"Adam!!!!" teriak Ainul teruja dia terus berlari memeluk adam erat. Papan yang dipegang tadi terus dicampak.

"Uish uish. Hahahah relaks sis," ujar Adam.

"Sorry, aku tahu haram tapi aku gembira huhuhu," ujar Ainul masih tidak melepaskan Adam.

"Hahahaha relakslah kau ni pun," ujar Adam. Merah pipinya apabila tersedar ramai orang melihat ke arah mereka.

Ainul terus meleraikan pelukan. Dia tersenyum gembira dihadapan Adam. Adam melihat ke arah lain.

"Adam. Kau tahukan daddy......" kata-kata Ainul pantas dipotong.

"Aku tahu. Sekarang ni aku hanya nak fikir aku nak tinggal mana sekarang. Patut ke aku tinggal dekat hotel syarikat daddy aku?" ujar Adam. Dia tersenyum memandang Ainul. Ainul tersenyum nakal.

"Buat apa nak tinggal hotel pula daddy pula ni?" celah Encik Razali. Adam terkejut.

"Daddy. Ad.. Adam .... Sorry," ucap Adam . Dia tunduk. Mulutnya dicebik. Rasa mahu nangis pun ada. Habislah aku kena halau. Baru balik Malaysia, kena pergi sana lagi. Dah lah aku ternampak orang tengah kissing dekat pantai. Agak-agaklah pun nak kissing depan aku. Ingat aku single ke. Ha kau tengoklah nanti aku ada girlfriend aku kiss depan kau.

"That's should be my word. I'm sorry, Adam. Daddy will not ask you to get out from our house again. I'm a bad dad. I'm sorry," ucap Encik Razali. Adam terdiam.

Adam terus memeluk Encik Razali. Bertakung air mata di tubir matanya. Tidak sangka daddynya itu akan meminta maaf. Selama 17 tahun 1 bulan 13 hari dia hidup, daddynya itu tidak pernah meminta maaf.

"Ha Adam. Mummy dengan daddy ada plan nak pergi holiday dekat perth nanti. Adam setuju tak?" celah Datin Sheedah.

Adam dan Encik Razali terus meleraikan pelukan. Ainul tersenyum memandang mereka.

"Perth? Ouh.. Why not?" balas Adam setuju dengan plan itu. Mereka semua tersenyum.

"Bila nak pergi?" tanya Encik Razali.

"After SPM, boleh kan? Lagi 3 bulan je nak SPM," tanya Ainul.

"ha tu la lagi pon dah seminggu aku tak belajar ni hahahahahah," ujar Adam lalu ketawa terbahak-bahak.

"Eh, aku ingat kau bawa buku kau pergi sana. Aku tengok bilik kau, rak buku semua kosong," balas Ainul.

"Hahaha. Tak la aku tinggal buku kat lokar sekolah je semua. Eh sekejap. Kau masuk bilik aku?" soal Adam.

"Ha'ah aku masuk. Ada banyak gambar perempuan tak pakai baju dalam tu," ujar Ainul lalu menggeleng beberapa kali.

"Apa?" celah Encik Razali.

"Eh mana adalah. Tak mainlah benda benda tak senonoh macam tu. Eh kau ni kan!" marah Adam cuak melihat daddynya seperti dengar apa yang dikatakan oleh Ainul. Ainul menjelir lidah.

"Engkau ni kang!" Adam terus mengejar Ainul. Ainul terus melarikan diri. Ramai orang di sekeliling memandang pelik ke arah mereka. Ainul dan Adam berlari sambil ketawa.

Dringg dringgg

Tiba-tiba telefon Ainul berdering. Dia terus menghentikan langkahnya lalu Adam terlanggar Ainul kuat sehingga Ainul hampir jatuh. Tangan kanan Adam pantas menarik Ainul dari jatuh. Ainul pula pantas mengangkat panggil tersebut.

Bad Boy You're Mine  (rewrite)Where stories live. Discover now