"ok" jawab Seo Hyun dalam keterpaksaan
"bagus. Jumpa kat rumah nanti" ujar Jimin.
*********
(waktu malam di rumah mereka)
Mereka berempat sedang makan malam bersama, nampaknya mereka berdua berlakon sehabis baik konon nya pasangan suami isteri bahagia.
“seronok eomma tengok kamu berdua ni, macam bahagia. Kamu berdua tak pergi honeymoon lagi kan? kami dah sepakat nak suruh kamu pergi honeymoon. Kami dah siapkan segala-galanya. Kamu hanya pergi je” kata Puan Shinri. Jimin dengan Seo Hyun yang ketika itu sedang makan tersedak mendengar kata-kata eomma mereka. Seo Hyun mencuit kaki Jimin sebagai isyarat agar Jimin membantah cadangan eomma mereka itu. malangnya Jimin sikit pun tak sedar, sibuk makan. disebabkan geram, Seo Hyun menyepaknya dengan kuat. Muka Jimin berkerut menahan sakit, sempat lagi dia menjeling ke arah Seo Hyun yang menujuklan riak selamba.
“errr, rasanya tak boleh lagi lah. Kami sibuk dengan kelas” celah Jimin.
“bukan esok kamu dah cuti semester ke? Kelas apanya?” sambuk Puan Gaeyu.
“kami kena siapkan assignment, Haa group assignment. Penting ni” balas Seo Hyun.
“dekat sana pun boleh buat, sekarang zaman teknologi, bawak laptop je, bukan setakat boleh video call, nak skype pun boleh. eomma dah tempah pun bilik kamu berdua. Esok kamu pergi”
“Hah!! Esok?!!” jerit Seo Hyun dengan Jimin serentak
******
Jimin masuk ke bilik Seo Hyun, terdapat banyak Lego yang tersusun cantik di atas rak buku. kelihatan Seo Hyun sedang melipat baju-bajunya. Jimin teragak-agak hendak duduk di atas katil Seo Hyun. Walaupun sudah lebih empat bulan berkahwin tapi mereka still tidur asing-asing.
“Aku dah siap kemas, kau dah kemas belum? Kalau belum biar aku tolong lipatkan” kata Seo Hyun.
“belum. Tolong lipatkan untuk aku boleh?” soal Jimin. Seo Hyun hanya mengangguk. seketika kemudian Jimin kembali bersama pakaian di tanganya.
“Malam ni kau tidur bawah, katil ni aku nak tidur sorang” ucap Seo Hyun sambil baring di atas katil. Mana boleh nak kongsi katilnya dengan orang lain, lagi-lagi dengan Jimin. Jangan haraplah.
“selimut dengan bantal mana?”
“dalam almari, kau ambil sendiri”
(10 minutes later)
"Weh Seo Hyun, boleh tak aku tidur atas, sakit belakang la kat bawah ni" Jimin buat muka kesian. Seo Hyun buat muka meluat.
"Haih boleh, 1 syarat" jawab Seo Hyun.
"Ape? Ape? Aku sanggup buat" jawab Jimin laju
"Nak handphone, aku nak layan movie. Aku punya dah habis data" Seo Hyun menghulurkan tanganya. Jimin hanya memberi tanpa banyak soal.
"Weh Jimin, kenapa otak burung unta lagi kecik dari matanya eh?" soal Seo Hyun. Namun tiada jawapan. Seo Hyun memandang ke sisi, Jimin dah terlena. Seo Hyun mendekatkan wajahnya dengan wajah Jimin.
"Pft takdela hensem pun, pelikla aku kenapa semua perempuan kejar kau" Seo Hyun menyelimutkan Jimin lalu memejamkan matanya.
**********
Mereka bersiap-siap untuk ke Pulau Jeju, lokasi honeymoon mereka. Seo Hyun terbongkok-bongkok seperti mengambil sesuatu di bawah almari biliknya. Jimin hanya memandang pelik.
“Cepatlah. Ish! Macam ni la perempuan. Selalu lambat!” marah Jimin.
“kejap, kunci motor aku jatuh bawah almari ni, tak sampai nak ambil” Seo Hyun masih mencuba.
“tepi, orang pendek macam kau ni memang la tak sampai nak ambil. Sini aku ambilkan”.ujar Jimin.
“pendek kau panggil aku? Kau pun pendek jugak” balas Seo Hyun.
"At least aku lagi tinggi dari kau" Jimin menolak perlahan kepala Seo Hyun lalu menyerahkan kunci.
Setelah itu, mereka bergerak ke kereta dan Jimin mula memandu
*****
‘Pin! pin!, Pin! Pin!!-bunyi hon kereta-
“kau berhenti tepi jalan sekarang! Sakit hati aku dengan orang yang asyik hon kat belakang tu” kata Seo Hyun sambil membuka seat belt. Memang dia dah tak boleh sabar.
“biarlah diorang tu, buat tak tahu je” jawab Jimin dengan selamba.
“aku cakap berhenti sekarang, atau aku pecahkan cermin kereta kau dengan steering lock ni!” ugut Seo Hyun. Lalu Jimin memberhentikan keretanya, takut Seo Hyun betul-betul pecahkan cermin.
“ok ok, aku berhenti. Hah? Kau nak buat apa?” soal Jimin dan memberhentikan keretanya.
“kau keluar, biar aku yang bawa kereta ni. Ish! Kau bawak dahla slow, tengah jalan pula tu. Memang la orang marah. Kau ni dah berapa tahun dapat lesen ha?” Ucap Seo Hyun sambil mengambil tempat sebelah pemandu. Geram pulak dengan perangai Jimin.
“biar lambat asal selamat” ujar Jimin dengan bersahaja.
“wei, slow sikit bawak kereta ni, aku takut la laju-laju camni. Kalau kau nak mati sangat, mati sorang-sorang. Jangan babitkan aku” kata Jimin apabila melihat meter kelajuan.
“kalau kau bawa, memang hujung tahun ni baru sampai la. Bawa mengalahkan siput sedut. Eomma aku pun bawa lagi laju daripada ni" balas Seo Hyun.
Selepas satu jam memandu, mereka hampir sampai di tempat yang dituju, Jimin nampaknya sedang enak tidur, siap peluk bantal kesayangan Seo Hyun lagi.
"ewah, aku penat memandu kau sedap je tidur. Dahla guna bantal aku pulak tu. bangunlah, dah nak sampai ni” kata Seo Hyun sambil menggoncang Jimin, tapi Jimin sikit pun tak bergerak. Melihat Jimin yang tak sedar-sedar, Seo Hyun membuka seat belt Jimin senyap-senyap dan brek mengejut. Tersembam Jimin ke depan
“adoi, sakitla! Apsal ni?!" ucap Jimin sambil menggosok dahi. Nasib baik tak lebam.
“dah sampai. Aku kejut kau tak dengar. Padan muka” kata seo Hyun sambil membuka pintu kereta dan mengeluarkan barang-barang mereka.
Tanpa membuang masa mereka menuju ke arah hotel.
*jgn lupa komen and support my story ok!
KAMU SEDANG MEMBACA
[C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민
Fiksi PenggemarBila kau lebih memilih untuk berdamai dari bermusuh. Tapi,... Tak sangka perdamaian itu mencetuskan 'bala' "Kau pun mesra semacam dengan budak tu. Ke teringin nak anak? Aku boleh bagi"
PART 10
Mulai dari awal
![[C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민](https://img.wattpad.com/cover/203670805-64-k466090.jpg)