💋 •BAB 13•

Začať od začiatku
                                    

Selera sudah hilang.

Selera sudah mati sebab...

Ahh! Aku tak nak ingat lagi!

"You don't want to eat breakfast?" Tanya Clarissa Rose dengan mata yang masih fokus dengan makanan di pinggannya.

"No. I lose my appetite." Balas Enrique. Dingin nada suaranya.

Tiba-tiba ada seseorang melangkah mendekati meja makan. Gadis muda. Kelihatan sangat muda.

"Sister."

Clarissa tidak menoleh langsung ke arah gadis itu. Masih khusyuk dengan makanannya.

"Who are you?" Tanya Enrique. Berkerut dahinya memandang gadis muda itu. Clarissa Rose ada adik?

"Oh. I'm Ruby. Ruby Rose. I'm sorry sis. I don't know you have..." Mata Ruby turun memandang lelaki itu. Helok. Kenapa ada kat sini? Entah-entah pakwe Clarissa Rose?!

Bunyi macam merepek je.

"...a guest." Ruby senyum manis.

"No it's okay. Just do what you want." Serentak itu Enrique mencapai sekeping roti potong dan bekas nutella.

Buat-buat macam tak kisah dan buat hal sendiri.

"Nak apa?" Tanya Clarissa Rose pendek. Namun kepala masih tidak diangkat memandang wajah Ruby.

Ruby Rose menarik nafas dalam-dalam.

"I want to ask for your permission. I want to go back to Malaysia." Ruby Rose menyusun kata dengan penuh berhati-hati. Jika mahu berbicara dengan Clarissa Rose, kesabaran perlu tinggi dan percakapan perlulah diatur dengan teliti. Kalau tidak, ada sahaja bantahan genius yang dibalasnya.

Clarissa Rose gelak kecil. Humorless. Ketawa palsu yang jelas dibuat-buat. Sudu dan garfu di tangan diletak kasar ke atas pinggan. Berdenting bunyi saat sudu dan garfu itu berlanggar dengan pinggan kaca.

Clarissa Rose menongkat dagu. Kepala diangkat memandang wajah Ruby Rose.

"Permission? Hmm... Macamlah aku tak tahu kau pergi mana masa kau menghilang ni. Madame Alice beritahu aku, Ruby. Kau ingat aku bodoh? Am i look like a joke to you?" Wajah Clarissa Rose serius memandang adiknya. Aura dia dingin. Suasana bertukar tegang.

Ruby Rose menunduk sedikit.

"But sis. I know i was wrong for leaving home without telling you. Tapi Ruby balik ke Malaysia je. Ruby tak pergi mana-mana pu..."

"No wonder. Patutlah Orked dengan Lily tak datang jumpa aku lagi. Ruby... Ruby... I don't understand you. Apa yang kau dapat dekat Malaysia tu?"

"Cinta." Balas Ruby Rose. Pendek tapi cukup buatkan Clarissa Rose ketawa lantang.

Enrique berhenti mengunyah melihatnya. And again. That laugh...

"Love don't exist! Don't be ridiculous." Mata kelabu Clarissa memanah mata Ruby Rose.

Terlepas roti yang tinggal sedikit di tangan Enrique Dannika mendengar kata-kata itu.

"Love don't exist!..."

"Experiment. And i will come out with the hipotesis and conclusions."

Enrique tutup mulut yang sedikit ternganga. Mengeras tubuhnya teringatkan peristiwa dia dan Clarissa Rose ber...

Brrr!

Jangan diingat lagi!

"But sis, please i had to. I... I..." Ruby Rose teragak-agak mahu meneruskan kata-katanya.

✓ ENRIQUE DANNIKAWhere stories live. Discover now