BAB 4

171 3 0
                                    

Pagi Sabtu itu, padang sekolah dipenuhi dengan pelajar dan guru. Ada kanopi kecil yang tersusun di tepi padang. Acara larian merentas desa akan bermula dan berakhir di sini. Pelajar-pelajar mengenakan pakaian rumah sukan yang melambangkan kemegahan rumah sukan masing-masing. Mereka telah membuat aktiviti panaskan badan sebelum memulakan larian. Taklimat tentang acara ini juga telah disampaikan oleh guru kokurikulum. Hanya menunggu masa untuk pelepasan saja. Naufal berada di hadapan barisan Rumah Merah. Bangga kerana dapat menjulang bendera yang terlukis logo rumah sukan. Sempat dia memberikan nasihat sebelum larian merentas desa bermula. "Jangan berhenti berlari! Kalau dah penat sangat, jalan. Apapun, tahun ni kita kena menang!" laung Naufal dengan suara yang lantang. Masing-masing menyambut laungan ketua rumah sukan mereka dengan sorakan yang padu. Naufal mencari Fateh dalam kalangan ahli rumah Bab4sukannya. Dia tahu, dia boleh bergantung harap kepada Fateh Izhan untuk meletakkan Panglima di tangga teratas. "KP, aku tahu aku boleh harapkan kau!" ujarnya sambil menepuk lembut bahu Fateh Izhan. Sejujurnya, dia berharap agar Fateh dapat merangkul johan. Biarpun dia tahu pesaing kepada Fateh ialah Fakhrul. Untuk hari ini semangat rumah sukan lebih penting. Fateh mengukir senyuman tawar. Berat amanah ini. "Insya-Allah. Aku cuba." Larian akan bermula dalam masa beberapa minit lagi. Fakhrul menarik nafas sedalam-dalamnya. Dalam barisan yang sama, dia lihat Fateh turut ada di situ. Semangatnya berkobar-kobar untuk menewaskan musuh tradisinya itu. Zip sweater biru ditarik ke atas sebelum Taufiq menepuk bahunya perlahan. Dia berpaling menghadap Taufiq. "Misya kata good luck!" bisik Taufiq. Fakhrul menarik muka masam. "Misya! Misya! Misya! Kau nak rasa makan penumbuk aku?" Taufiq pantas menggeleng. Takut pula mendengar ugutan Fakhrul. "Aku cuma sampaikan." "Aku patahkan gigi kau baru tahu!" "Janganlah marah sangat!" Berkerut dahi Taufiq. Entah kenapa Fakhrul marah sangat dengan Misya? Kerana Misya, tidak pasal-pasal Fakhrul dengan Majid tidak bertegur gara-gara remaja itu menjadi posmen tanpa gaji semalam. Mereka bergerak ke tepi padang untuk memberikan laluan kepada pelajar perempuan yang akan memulakan larian terlebih dahulu.tUaN pengetua sudah berada di tepi garisan permulaan. Di tangannya ada sepucuk pistol angin. Beberapa saat kemudian, satu tembakan dilepaskan. Serentak itu, para pelajar perempuan memulakan larian. Pelajar lelaki bersorak kuat melihat pelajar perempuan sudah memulakan larian. Para ketua rumah sukan juga menjulang bendera rumah sukan seakan mengibarkan semangat disertai sorakan yang padu daripada ahli rumah sukan masing-masing. Beberapa saat kemudian, kelibat pelajar perempuan hilang dari pandangan. Fakhrul berdiri di sebelah Fateh Izhan. Strategi yang dirangka di dalam kepala perlu dilaksanakan demi merealisasikan matlamatnya. Yang pasti, dia akan sentiasa mengekori Fateh. Jika Fateh berjalan, dia akan turut berjalan. Jika Fateh berlari, maka dia juga akan berlari. Dia yakin dengan strategi ini, Fateh tidak akan pergi jauh darinya. Apabila sampai ke garisan penamat, dia akan memecut sekuat hati. "Dah ready untuk dikalahkan?" bisiknya lalu menyarungkan topi biru. Matanya memandang tepat ke garisan permulaan. Tersenyum Fateh Izhan. Kagum seketika dengan semangat yang ditunjukkan Fakhrul. "We'll see..." Bunyi tembakan bergema. Fateh memulakan lariannya