"AYEESHA!" Suara garau lembaga itu memanggil nama Ayeesha dengan sekeras-kerasnya. Tuan Ghazi menekup mulut Ayeesha untuk mengelakkan dia daripada membuat sebarang suara. Sesekali lembaga itu masuk juga ke dalam bilik yang mereka diami itu namun lembaga itu gagal mengesan mereka. Mereka duduk disitu, diam, kaku.

* * *

Hari sudah larut malam. Farhana masih tidak boleh tidur, memikirkan nasib suami dan anaknya di alam sana. Hari ini dia banyak menghabiskan masanya di dalam bilik sambil menangis. Malam ini, dia hanya duduk di atas sejadah sambil menadah tangan memohon sejuta harapan kepada sang Pencipta. Meminta perlindungan yang seluas-luasnya buat dua insan tercinta. Moga-moga Allah perkenankan doa murninya. Sekali sekala dia menangis jua. Hati mana yang tidak risau tatkala nyawa insan tercinta bagai telur di hujung tanduk. Sama ada masih memiliki peluang untuk meloloskan diri atau terus terjerumus ke dalam lembah kematian, tiada siapa yang tahu penghujungnya. Harapannya tinggi kepada yang maha Esa. Moga-moga tangisannya didengari oleh semua penghuni langit, bahkan sehingga langit yang ketujuh.

* * *

Dua ekor lembaga itu sekali lagi pulang dengan tangan kosong. Max menjadi sangat-sangat berang.

"AKU TAHU ADA ORANG JUGA DISINI! CAKAP, SIAPA ORANGNYA?!" Max terus menyeksa Khairani.

"A.. aku..t..tak.. t..ta..hu.." tergagap-gagap Khairani menjawabnya dek menahan seksaan yang teramat pedih. Lebih banyak seksaan yang ditanggung, lebih banyak darah yang dikeluarkan. Sehingga pucat mukanya dibuat. Baru sehari berada disini. Bagaimana jika dia berhari-hari terkandas disini? Mungkin dia akan mati ditangan manusia zalim ini.

"Kau main-main dengan aku?" Max mencekik leher Khairani.

"Kau tahu tak jika aku nak bunuh kau dekat sini, aku boleh je. Kau nak mati ke?" Max menjadi berang. Matanya mula bertukar merah.

"Aku rela mati dijalan Allah daripada mati dalam kesesatan.." Khairani mempertahankan dirinya. Max mencekik Khairani dengan lebih kuat.

"Aku berkuasa disini. Kau makin lama, makin mencabar kesabaran aku.." Max memandang tepat ke dalam iris Khairani. Khairani mula mencungap mencari nafas. Lehernya dicekik kuat sehingga menampakkan urat lehernya menjadi tegang. Max melepaskan cengkamannya daripada leher Khairani.

"K..kenapa k..kau tak b..bu..nuh s..sahaja aku?" Khairani benar-benar tidak kesah akan ancaman yang bakal dia terima terhadap Max. Baginya, tugasnya disini sudah selesai. Ayeesha sudahpun selamat. Itu sahaja kemahuannya.

"Aku masih mahukan Ayeesha! Aku tak mahu kau!" Max menempik Khairani. Khairani hanya terdiam sambil memenuhkan peparunya dengan oksigen yang diperlukan.

"Pergi! Cari lagi budak durjana tu! Pastikan dia ada! Kalau tak, kita yang mati nanti!" Max mengarahkan lagi syaitannya untuk mencari. Syaitannya hanya akur sahaja.

"Kau tak takut, kalau syaitan kau tu berpaling tadah terhadap kau?" Khairani sering mencabar Max. Manakan Max tidak berang dengannya. Namun bagi Khairani, ini sahaja cara untuk membuatkan Max berfikir agar tindakannya menyembah syaitan merupakan suatu tindakan yang kurang bijak. Moga-moga memperoleh hidayah buatnya.

"Buat apa mereka mahu berpaling tadah? Aku yang mencipta mereka. Aku yang beri mereka makan.."

"Allah yang cipta mereka. Bukannya kau. Kau juga merupakan ciptaan Allah.." selamba Khairani menjawab.

The SecretWhere stories live. Discover now