2 | ISL

4.5K 167 0
                                    

"Mum- Eh maaf. Datin." Rihana menunduk. Mulutnya dikemam atas keterlanjuramnya dalam berkata. Berubah wajah jelita yang tak dimamah usia itu apabila mendengar panggilan yang berikan.

"Hana dah tak sudi jadi anak Mummy?" Soal Datin Raudhah sayu. Tangannya naik mengusap pipi anak yang dirinduinya.

Wajah Rihana diperhati. Wanita itu masih kelihatan cantik seperti dahulu, cuma wajahnya agak kusam dan cengkung.

"Eh tak bukan! Cuma...ermm..." Macam mana nak cakap ya? Tangannya meramas sesama sendiri sambil otak ligat memikirkan jawapan yang tidak mengguris hati.

"Apa pun yang jadi, Mummy masih mama Hana. Ingat tu." Rihana hanya mengangguk, janggal. Dalam masa yang sama dia berasa terharu. Walaupun sudah setahun berlalu, wanita ini masih melayannya dengan baik.

Mata Rihana melorot ke belakang Datin Raudhah, seakan mencari sesuatu.

"Mummy datang sendiri." Seolah tahu apa yang difikirkan Rihana, Datin Raudhah segera menjawab. Tersengih Rihana apabila perbuatannya terkantoi. Buat malu sahaja.

"Jemputlah masuk My. Maaflah, kosong sahaja rumah Hana. Mummy duduk dulu, Hana bancuhkan air. Tapi–" Rihana menjadi serba-salah. Ruang tamunya dipandang. Tak akan nak bagi Datin Raudhah bersila atas lantai kayu ini?

"Tak apa. Mummy tak kisah pun duduk atas lantai." Terus sahaja Datin Raudhah bersimpuh di tengah ruang tamu.

Rihana tersengih janggal sebelum berlalu ke dapur. Datin Raudhah hanya tersenyum manis melihat menantunya yang kelihatan serba-salah.

"Tak apa. Mummy tak kisah pun. Serius." Datin Raudhah cuba meyakinkan. Dengan teragak-agak, Rihana mengangguk dan terus menuju ke dapur.

"Sekejap ya My. Hana buat air."

Mata Datin Raudhah melilau memandang sekeliling rumah. Seperti yang dikatakan Rihana, rumah itu kosong. Yang ada hanyalah karpet coklat yang besar terbentang luas. Ke mana semua perabot di rumah ini? Baru setahun dia tidak kemari, sudah banyak perubahan yang berlaku. Rumah ini seperti tak diduduki kerana ia memang benar-benar kosong. Bezanya, rumah ini masih bersih tanpa sebarang debu.

"Mummy, jemput minum." Ralit memerhati sekeliling, Datin Raudhah tidak menyedari kehadiran Rihana bersama air teh yang dibancuh.

"Maaf My. Air teh biasa sahaja ada." Rihana bertutur perlahan. Serba-salah kerana hanya mampu menyediakan air teh kosong sahaja memandangkan memang uncang teh sahaja yang tersedia di dapurnya.

"Ish apa cakap macam tu? Macamlah Mummy tak biasa." Datin Raudhah membuat-buat muka garang. Rihana masih tersenyum, janggal. Dalam masa yang sama, dia masih tertanya-tanya apa tujuan bekas ibu mentuanya ke mari?

"Erm Mummy..." Datin Raudhah berhenti dari menghirup air teh panas itu. Rihana dipandang sekelias sebelum dia meletakkan cawan kembali ke piringnya.

"Maaf bukan Hana tak suka Mummy datang tapi–" Datin Raudhah menghela mafas lemah. Sudah diagak soalan itu akan keluar dari mulut munggil itu.

"Mana ibu Hana? Itu tujuan Mummy datang sini." Tahu apa yang berada di benak fikiran Rihana, Datin Raudhah segera menjawab tanpa sempat Rihana menghabiskan soalannya.

"Ibu?"

"Ya, ibu."

"Erm... Ibu tak ada. Dia ada dengan Aiman." perlahan sahaja Hana bertutur.

"Eh? Ibu Hana tinggal dengan abang Hana sekarang? Jadi Hana tinggal sorang sekarang?" Riana memandang Datin Raudhah seketika. Teragak-agak dia mengangguk.

Izinkan Sekali LagiWhere stories live. Discover now