Dua orang anak buah Aireen terus mengangkat besi panas itu. Farah menghela nafas lega. Kepalanya sedikit pening melihat darah di kakinya yang melimpah-limpah itu.

"Betul kau akan buat apa saja yang aku suruh?" tanya Aireen. Farah hanya mengangguk kerana sudah tidak berdaya akibat diseksa. Aireen tersenyum puas.

"Farah, apa ni?!" jerit Zarif menyentak lamunan Farah. Farah terus tersedar dari lamunan itu. Dia terus memandang Zarif tajam.

"Kau tak tahu kau senyap jelah!" marah Farah.

Khaira terus melangkah ke arah Zarif lalu mengangkat dagu Zarif ke atas. Zarif merenung Khaira tajam.

"Hensem jugak kau ni," ucap Khaira perlahan.

"Jangan sentuh aku lah bodoh. Jijik!" herdik Zarif marah.

"Hahahaha. Jijik? Kau nak jijik dengan aku? Hey hello. Kalau kau nak tahu bawah kerusi ni ada bom tau, ada 59 minit je lagi untuk kau hidup. Tapi, bila-bila masa je aku bole letupkan. Baik kau buat muka baik depan aku sebelum kau mati dengan sia sia," ujar Khaira.

"Yang tu bila nak bangun? Serabut aku tengok," ujar Khaira bertanya tentang keadaan Airiel yang masih lagi tidak sedar.

Ring! Ring! Ring!

Tiba-tiba telefon Khaira berdering. Dia pantas melihat nama yang tertera disitu.

Miss Aireen

Dia terus mengangkat panggilan tersebut lalu meletakkan telefonnya di telinga.

"Hello?" ucap Khaira.

"Kau pergi tempat kita sekarang," arah Aireen.

"Ha? Kenapa?" tanya Khaira tidak faham.

"Kau pergi je lah. Kau dengan budak budak dekat situ. Haziq semua tu," arah Aireen.

"Okay, saya datang sekarang," ujar Khaira.

"Tapi, aku taknak kau bawa Farah," ujar Aireen mendatar. Dahi Khaira berkerut.

"Ha? Kenapa pula?" tanya Khaira lagi.

"Kau tak payah banyak cakap. Ikut je cakap aku. Buat kerja tu cepat sikit," arah Aireen.

"Okay ," balas Khaira lalu terus menamatkan talian.

"Kenapa?" tanya Farah.

"Dia panggil aku. Kau duduk sini. Aku bawa budak-budak yang lain pergi sana," balas Khaira.

"Kenapa aku duduk sini?" tanya Farah.

"Entah. Kena jaga si bengap ni kot," ujar Khaira.

"Ouh okey pergilah," ujar Farah. Khaira terus pergi tanpa mengesyaki apa-apa tentang Farah. Laju saja kaki nya bergerak keluar dari gelanggang itu.

********

"Asal lama sangat ni sial? Dah berapa jam kita duduk sini?" tanya Iman. Habis basah bajunya akibat terlalu panas. Dah lah Malaysia panas.

"Tak tahu. Cuba kau call Zarif ke Airiel ke Haikal ke," ujar Farisya.

"No no. I think kita kena call Haikal," ujar Ainul.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now