dengan bismillah. Fakhrul berlari di sebelahnya. Mereka mendahului pelajar lain dengan langkah panjang. PeLUH sudah merenik di dahi mereka berdua setelah hampir empat checkpoint berjaya dilalui. Bermaksud, tinggal tiga checkpoint untuk dilepasi. Tiada pelajar lelaki lain di belakang. Fakhrul melirik ke kiri. Fateh masih tenang berlari. "Tak penat?" soal Fakhrul sinis. Fateh masih tenang berlari. Nafasnya dikawal. "Belum lagi." Zip sweater biru itu ditarik ke bawah bagi menghalang kepanasan yang menyelimuti dirinya. Mata Fateh melirik pula ke arah Fakhrul. Senyuman nipis terukir di wajahnya apabila Fakhrul berada dekat dengannya. Hanya dengan persaingan seperti ini, hubungan mereka akan menjadi lebih rapat. Tak mengapa, masa akan menentukan. 'Ya Allah, andai ini boleh mengembalikan persahabatan antara kami, sesungguhnya Kaulah Yang Maha Membuka Jalan Penyelesaian,' monolog Fateh sebelum terpandangkan para pelajar perempuan berkerumun di tepi laluan merentas desa. Lariannya dilajukan. "Kenapa pula tu?" soal Fakhrul. Para pelajar perempuan yang berkerumun tadi memberikan laluan kepada Fateh. Fakhrul pula hanya mencekak pinggang sambil memerhatikan dari tempat dia berdiri. "Ada apa ni?" soal Fateh dengan nafas yang tidak teratur. Masih mengah setelah memberhentikan larian. Dia lihat ada seorang pelajar perempuan sedang terbaring. "Abang Fateh, Kak Fira pengsan!" jelas salah seorang yang ada di situ. Fira? Fakhrul yang mendengar lantas menghampiri. Terbeliak matanya saat melihat gadis itu terbaring dengan nafas yang tercungap-cungap dan mata yang terpejam rapat. "Dah panggil cikgu belum?" soal Fateh kepada pelajar perempuan yang memangku kepala Fira. Sempat Fateh memerhatikan wajah gadis itu yang jelas pucatnya. "Belum!" Fateh memandang ke belakang. Berharap agar cikgu segera tiba. Bimbang jika ada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Fakhrul sudah tidak keruan di situ. 'Kenapa dia pengsan? Dia sakit?' Fira cuba untuk membuka mata sedikit demi sedikit. Bayangan Fateh jelas pada bola matanya sebelum figura itu kembali hilang. 'Aku mimpi ni...' ujar Fira dalam hati sebelum matanya terpejam kembali. "Macam mana ni?" rengek pelajar perempuan tersebut. Dia takut. Lebih daripada itu, dia bimbang jika dirinya perlu bertanggungjawab atas perkara ini. Dia yang berlari di belakang Fira terpaksa membantu apabila Fira tibatiba jatuh. Fateh memikirkan sesuatu. Dia memandang laluan merentas desa. Memang tidak muat untuk dilalui sebuah kereta memandangkan ini laluan hutan. "Apa kita nak buat?" soal Fakhrul. Dia yang sudah cemas di situ, tidak mampu untuk berfikir apa-apa. Sekejap matanya memandang ke arah Fira yang terbaring lesu kemudian mundar-mandir kembali. Fikirannya berserabut. Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikirannya. Bagaimana boleh jadi begitu? Sakitkah dia? Itu sahaja yang boleh difikirkan. Fateh menggigit bibir. Berfikir seketika. "Aku rasa kereta cikgu tak muat masuk jalan ni. Jadi, kita yang kena keluarkan Fira dari sini." Fakhrul memandang Fateh dengan reaksi terkejut. Kenapa dia tidak berfikir hal yang sebegitu? "Maksud kau?" Fakhrul inginkan kepastian. Dia seakan-akan dapat membaca idea yang terlintas dalam fikiran Fateh. Fateh mengangguk. Pelajar perempuan yang menemani Fira tadi tercengang melihat kedua-dua senior sedang merancang sesuatu. "Biar aku buat!" tegas Fakhrul membuat keputusan. Lantas Fira yang terbaring lesu dihampiri.

CRUSH ATAU KAWANWhere stories live. Discover now