~BIARKAN.DIA.PERGI.~
Mengisahkan tentang dua orang suami istri yang telah berkahwin selama tiga tahun telah dikurnikan dua orang anak kembar. Ya selama tiga tahun itu juga Puan Aminah dan suaminya Encik Syah sabar menunggu menimang cahaya mata dan alhamdulillah Allah telah mendengar doa mereka.
Nama yang diberi si kembar ialah Rafiq dan Mikhail. Rafiq si abang dan mikhail si adik. Indahkan nama mereka. Pasangan kembar itu hanya mempunyai dua adik beradik sahaja
tidak mempunyai adik beradik yang lain. Si abang lahir beberapa minit awal dari si adik.
Namun apabila pasangan kembar tersebut semakin dewasa terkadang mereka juga digelar cerdik dan lembam. Mesti tertanya mengapa bukan.. Rafiq digelar cerdik kerana kecerdasan akalnya melangkaui
anak-kanak yang masih sebaya dengannya. Kini, Mikhail dan telah menginjak sembilan tahun. Begitu juga abang kembarnya Rafiq.
Walaupun begitu, Mikhail masih tidak pandai bergaul dengan rakan-rakan kelasnya dan membaca buku. Malahan pihak sekolah meminta izin kepada ibu bapa Mikhail untuk menempatkan Mikhail di dalam kelas khas bagi kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian lebih dan cara pembelajaran yang sedikit berbeza berbanding kanak-kanak yang lainnya.
Semasa ibu bapa Mikhail datang ke sekolah, guru kepada Mikhail meminta ibu bapa Mikhail untuk untuk ke pejabat guru bagi membincangkan prestasi Mikhail di sekolah.
"Assalamualaikum cikgu, ada apa ya menyuruh kami datang ke mari?" Soal Puan Aminah setelah masuk ke pejabat guru bersama suaminya.
"Waalaikumussalam puan encik. Puan dan encik duduklah dahulu. Sebenarnya saya ingin membincangkan tentang anak puan dan encik. Pihak sekolah akan menempatkan anak encik ke kelas khas". Ujar Cikgu Amy dengan senyum setelah memberitahu niat pihak sekolah berbuat sedemikian.
"Oh baiklah cikgu, kami faham apa yang cikgu dan pihak sekolah mahukan. Saya setuju dengan apa yang cikgu dan pihak sekolah lakukan. Mungkin ini adalah kebaikan untuk anak saya Mikhail agar dia boleh bergaul seperti kanak-kanak lain". Terang Encik Syah lalu menyetujui apa yang dikatakan cikgu itu.
"Kalau begitu kami pulang dahulu untuk menjemput anak kami. Mungkin mereka sudah lama menunggu kami untuk menjemput mereka. Assalamualaikum". Kata Puan Aminah lalu beredar ingin menjemput anak kembarnya itu.
"Baiklah Puan Aminah. Waalaikumussalam." Ujar Cikgu Amy kepada Puan Aminah dengan tersenyum, pada masa yang sama ia menghantar kedua ibu bapa Rafiq dan Mikhail sampai ke luar pejabat guru.
~~~
p/s: assalamualaikum.. sesiapa yg ada app Novel+ korang bolehlah baca 'Biarkan Dia Pergi'. ... 'BiarkanDiaPergi dkt Wattpad kali ni mungkin ada beberapa perubahan/penambahan ayat pada jalan cerita..
YOU ARE READING
BIARKAN DIA PERGI
Short Story~~~. Selama 12 tahun Engkau pinjamkan anak istimewa ini kepada kami, tidak sedikitpun kami hargai anugerah yang Engkau berikan. Besar sungguh dosa aku pada Mikhail anakku. Anak ibu rehatlah dengan tenang. Jumpa di syurga nanti sayang. ~~~.
