8 | ISL

3.1K 129 3
                                    

"Hana, mari sini." Rihana yang baru sahaja maju menapak ke luar bilik segera menoleh. Segara dia berbaring di atas katil berbantalkan paha Syakir. Syakir tersenyum melayan telatah manja Rihana. Pejam celik sudah dua bulan mereka bersama kembali. Walaupun kadang-kala terjadi juga pasang-surut, biasalah, rumah tangga.

"Ya abang?" Jawab Rihana dengan mata terpejam. Menikmati usapan Syakir pada ubun kepalanya.

"Minggu depan ada majlis makan malam syarikat. Hana ikut ya?" Rihana mencelikkan matanya luas.

Majlis makan malam?

Ah dah lama dia tak dengar perkataan tu. Lama Rihana termenung. Otaknya ligat mengingati semua majlis yang pernah dia hadiri bersama Syakir dahulu.

"Abang tak kisah ke Hana ikut?" Kata Rihana serba-salah.

"Lah kenapa pulak?" Hairan Syakir dengan soalan Rihana. Dia sendiri yang ajak mestilah dia tak kisah.

"Hana tak cantik. Nanti malulah abang. Lagipun apa kata orang lain bila nampak Hana tiba-tiba ada jadi isteri abang balik? Abang dah maklumkan pada orang balik tentang perkahwinan kedua kita?" Syakir senyap.

"Abang?" Rihana berpaling menghadap suaminya apabila dia merasakan sepi yang terlalu lama.

"Hah?"

"Abang dengar tak apa Hana tanya tadi?" Syakir mengangguk perlahan.

"Jangan risaulah sayang. Awak dah cukup cantik dah. Dan jangan fikir pasal orang lain. Biarkan. Okay?" Rihana diam memikirkannya sebelum mengangguk perlahan.

"Good girl." Syakir tersenyum lebar melihat Hana.

"Tapi kat sana mesti penuh dengan orang educated. Abang tahu kan Hana..." Kata-kata Rihana terhenti apabila bibirnya ditutup dengan sesuatu yang lembut.

"Ha senyap pun. Kena cium dulu baru nak senyap." Muka Rihana merona merah.

"Elele blushing pulak dia. Sayang jangan risaulah. Ni Tuan Syakir. Berani diorang nak kacau isteri abang?" Ucap Syakir bangga. Rihana senyap. Dia masih malu dicium secara tiba-tiba. Ish Syakir ni! Bagilah warning dulu!





"Dah jom, bayar. Ada nak apa-apa lagi ke?" Rihana menggeleng. Kaunter pembayaran dituju.

Seperti yang dijanjikan, Syakir membawa Rihana keluar untuk membeli barangan keperluan diri dan rumah. Kasihan dia melihat Rihana yang terkontang-kanting tak tahu mahu berbuat apa di rumah.

Satu-persatu barang diambil lalu diimbas bar kodnya. Terbuntang mata Rihana melihat jumlah harga yang dipaparkan. Jarinya naik mengira-ngira berapa banyak yang dia dah peruntukkan bulan ni.

Namun, wajah Syakir tenang sahaja. Kad debitnya diserahkan tanpa ragu-ragu.

"RM350.79." Rihana melopong lagi.

"Abang!" Rihana berlari anak untuk menyamakan langkah seiringan dengan Syakir yang menolak troli setelah melakukan pembayaran. Syakir memandang sekilas Rihana yang terkedek-kedek mengejar langkahnya. Dia tertawa kecil sebelum memperlahankan sedikit langkahnya. Nasiblah isteri pendek.

"Hana minta maaf!" Rihana menggapai tangan Syakir lalu dicium lama.

"Kenapa pulak dah?" Isteri dia kena sampuk ke tadi? Hari ini asyik minta maaf je.

"Erm...sebab-se-sebab tuu..." Rihana memuncungkan mulut ke arah troli mereka. Trolinya tak penuh pun. Baru separuh troli.

"Banyak duit abang habis." Syakir memandang troli sekilas. Dahinya jelas berkerut. Biasa sahaja dia rasa?

Izinkan Sekali LagiWhere stories live. Discover now