Konflik percintaan (Part 1)

2.8K 162 3
                                    

Dua minggu kemudian...

Eva akhirnya dapat keluar dari bilik rawatan. Kakaknya Ella tunjukkan kawasan persekitaran dan bawa dia jalan-jalan. Eva agak terkejut melihat semua perubahan. Singkat betul. Dia dapati kenderaan di mana-mana saja. Teknologi juga sudah diperbaharui.

"Wow, cepatnya berubah. Adik tak tahu pun kak"

Ella mengukir senyuman "Adikkan sakit jadi adik terpaksa duduk di bilik rawatan"

"Oh. Terima kasih kerana cari adik. Adik faham kakak cari adik lambat"

"Sama-sama. Jom, kita pergi ke taman nak?"

"Nak"

Mereka berdua pergi ke taman permainan. Joe mungkin sibuk dengan latihan tentera. Max pula berjalan sambil ditemani Cindy.

"Max"

Max pandang adiknya "Apa?"

"Kau tahu tak putera Yuko cari kau"

"Kenapa dia nak cari aku?" soal Max

"Aku tak tahu. Max, aku tak sedap hati lah. Kau jangan beritahu sesiapa yang kau tu bersama Eva. Kalau tak habis kau"

"Ya, aku tahu. Mana Beckham?" soal Max. Cindy diam.

"Cindy, kenapa ni? Aku ni abang kau jadi beritahu aku. Kau satu-satunya keluarga aku"

"Dia semakin menjauh dari aku. Dia pula kini bersama Lisa. David agak kecewa sikit. Aku pun tak tahu kenapa"

"Nanti aku akan tanya dia. Kalau dia tolak kau aku akan belasah dia"

Cindy ketawa kecil "Ialah, bang. Aku sangat hargai pertolongan kau"

....................................................................

Beckham dan Lisa berada di kafe. Mereka berdua duduk secara bertentangan. Ada dua gelas air di atas meja. Pelanggan di kafe pun tak ramai sangat.

"Sampai bila kita nak berahsia ni, Beckham? Aku dah tak tahan ni"

"Sabar lah, Lisa. Aku tahu yang David kecewa sama juga Cindy" Beckham gerakkan straw minumannya.

"Bukan apa. Aku kesian dengan Cindy. Kau tahu kan dia suka kau"

Beckham diam. Dia melihat Lisa di hadapannya. Dia sandar pada kerusi dan urut dahinya "Emm, apa kata lusa kita buat sesuatu untuk mereka berdua"

"Buat apa?"

"Dengar rancangan aku betul-betul. Aku tak nak rahsia ni terbongkar sehingga lusa. Jangan lupa ajak Eva sekali"

"Baiklah, jadi apa rancangan kau?" soal Lisa yang tidak sabar.

"Begini..." Beckham pun memberitahu rancangannya. Lisa tersenyum menandakan dia setuju dengan rancangan Beckham.

Selepsan mereka minum bersama, mereka pun balik ke tempat asal mereka. Lisa berjalan pulang menuju ke rumah. Dia dapat rasakan yang ada seseorang yang mengikut dia dari belakang. Lisa berhenti berjalan.

"David, aku tahu itu kau" Lisa pun belakang. Memang benar kata Lisa. David yang mengikutinya.

"Kenapa Lisa? Kau bukan main rapat dengan Beckham"

"David, lusa kau boleh ke kafe yang aku pergi tadi"

"Kenapa aku perlu ke sana?" soal David

"Kalau kau nak tahu pergi jelah. Tak nak sudah"

"Baiklah"

"Aku balik dulu" Lisa pun berjalan meninggalkan David. David mengeluh.

"Apa yang kau rahsiakan dari aku ni, Lisa?"

David pun beredar dari situ. Dia pasti Beckham dan Lisa ada sembunyikan sesuatu. Dia duduk di belakang Beckham dan dia terdengar perbualan mereka berdua.

"Tak apa lah. Nanti aku tahu juga. Tak sabar nya nak tunggu lusa"

Dalam pada masa yang sama, Yuko pula cari Eva. Dia tak jumpa Eva hari ni. Selain itu, dia mahu cari Max.

"Mana Eva? Siapa Max?" soal dia sendiri. Dia duduk di atas bangku setelah dia kepenatan cari Eva.

Dia dapati seorang lelaki serta seorang perempuan jalan bersama. Dia ternampak Eva bersama dengan kakaknya. Eva menuju ke arah lelaki yang berjalan dengan perempuan tadi.

"Hei, Max" Eva peluk Max. Cindy dah tahu yang abangnya suka pada Eva.

"Eva, kau ni. Tak tahu malu ke peluk abang aku depan orang ramai?" soal Cindy.

"Tak" Eva tak lagi peluk Max. Ella hanya geleng kepala.

"Eh, bakal kakak ipar aku ni. Bila korang berdua nak kahwin" sakat Cindy.

"Kita makan dulu nak? Nanti kita boleh berbual. Akak nak tanya juga macam mana korang boleh berjumpa" ujar Ella. Mereka pun berjalan bersama.

Max pegang tangan Eva. Ella pula berdiri di sebelah Cindy. Mereka menuju ke sebuah restoran makanan yang berdekatan di situ. Yuko yang melihat dari jauh mula berasa geram. Dia cemburu melihat semua itu.

"Jadi, lelaki tulah Max. Lelaki yang curi cinta aku. Heh, kau belum tahu siapa lagi aku. Aku akan dapatkan dia walau macam mana sekalipun. Itu janji aku"

Yuko pun beredar dari situ. Nampaknya dia sudah tahu siapa lelaki itu. Dia juga nampak wajah Max. Rancangan dia akan bermula tak lama lagi.

The dark princess (C)Kde žijí příběhy. Začni objevovat