Shaqiq meriwayatkan bahawa 'Abdullah bin Mas'ud RA berkata:
كَيْفَ أَنْتُمْ إِذَا لَبِسَتْكُمْ فِتْنَةٌ يَهْرَمُ فِيهَا الْكَبِيرُ وَيَرْبُو فِيهَا الصَّغِيرُ وَيَتَّخِذُهَا النَّاسُ سُنَّةً فَإِذَا غُيِّرَتْ قَالُوا غُيِّرَتْ السُّنَّةُ قَالُوا وَمَتَى ذَلِكَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ إِذَا كَثُرَتْ قُرَّاؤُكُمْ وَقَلَّتْ فُقَهَاؤُكُمْ وَكَثُرَتْ أُمَرَاؤُكُمْ وَقَلَّتْ أُمَنَاؤُكُمْ وَالْتُمِسَتْ الدُّنْيَا بِعَمَلِ الْآخِرَةِ
"Bagaimanakah kalian nanti apabila ditimpa fitnah sehingga orang muda menjadi orang tua, dan orang tua menjadi nyanyuk pula?"
"Dan orang ramai telah mengambil fitnah itu sebagai Sunnah. Jika ia diubah, mereka akan mengatakan, "Sunnah sudah diubah!"
Mereka yang mendengarnya berkata:
"Bilakah ini akan berlaku wahai Abu 'Abdur Rahman?"
Jawabnya:
"(i) Apabila ramainya qari Al-Quran tetapi sedikit yang memahami, (ii) ramainya pemimpin tetapi sedikit yang amanah, (iii) dan dunia dicari dengan amal-amal akhirat."
Sunan ad-Darimi 185. Sahih lighayrihi mauquf: Al-Albani, Sahih at-Targhib 111
