"Habis tu Haziq?" tanyaku lagi.

"Haziq aku tak tahu. Tapi dulu yang aku tahu dia pernah tolong Aireen bunuh Nadhirah," ujar Alex.

"Mmak.. Maksudnya Nadhirah bukan mati sebab kemalangan tapi dia mati sebab dibunuh?" tanyaku.

"Yes. Sebenarnya dia dah tak nak tolong Aireen dah. Tapi, disebabkan dia suka kau. Dia ada deal dengan Aireen yang dia akan tolong bunuh Airiel dan Aireen akan bagi kau pada dia," ujar Dazmon pula.

"Ha.. Haziq suka aku?" tanyaku.

" Ya dia suka kau. Tapi, aku tak rasa yang Aireen akan bagi kau pada dia. Sebab plan ni untuk bunuh kau dengan Airiel," jawab Dazmon.

Aku terdiam. Aku... Aku akan mati ke? Kenapa? Apa salah aku ?

Tiba-tiba pintu bilik itu terbuka. Kelihatan Farah masuk ke dalam bilik itu sambil membawa burger doublecheese Mcdonald. Aku menjelingnya. Sungguh aku benci dengan kawan talam dua muka seperti dia.

"Kau nak apa ha sial! Kau kawan paling tak guna dalam hidup aku!!" jeritku sambil menangis-nangis.

"Saf.. Senyaplah. Aku kawan kau. Aku tak bunuh kau," Ujar Farah cuba menenangkan diriku.

"Kau tak boleh tipu aku kali ni Farah! Aku ingat kau kawan aku! Dan mungkin kakak ipar aku! Aku takkan biarkan Zarif dapat perempuan macam kau!" marahku . Aku merenung matanya penuh benci.

Farah menghela nafasnya geram. Dia terus membaling botol air mineral yang kosong ke kepalaku. Aku terus mengusap kepalaku kerana sakit.

" Aku dah kata kan aku akan tolong kau. Kau ni kan!" marah Farah.

"Eee manalah aku tahu! Kau tu tadi bukan main gelakkan aku," ujarku lalu mencebik.

"Aku tipu jelah. Aku akan selamatkan kau. Aku janji dengan kau okey. Aku takkan buat kesalahan yang sama dua kali," ujar Farah memegang tanganku.

'cukuplah aku cuba bunuh kau dulu. Aku takkan buat lagi. Aku akan tebus ape yang aku buat dengan selamatkan kau,' desis hati Farah.

"Nah makan. Nanti esok mungkin kau tak dapat makan langsung," ujar Farah menghulurkan burger itu kepadaku. Aku perlahan-lahan mengambil burger itu.

Air mataku bergenang di tubir mata. Aku memandang Farah sayu. Bibirku mengukir senyuman nipis.

"Dah aku tak nak masuk campur hal korang. Aku nak keluar. Kalau Miss tanye aku rogol Saf atau tak cakap ke dah kena dah," ujar Dazmon tidak mahu campur tangan dengan pengkhianatan Farah kepada Aireen. Alex turut bangun mengikuti Dazmon. Mereka terus keluar dari bilik itu.

"Farah. Tolong jangan bunuh aku tau," pintaku lalu menggigit burger itu.

"Ya. Aku janji. Dah kau makanlah. Aku teman," ujar Farah. Aku tersenyum nipis.

...

"Ma... Macam mana Farah boleh mati?" tanyaku. Hatiku terasa sakit bagai ditusuk pedang berulang kali. Air mataku mula mengalir deras.

"Aku tak tahu tapi sekejap lagi Adam akan bagitahu kita apa yang jadi," ujar Ainul.

"No. Tak boleh. Dia tak boleh mati. Dia janji dengan aku akan selamatkan aku," ujarku sambil teresak-esak menangis.

"Aku sanggup mati demi dia lah! Kenapa ambil kawan aku?! Ambil aku sajalah!" jeritku tidak dapat mengawal rasa sakit dihati ini.

Ainul, Iman dan Farisya memelukku kuat. Mereka turut mengalirkan air mata kerana kehilangan kawan yang sangat disayangi. Siapa saja tak menangis jika kawan kita tinggalkan kita?

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now