60

420 38 8
                                    

Farhana hanya duduk termenung di ruang tamu. Fikirannya melayang teringatkan Ayeesha dan Khairani. Hatinya tidak henti-henti berasa risau sepanjang masa. Hanya doa dan harapan menjadi penguat dirinya tika ini.

"Mama, papa! Cepat cepat! Kita main kejar-kejar. Papa jadi. Hehehehehe",pinta gadis kecil itu, Ayeesha.

Dia hanya berusia tiga tahun semasa itu, namun dia petah berkata-kata. Rezeki buat Ayeesha, kerana ada sesetengah bayi masih belum mampu bercakap dengan baik walaupun sudah menginjak ke usia yang lebih besar.

Khairani dan Farhana hanya mampu berasa syukur atas rezeki itu.

Khairani mencebik kemudiannya apabila mendengar pelawaan anaknya itu.

"Aik, kenapa papa yang kena jadi? Mana aci, apa salah papa?",rayu Khairani. 

Ayeesha tertawa terkekek-kekek. Jari telunjuknya ditujukan ke arah Farhana, yang membawa maksud, mamanya itu yang menyuruhnya berbuat demikian. Farhana hanya membuat reaksi terkejut yang dibuat-buat.

"Eh? Mama pulak? Mama mana ada buat apa-apa. Biasa dia tu, ya? Sini, mama dengan papa kejar diaaa. Baaaa."

Farhana dan Khairani memandang ke arah satu sama lain sebelum mereka mengangguk setuju. Mereka akan kerja anak kesayangan mereka ini.

"HIYARGHHHH ! " Khairani dan Farhana menjerit bersama-sama. Terus sahaja mereka berdua meluru ke arah Ayeesha.

Ayeesha berlari-lari di sekitar halaman rumah mereka dengan penuh girang, seakan tiada masalah yang difikirkannya di dunia. Logiknya begitulah kerana dia hanya berusia setahun jagung bak kata orang tua. Masih bertatih melihat dunia, masih belum celik matanya sepenuhnya. Dia terlalu suci, untuk dunia yang penuh kekejaman dan ketidakadilan manusia.

Akhirnya Ayeesha menyembamkan badannya ke rumput hiasan di halaman itu. Dia menyerah kalah! Papa dan mamanya berjaya menangkap dia. Habislah, dia akan dijadikan bahan gomolan.

"Haa mama dapat tangkap dia. Ayokkk",usik Farhana.

Dia menggeletek perut Ayeesha dengan puas. Habis mengilai tawa Ayeesha. Khairani hanya memegang tangan Ayeesha bagi memastikan dia tidak lari.

"Mama, Ayeesha ka-ka-lah. Cowyy mama papa. Hihihihi."

Pada saat itu, Farhana merasakan cukuplah dunianya ini sahaja. Dia tidak perlu yang lain. Cukuplah dia di samping keluarga kecilnya yang berjaya membuatkan dia tersenyum sehingga mati.

Duhai anak pujaan hati, kasih sayangku buatmu ibarat air terjun yang tak henti mengalir menghempas sungai, bagai air laut yang tak pernah puas membantai pantai. Tiada suatu pun kata yang mampu untuk kuungkapkan menjadi bicara saat aku denganmu. Tiada suatu ayat jua yang mampu kubina bagi menjelaskan rasa kasih dan sayangku padamu.

Farhana menangis hiba. Tangannya menekup mukanya yang kian memerah. Mengimbau semula memori tadi, walaupun hanya memori kecil, tapi cukup menyayat nuraninya. Sangat bermakna bagi hati kecilnya yang sudah dahagakan kasih sayang suami dan anaknya semula. Ayeesha, sudah semakin membesar. Farhana tak ingin menafikan betapa pantasnya masa berlalu pergi, tanpa manusia menyedari apa yang sebenarnya sedang terjadi. Sejak mereka diuji dengan masalah hantu dan syaitan ini, Ayeesha telah berubah menjadi gadis yang lebih matang, matang daripada yang sepatutnya. Dia hanya gadis kecil yang pada hemat Farhana, Ayeesha masih perlu bermain girang seperti rakan-rakan lain yang seusianya. Pengalaman mematangkan Ayeesha. Farhana semakin sebak.

Dia leka melayan kesedihannya petang itu tanpa dia perasan yang waktu sudah nak maghrib. Kalau si Khadijah, adik Khairani tidak menepuk lembut bahunya tadi, sudah tentu dia akan terus hanyut.

The SecretWhere stories live. Discover now