"Tak apa. Mama faham. Dah bangun sekarang. Pergi mandi apa semua," ujar Puan Suhaila. Aku tersenyum.

"Hari ni tak ada meetinglah mama. Buat apa nak mandi awal," ujarku tersenyum sengal.

Sebenarnya, sudah 2 tahun aku berkerja dengan Puan Suhaila sebagai p.a Puan Suhaila. Jadi, Puan Suhaila suruh aku duduk rumah dia saja. Senang kalau ada apa-apa.

"Haih Safiya. Mentang-mentang mega projek tu dah habis. Tak nak mandi pula," ujar Puan Suhaila. Aku tersenyum malu.

"Dah pergilah mandi. Pergi balik rumah ummi," ujar Puan Suhaila. Mataku membulat.

"Balik rumah ummi? Seriuslah ni?" tanyaku. Puan Suhaila tersenyum manis.

"Iyalah Safiya oi. Dah 2 bulankan tak balik sana sebab busy buat kerja," ujar Puan Suhaila sambil mencuit hidungku.

"Harini? Berapa hari boss?" tanyaku teruja.

"Tak lama. Seminggu cukup," jawab Puan Suhaila.

"Seminggu? Pergh. Tak ambil surat mc pun boleh cuti seminggu? Habis siapa nak uruskan meeting semua tu mama?" tanyaku.

"Safiya kan dah siapkan jadual semua. Mama boleh je uruskan semua tu. Safiya pergilah balik sana. Kesian ummi tu pagi tadi rindu Safiya. Siap call mama tanya banyak lagi ke kerja," jawab Puan Suhaila. Aku tersenyum teruja lalu mendakapnya sebentar.

"Thank you, mama! Safiya pergi mandi dulu eh?" ujarku lalu meleraikan pelukan. Puan Suhaila mengangguk.

***

Apabila aku keluar dari kereta, kelihatan kereta Zarif, abang Zaf dan abang Wan ada di luar. Aku tersenyum teruja. Pergh macam hari raya balik kampung.

Aku terus berlari ke pintu masuk. Tatkala aku membuka pintu, kelihatan mereka sedang bergelak tawa di ruang tamu. Aku terus berlari ke depan tv.

"Surprise!!!!!" jeritku gembira. Zarif terkejut sambil tersenyum gembira.

"Woiiii!! Pandai eh kau part kissing terus tutup tv," ujar Zarif.

Aku membuat muka bengang. Aku ingat dia gembira sebab aku balik, rupanya sebab aku censored part kissing. Apa tengok kdrama pagi pagi macam ni? Orang tengok kdrama malam malam. Baru syok!

"Hey! Lama eh kau tak balik! 2 bulan!" ujar Abang Zaf. Aku tersengih lalu menyalam mereka semua.

"Busylah banyak kerja," ujarku.

"Eleh rumah dekat je pun. Kau yang tak nak singgah," ujar Zarif.

"Eh sumpah demi Allah busy. Kau siapa ha nak mempertikaikan jawapan aku?! Sini kau!" ujarku lalu memeluk kepalanya dan ditonyoh-tonyoh.

"Haih umur dah 27 tapi perangai macam 17 tahun budak berdua ni," celah Walid.

"Dia ni ha Walid. Cari pasal," ujarku sambil menjeling Zarif. Walid menggeleng melihat perangaiku.

"Kau bila balik ni? Sampai bila balik? Asal tak bagitahu kau balik ha? Nak kena pukul eh?" tanyaku bertalu-talu.

Zarif sekarang bekerja di Johor Bahru sebagai pendakwa. Dia jarang balik. Kalau balik pun 2 hari je.

"Malam tadi pukul 12.30 malam. Lusa aku balik JB. Aku terlupa pasal kau kerana kau anak pungut dan tak payah pukul aku," jawab Zarif lalu membuat muka.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now