PROLOG Unknown 1

10 0 0
                                    

GONG!

GONG!

GONG!

Dengungan gong mula bergema di alam itu. Cahaya daripada letusan bunga api yang berwarna-warni berkecamuk memenuhi dada-dada langit yang gelita. Sorakan dan siulan yang kuat kedengaran malah tidak dihiraukan. Suasana pada malam hari sungguh meriah. Bisikan kegembiraan rakyat-rakyat didengari di seluruh pelosok alam itu. Gembira dan megah dengan pelantikan pemerintah baru yang bakal berlangsung selepas lima juta tahun penantian.

Bunga-bunga ros merah berdarah di sekeliling jalan mula mekar sepanjang perjalanan menuju ke tempat pertabalan dan baunya memenuhi atmosfera alam itu,

Wangi.


Mengasyikkan.

Mengghairahkan.

Bagaikan tersenyum dan tidak sabar dengan pelantikan itu.

Hembusan bayu malam menyebabkan kelopak-kelopak bunga itu berterbangan mengelilingi alam itu.

Di permukaan alam itu, kelihatan banjiran suatu makhluk yang berwarna putih menghentak-hentak kaki mula menyapa pandangan matanya.

KTAK!

KTAK!

KTAK!

Kaki mereka dihentak-hentak secara seragam di lantai yang putih dan berkilat seperti mutiara. Tiada kesan calaran pada lantai tersebut walau berjuta kali geseran antara kaki dan juga permukaan lantai yang jernih itu.

Ajaib.

Seperti berada dalam barisan kawad, jutaan mereka hanya mempunyai satu arah. Tujuan mereka hanya untuk menuju ke arah tempat pertabalan tersebut. Mereka melalui pintu pagar besar setinggi 15 sentimeter yang mempuyai ukiran tengkorak putih dan juntaian daun-daun bunga ros. Bersebelahan dengan pintu pagar itu terdapat dua tengkorak gergasi berdiri tegak mengawal pintu masuk sambil menggenggam dua tombak di kiri dan kanan tangan mereka. Mereka hanya kaku. Eksperisi kosong.

Tidak memberi respon.

Tiada bebola mata.

Tiada jiwa.

Di atas pagar itu,mempunyai berbagai bentuk lekukan tajam. Sangat tajam seperti berbilah-bilah pedang bersama resapan racun di hujung bucu yang boleh membawa maut. Di celahan itu pula, seekor makhluk gergasi hijau kehitaman yang panjang melingkar elok di atasnya.


Poisonous Snake.

It's a cobra.


Secara perlahan-lahan, juntaian rerambut daun membuka laluan setelah mereka melalui pintu pagar itu.


Sebermula itu, singgahsana yang mewah mula menyapa pandangan mata sehingga para makhluk dari alam yang lain melihat ia, akan berasa takjub dan terpegun dengan kemewahannya menyebabkan mata mereka terpaku dan tidak mampu menoleh seketika. Keluasannya boleh memuatkan dua ratus juta makhluk yang hadir.


Setiap hentakan di permukaan lantai, memberi ngauman yang menakutkan seperti seladang mendengus kemarahan dan bersedia untuk menanduk musuhnya.

STOMP!

STOMP!

STOMP!

Api menari-nari di atas obor yang berada di setiap pelosok dinding setiap kali hentakan bergema.

Hidup.

Ia hidup. Bagai menyokong langkah maju segerombolan putih itu. 

Cahaya daripada semua obor itu memberi suasana yang malap itu sedikit terang. Dengan bantuan lampu-lampu neon yang berwarna kuning keemasan ditambah dengan suara-suara yang berbisik kuat memberikan suasana yang hening itu meriah.

Duduknya di atas singgahsana itu dengan posturnya yang menegakkan ialah seorang wanita cantik bergaun merah garang. Gaunnya itu melekap sehingga menampakkan lekuk badannya yang indah. Tangannya perlahan  mengusap-usap Pocco, si berbulu putih di pangkuan ribanya. Kaki kanannya disilangkan di atas paha kiri.

Sexy.

Bersama bibir merahnya berbentuk hati tersenyum tajam menyaksikan perarakan makhluk-makhluk putih di hadapannya.

Seductive.

Alis matanya yang melentik dan bebola mata berwarna hijau emerald yang melekat di entiti-entiti  tersebut memukau setiap pandangan makhluk di setiap alam malah mampu menjadikan igauan di dalam tidur mereka.

Intimidating.

Cold.

Hidungnya yang membukit tinggi melihatkan dirinya seperti seorang yang angkuh. Rambut perang kemerahan separas pinggangnya sesuai dengan kulit putih pucat yang diwarisinya sejak lahir, melambai-lambai dek hembusan bayu dan sisa kelopak ros melekat di rambutnya.

Unique.

Biasan cahaya yang terpalit di rambutnya menambah kilauan dan bersinar umpama sinaran mentari yang menyuluh di pagi hari. Mahkota perak sebesar tapak tangannya yang mempunyai ukiran juntaian-juntaian daun dihiasi di kepalanya menyilau pandangan mata. Di tengah mahkota itu mempunyai batu emerald yang susah dijumpai biarpun sejuta tahun memburu di setiap pelosok alam.

Hentakan kaki berhenti serentak.

Dia berdiri. Seiring itu, dengan langkah yang anggun, dia menuruni tangga satu-persatu. Ekor gaunnya yang panjang turut mengikut rentak pergerakannya. Sehingga langkah ketiga terakhir untuk menjejak di hadapan makhluk berkawad itu dia berhenti.

Harold, penolong kanan alam itu berjalan ke arahnya. Tanpa menoleh sedikitpun, dia menghulurkan sebelah tangan. Dan pedang separas pahanya diserahkan kepada wanita itu.

Di hadapannya kini terdapat debu-debu merah berkilat disuluh cahaya rembulan. Bersaksikan berjuta-juta tulang-tulang putih di sekelilingnya, Merinda dan Harold, penolong kanannya. Dia, Alexandra Elizabeth, the queen of Skullyvy Knight Realm. Menyelar sekilas laju tapak tangannya hingga titisan merah mengalir ke atas debu-debu merah tersebut diresap. Sekelip mata, torehan di tangannya menghilang. Namun, debu-debu tanah yang dicemari itu berterbangan menyebarkan 'perasmian' di seluruh 'SKULLVY KNIGHT REALM.'

Serentak itu, tengkorak-tengkorak mula berlutut di hadapannya.

Merasmikan permaisuri baru mereka.

The Skulls (On-Going) Where stories live. Discover now