jer dengan semua orang. Mungkin ada hikmah semua ni. Kau tabah je lah okey?" pesan Hongjoong. Jongho tersenyum nipis kearahnya.

"Betul juga kan. Dah lah hyung. Kita sambung permainan kita yang seterusnya." kata Jongho membuatkan Hongjoong tersenyum lebar.

"Nae!"

Maka bermulalah permainan kedua buat Seonghwa, Yeosang, Hongjoong dan Jongho.

[C] Behind the Door  ☾박성화☽Where stories live. Discover now