1

91 1 0
                                        

Cip!Cip!Cip!

Cahaya matahari memenuhi setiap genap kamar.

"huarh~~"kuap Daisy Fleria Fanil. Dia menggeliat kecil untuk memastikan sel-sel yang berada di dalam badannya sudah bersedia untuk bekerja.

Daisy Fleria Fanil terus mengambil tuala lalu kakinya bergerak menuju ke bilik mandi.

10 minit kemudian. (lama atau kejap dia mandi? Aku pun tak tau 😂)

Terkedek-kedek dia berlari menuju ke wardrobenya. Dia memilih baju yang simple. Dia menyarungkan baju yang dipilihnya dengan pantas kerana perutnya sudah lapar dan tidak mampu untuk bertahan lagi. (dia pakai seluar okay)

Selesai memakai baju, dia membuat messy bun lalu keluar dari bilik dan turun kebawah menggunakan tangga.

"haa nampak pun batang hidung anak ibu ni. " kata Datin Dalina lalu mencium dahi anaknya dengan penuh kasih sayang.

"hehehe sorry la ibu, em.. Ade apa-apa yang dais boleh tolong? " tanya Daisy Fleria Fanil kepada ibunya.

" Eh tak payah la. Dah nak siap dah pun. Kalau dais nak tolong jugak, dais tolong siram pokok bunga ibu boleh? " kata Datin Dalina .

"Boleh ajah! Bye bye ibu nak siram pokok bunga luu"kata Daisy Fleria Fanil sambil melambai tangan kepada ibunya.

Datin Dalina menggeleng kepalanya melihat kerenah anak daranya itu yang mengikut perangai bapaknya.

( dais disebut DEZ bukan DA IS okay? DEZY.)

"pok pok pokk bujang lapokkk " nyanyi Daisy Fleria Fanil sambil menyiram pokok bunga ibunya. Walaupun ibu bapanya berpangkat besar, mereka tidak mempunyai banglo atau rumah mewah, kereta mahal, seperti keluarga berada yang lain ada. Bapanya yang jenis selamba itu memang suka bersederhana.

Pon! Pon pon! Pon pon!

Dengar sahaja bunyi hon kereta tersebut terus bibir Daisy Fleria Fanil mengukirkan senyuman teruja lalu dengan pantas dia menutup pili air itu dan terus berlari menuju ke pintu rumah lalu membukanya.

"Ayah!! "jerit Daisy Fleria Fanil dengan teruja seperti budak kecil 5 tahun.

"Dais!! " jerit Dato' Daib Fanil lalu mendepakan tangan kearah Daisy Fleria Fanil . Daisy Fleria Fanil terus berlari ke arah ayahnya dan memeluk ayahnya dengan erat seperti tidak berjumpa bertahun-tahun.

"Lailah.. Dua beranak ni. Mula la buat drama. " Kata Dairina Fatilah Fanil yang merupakan adik kepada Daisy Fleria Fanil.

"Biarlah dorang dik. Macam la kamu tak tahu perangai dorang ni. " sampuk Datin Dalina.

"eee ayah penat tak kerja hari ni??? " itulah pertanyaan Daisy Fleria Fanil setiap hari pada ayahnya.

"Tak sangat sayang. Jom masuk. Ayah lapar ni tak sabar nak makan tengah hari dengan anak-anak ayah" kata Dato' Daib Fanil.

"Jom! " balas Daisy Fleria Fanil.

Dua beranak itu pun berlari anak ke arah meja makan lalu duduk. ( Dato' Daib ni tak sedar dia tu tua ke? Nak lari lari pulaakk 😂)

Datin Dalina menyedokkan nasi untuk keluarga tersayangnya. Sungguh bahagia dia dengan suami dan anak-anaknya.

"Eh. Dais panggilkan along kamu. Dia tu tak bangun lagi tu " kata Datin Dalina kepada Daisy Fleria Fanil.

"Aye aye Mrs.! " kata Daisy Fleria Fanil dengan semangatnya lalu berlari naik ke atas.

"Jangan berlari sayang! "jerit Datin Dalina.

♡Fallen To You♡Bağımlısı olacağınız hikayeler. Şimdi keşfedin