Big Boss, I Need You!- Bab 4

746 14 0
                                    

"BIG boss menyamar jadi pekerja bawahan?"

Hampir tersedak Awaanis dan Rubi apabila Sabrina

muncul dengan berita terkini itu. Mujur tak tercekik tulang

ikan keli. Cepat dia meneguk air.

"Ya ke Kak Sab? Kenapa kita orang tak tahu? Encik

Azril tak beritahu pun big boss turun padang hari ini." Kecoh

Rubi bertanya. Hilang terus rawannya tadi. Awaanis ikut

mengangguk.

Betul juga kata Rubi itu. Selalunya Azril yang juga

merupakan penyelia mereka itu akan beritahu jika ada

lawatan daripada pihak atasan. Supaya operator bawahannya

berkelakuan baik. Bos besar kut yang turun. Pengarah atasan

kilang a.k.a. CEO. Haruslah semuanya berkelakuan baik, kan?

Awaanis teringat kelakuannya tadi. Main sorok-sorok

pula dalam kawasan kerja. Kalau big boss yang ternampak

tadi macam mana? Kena surat amaranlah gamaknya. Nasib

baik mamat gila itu yang menjadi mangsa sergahannya.

Lelaki tadi itu mungkin jurutera. Warna uniform luar lelaki

itu biru muda. Jurutera atau pengurus sahaja yang memakai

uniform berwarna itu. Boleh tahan juga ya lelaki tadi itu.

"Isy, kan akak kata tadi big boss tu menyamar. Dah

menyamar, siapa je yang tahu pun."

Aduhai... betul juga kata Sabrina. Kalau sudah

menyamar, pekerja di department mereka manalah kenal

siapa big boss yang sebenar.

"Habis tu, ni akak tahu dari mana?" Rubi bertanya

semula. Awaanis hanya jadi pendengar. Dia pun mahu tahu

juga.

"Akak dengan Suzy terdengar Encik Azril borak

dengan dia tadi. Kata ada operator yang main-main waktu

kerja. Terlopong akak dengan Suzy. Handsome bak hang!"

Bersinar mata Sabrina memberitahu kawan-kawannya itu.

Kemudian anak matanya meliar mengitari ruang kantin.

"Haa... sini-sini. Akak nak bisik." Sabrina menggamit

Rubi dan Awaanis supaya mendekat ke meja. Buat gaya

berbisik.

"Apa, Kak Sab?" Awaanis dan Rubi sudah

berpandangan sesama sendiri. Didekatkan juga tubuh mereka

ke meja.

"Kau orang pandang arah meja dekat kawasan VIP

tu." Serentak itu Awaanis dan Rubi mengalih pandang ke

arah yang diberitahu Sabrina.

Awaanis kecilkan pandangan. Di situ ada 3 orang

lelaki. Tuan Syed Rayzan, CLO (Chief Legal Officer) syarikat

itu. Berusia 32 tahun. Masih bujang. Tuan Syed Nadeem,

COO (Chief Operating Officer). Sudah berkahwin. Berusia

35 tahun. Kedua-dua lelaki itu cucu kepada Tan Sri Syed

Big Boss I Need YouWhere stories live. Discover now