Aku mengangkat kening juga. Dah kenapa? Aku menyentuh pipi. Terkejut tengok bintik-bintik merah di wajah bak bulan aku agaknya.

"Eh kamu bukan budak yang dalam cctv yang Aryan cari..." ayatnya terhenti. Cuba mengecam dan mengingat. Teragak-agak Pakcik Amin takut tersalah orang.

Mata aku membulat.

God damn it!

"Cctv?" Elizabeth memandang aku.

"Pakcik salah orang kut," aku tertawa menutup kegugupan.

"Tapi Pakcik rasa..."

Ketika itu juga jam tangan Baby-G aku berbunyi. 10.30 malam. Rasa bersyukur tak terhingga itu terdetik di hati. Waktu kecemasan beginilah jam ini sangat berguna! Can't describe how much I love you my Baby-G!

"Dah lambat! Nanti pagar hostel tutup!" Aku terjerit kecil. Mendatangkan suasana cemas. Walaupun hakikatnya pagar hostel tutup pada pukul 11.00 malam.

Elizabeth mengangguk. Juga menjadi kelam kabut.

"Jomlah. We need to go now. Bye bye, Uncle Amin." Elizabeth mengangguk dan melambai pada Pakcik Amin.

"Hati-hati." Pakcik Amin mesra membalas. Masih lagi memandang aku.

"Okay." Jawab kami serentak.

Meliar mata aku di luar kawasan bangunan PHEP. Berjaga-jaga sekiranya masih ada MPP berdua itu. Tidak sampai 10 tapak kami berjalan. Dari jauh kami dapat melihat kelibat mereka berdua itu yang datangnya dari South Atrium. Bersembang sambil menaiki anak tangga. Aduh! Lengan aku mencuit siku Elizabeth. Gadis disebelah aku itu menoleh segera.

"Liz..." belum sempat aku menyambung kata, laju sahaja lengannya sudah naik ke bahuku. Aku menyimpan tawa. Kakinya dibuat tempang sebelah.

Finally, I found my partner in crime!

Aku menoleh semula memandang Pakcik Amin. Pakcik Amin ketika itu sudah membawa langkahnya pergi dari bangunan PHEP. Aku memandang cermin kaca di tingkat 1 bangunan itu. Tirai yang menutupi cermin kaca itu menyebabkan penglihatan aku terbatas untuk melihat isi dalamnya.

Rasa bersalah?

Sikit.

Takut?

Sikit.

Seronok?

Sangat!

Kau yakin nak biarkan dia terkurung dalam sana Helena?

Rasa yakin aku sehingga tak sabar untuk hari esok.

"Are you okay, El? Your smile never fades since we step out from PHEP. Is there any interesting things you wanna share with me?" Bisik Elizabeth. Matanya memandang manusia berdua itu yang berjalan ke mari. Masih jauh tetapi langkah mereka tidak lama lagi akan sampai ke tempat kami berdiri.

"I'll tell you later." Bisikku.

"Aku rasa mereka berdua itu sedar kita dekat sini," ujar Elizabeth sedikit pelat. A muslim girl, anak Malay-Chinese yang diberi nama Elizabeth Aurora. Tuannya jamilah seperti namanya.

3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈Where stories live. Discover now