Rindu Mama

7 1 0
                                    

Perlahan lahan mata dibuka. Kepala terasa sangat sakit. Berdenyut denyut kepala aku apabila diangkat.

" Mummy..! Mummy..! " Suara aku menjadi serak. Telefon di atas meja aku capai perlahan lahan. Nombor papa aku taip satu persatu.

" Papa..Kepala Ara sakit.." jelas aku dengan keadaan suara yang serak.

Tidak lama kemudian papa dan mummy muncul dihadapan pintu bilik aku.

" Ya Allah Ara, panas ni. Demam ke? " duga mummy. Aku memejamkan mata menahan sakit kepala.

Dalam keadaan separa sedar, kami sudah sampai ke hospital yang terdekat. Sementara menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor, aku berbaring di atas kerusi dan kepala beralaskan peha mummy.

Cahaya yang memantul ke arah aku lagi menyakitkan kepala aku. Ya Allah, kuatkan aku.

Beberapa jam kemudian, aku tersedar.

" Mama.."

" Sayang, Mika here. Mummy dengan papa balik sekejap kemas kemas baju sayang. " sahut Mika perlahan. Lega hati aku mendengar suara Mika. Sungguh tenang. Kepala aku juga sudah tidak sesakit macam tadi.

" Mika, Ara kenapa? " soal aku tentang diri yang berbaring di atas katil.

" Sayang dekat hospital sekarang. Doktor cakap Ara demam panas ni. " Anak mata Mika yang awal awal tadi di bucu katil, kini sudah beralih kepada kepala aku. Terjongket kening aku dengan pandangan Mika. Sehelai selendang dihulurkan kepada aku.

" Pakai ini, tutup rambut Ara. " Tiba tiba aku baru perasan bahawa aku tidak bertudung. Cepat cepat aku mengambil selendang dari tangan Mika. Kami menjadi tidak keruan.

Mika menuang segelas air kosong dan hulurkan kepada aku. Tanpa membuang masa, aku capai lalu menghabiskan air kosong itu. Haus.

" Arman bagitahu Mika ke Ara dekat sini? " teka aku. Sudah masak dengan perangai adik aku tu. Sikit sikit mengadu dekat Mika.

" Nope, papa yang call lepas habis sekolah tu. Dekat kelas Mika rasa macam tak sedap hati bila Ara tak masuk kelas. " luah Mika.

Aku tersenyum.

" Ara. " Papa mencelah setelah sudah separuh badan memasuki bilik dimana aku ditempatkan.

Aku menoleh ke arah papa. Papa datang bersama satu beg. Mungkin beg berisi pakaian aku. " Mummy dengan Arman mana? " soal aku.

" Mummy tadi dia tak sempat nak masak untuk Arman. Arman ada kelas tambahan untuk pt3. " jelas papa lalu meletakkan beg tadi diatas sofa.

Mika menyalami papa dan bertegur sapa sedikit. " Mika dah makan? "

" Hm belum. Ingat sekejap lagi nak turun makan sekejap. "

" Ish tak payah lah. Ni aunty ada masak asam pedas ikan patin untuk Ara. Banyak ni, boleh lah makan sekali dengan Ara. " jelas papa.

Papa mengeluarkan bekas makanan mangkuk tingkat yang disediakan oleh mummy. Bau aroma asam pedas ikan patin itu sudah memasuki rongga hidung aku.

Asam pedas buatan mummy memang tiada tandingan. Sepuluh tahun aku hidup dengan masakan mummy sehingga aku sudah lupa masakan mama.

" Kuat Ara mengelamun sampai Mika panggil pun tak dengar. " Aku tersentak.

" Hm apa dia papa? " mata aku beralih kepada Mika yang tertunduk.

" Maaf, Ara cuma rindukan mama. Kan seronok kalau mama ada dekat sini. Mama boleh kenal Mika. " luah aku akan kerinduan terhadap mama.

Papa bangun dari sofa menuju ke arah aku. " Sayang papa rindu mama? Kita doakan yang baik baik okay untuk mama. Papa yakin, mama okay sahaja dekat luar sana. " pujuk papa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 17, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Beautiful Memory Of YouWhere stories live. Discover now