eight | routine

583 80 21
                                        

" kau okay tak ni? " Mata bulatnya memandang aku dengan ekpresi risau. Anak mata aku memandang tepat ke dalam matanya.

" emir? " jari jemari aku masih mengenggam baju tidur aku kuat. Peluh dingin masih lagi membasahi dahiku.

" ye irene, im here...
itsokay, "

Aku masih lagi memandang tepat ke dalam matanya, mencari kepastian. Emir mengerdipkan matanya dan tersenyum nipis, seolah olah memberitahu aku yang semuanya akan baik baik sahaja.

Perlahan lahan, genggaman jari jemari aku menjadi semakin longgar. Aku menarik nafas dalam dan panjang dan berkali kali bermonolog dalam hati.

takpe irene, emir ada.

Aku meraba di bawah bantal untuk mencari scrunchie sebelum mengikat rambutku secara longgar.

scrunchie yang sama aku pakai buat 5 tahun lamanya.

"eh ni getah rambut yang aku bagi kan? masa kau merajuk sebab aku guna barbie kau untuk bersihkan singki tersumbat " ujar emir sambil tertawa.

" sayang jugak kau kat aku kan, " emir  mengerutkan hidungnya dan tersenyum sumbing. Aku mencebik sebelum tertawa kecil.

sayang mir. sayang gila.

-🎈-

"YEYY SHOPPINGGG!!" happy kemain. aku taktau lah ni effect dia lepas jadi hantu ke apa tapi aku rasa aku leh nampak ada bunga api atas kepala dia. okayy ......

whats the best day of the week? WEEKEND! and harini kami setuju nak bingewatch netflix. locke and key.

Emir kemain melompat (kemain melompat disini adalah lompat smpai kepala tembus siling gais. nyaris aku yang sakit jantung tapi aku kenelah biasakan kan) masa aku kata ada series fantasy baru dekat netflix.

before dia jadi hantu, dia memang dah hantu pun. hantu drama.

tapi rules emirene #1 is NO FOOD NO MOVIE. jangan mimpi nak bukak tv kalau kau tak sediakan makanan. emir pernah sekali tu masak lamb chop semata mata nak tengok harry potter. see his level lah.

harini kami.. (erm belum tau lagi emir ni boleh makan ke tak so aku assume kami jelah okay. nnti nangis pulak kang si gembeng ni) decide nak nak buat banana split.

tapi mata aku yang nak split bila tengok peti ais aku.

" emm.. irene? kau bela jin ke? asal peti ais kau ni kosong semaciam," tak mir. aku bela hantu. kau lah tu.

tapi aku cakap dalam hati jelah hehe.

so here we are, dekat depan speedmart. kenapa speed eh. kenapa tak velocity- okay takpe takpe spm2019 dah lepas. *ketuk kepala author*

pada mulanya, musykil lah juga. emir ni boleh pegi mana mana dia nak je ke?

tapi setakat ni okay je. nasib baik.

Aku menoleh memandang mata emir yang bersinar sinar. Matanya masih tertancap pada signboard speedmart yang besar ini. Mirip kanak kanak yang teruja melihat aiskrim.

Wajah emir bersih sahaja, dan tidak sekelam pertama kali dia memunculkan diri. kini sudah hampir seminggu sejak dia kembali, dan wajahnya semakin bersinar.

seperti Emir Aqasyah yang masih bernafas.

Cuma ada satu kesan merah membaluti jarinya. Tempat dan jari yang sama emir sarungkan cincin buat dirinya sendiri.

Hai finito le parti pubblicate.

⏰ Ultimo aggiornamento: Mar 22, 2020 ⏰

Aggiungi questa storia alla tua Biblioteca per ricevere una notifica quando verrà pubblicata la prossima parte!

LucidityDove le storie prendono vita. Scoprilo ora