"tak jadi langsung rancangan kau tu" kata Seo Hyun sambil meletakkan begnya. Jimin yang ketika itu sedang menghafal terkejut
"oh Eomma!" latah Jimin. Sampai tercampak buku di tanganya. Seo Hyun ketawa terbahak-bahak, latah rupanya. nasib baik kedudukan mereka jauh dari orang lain.
"boleh tak jangan buat aku terkejut?!" marah Jimin sambil mengurut dadanya. Seo Hyun mengangkat tanganya tanda maaf
"rancangan yang kita plan tu tak jadi" ujar Seo Hyun.
"gagal lagi? Kenapa rancangan kita asyik gagal je" keluh Jimin. Seo Hyun mengangkat bahu
"Macam ni lah, aku ada satu plan yang baik punya. Yang ni confirm berjaya" balas Jimin
"apa?" soal Seo Hyun. Jimin mula menceritakan plan tersebut kepada Seo Hyun
"are you sure? Tak naklah!. Kalau kita buat macam tu, seumur hidup diorang takkan maafkan kita. Silap- silap tak mengaku anak lagi" balas Seo Hyun
"satu hari nanti diorang akan faham juga. Dont worry, aku akan bertanggungjawab" ujar Jimin. Seo Hyun hanya mengangguk lemah. Hatinya berbelah bahagi
(4 hari sebelum tarikh perkahwinan)
Seo Hyun turun ke dapur untuk mengambil minuman, sedang melintasi bilik ibunya, terdengar suara ibunya sambil memegang sekeping gambar
‘yeobo, tak lama lagi anak kita akan kahwin. Suaminya adalah anak kawan baik saya, saya gembira kerana selepas ini akan ada orang yang akan jaga dia. Kalau terjadi sesuatu dekat saya, sekurang-kurangnya ada orang yang akan jaga dan melindungi dia. Saya rindu dekat yeobo, sampai masanya nanti saya akan teman yeobo’
Perlahan-lahan air mata Seo Hyun menitis mendengar kata-kata eommanya yang ketika itu sedang memegang gambar appanya. Tanpa membuang masa, Seo Hyun menuju ke bilik dan mencapai telefon lalu menghubungi Jimin
(Sementara itu di rumah Jimin)
“eomma nak bagi sesuatu kepada kamu. Buka lah” hulur Puan Gaeyu sambil menghulurkan sebuah kotak kecil
“apa ni?..rantai? nak buat apa? Takkan eomma nak saya nak pakai kot?” soal Jimin selepas membuka kotak tersebut
“bukan untuk kamu lah, tu untuk bakal isteri kamu. rantai ni dulu appa kamu yang bagi dekat eomma, sekarang eomma nak bagi dekat menantu meomma pula” terang eommanya
“tiada benda yang paling gembira dalam hidup eomma selain kamu dapat kahwin dengan Seo Hyun. Eomma sangat gembira ketika kamu bersetuju untuk berkahwin dengan Seo Hyun” sambung eommanya dengan muka yang gembira Itulah kali pertama Jimin melihat senyuman manis milik ibunya semenjak kematian appanya. Serta-merta dia menjadi serba salah untuk menolak cadangan ibunya. Tiba-tiba terdengar deringan telefon bimbit nya. Tertera nama Seo Hyun, tanpa membuang masa dia terus menjawab panggilan itu
‘hello, eh kenapa kau menangis ni?’ soal Jimin kalut setelah mendengar esakan di hujung talian
‘aku tak sanggup nak menghampakan harapan eomma aku lagi. Dia betul-betul gembira untuk jodohkan aku dengan kau. Aku tak sanggup untuk menghampakan dia’ ucap Seo Hyun sambil menangis teresak-esak. Hati Jimin berasa berbelah bahagi apabila terdengar Seo Hyun menangis
‘aku pun sama, eomma aku begitu gembira. Aku tak nak eomma aku sedih lagi. Nampaknya kita harus ikut cakap mereka’ balas Jimin
******
Akhirnya, Seo Hyun dan Jimin selamat menjadi suami isteri. Eomma mereka nampaknya begitu gembira dengan perkahwinan anak-anak mereka. Tanpa membuang masa, Puan Gaeyu dan Puan Shinri menuju ke arah Jimin dan Seo Hyun yang ketika itu sedang berbual-bual dengan saudara mereka
“ini kunci rumah kamu berdua” kata Puan Gaeyu sambil menghulurkan segugus kunci kepada Jimin
“hah?! Tapi Seo Hyun nak tinggal dengan eomma ” balas Seo Hyun sambil memegang tangan eommanya. Jangan haraplah dia nak tinggal serumah dengan Jimin, tengok muka pun dah menyampah apatah lagi nak duduk sekali
“jangan nak merepek, kamu tu dah kahwin. Jadi kena tinggal dengan suami kamu, mana boleh tinggal dengan Eomma lagi" balas Puan Shinri
"alah, sampai semester ni je. tak lama pun, 3 bulan je lagi. Please..please....." rayu Seo Hyun
"the answer is no!" tegas Puan Shinri.
Seo Hyun mencuit Jimin dan memberikan isyarat agar membantah cadangan itu
“errr, betul kata Seo Hyun tu, rasanya tak sesuai lagi lah untuk kami tinggal bersama. Final exam dah dekat, jadi lebih banyak nak kena fokus. Nak kemas barang-barang lagi. Tak sempat. Assigment pun banyak nak kena hantar ni, tu tak termasuk dengan midterm exam lagi. Lepastu ada program dekat universiti lain pula. Lusa pun ada program dengan budak sekolah lagi. Pendek kata sekarang memang tak sesuai" ujar Jimin panjang lebar
"baguslah tu, untuk exam nanti boleh la kamu ulangkaji sekali dengan Seo Hyun" ujar Puan Gaeyu
"kami bukan sama course pun. Buat apa nak ulangkaji sekali. Lainlah kalau dengan Jin tu. Please Eomma, Jimin nak duduk dengan Eomma sampai akhir semester ni je. Please..." kata Jimin. Cuba untuk memujuk Eommanya.. Kalau nak suruh melutut pun dia sanggup
“no excuse Jimin, apa-apa pun mulai hari ini, kamu kena tinggal berdua. Tak boleh tinggal dengan eomma lagi” balas Puan Gaeyu
“eomma ni nak halau kami ke?” soal Seo Hyun
“bukan nak halau. Kamu berdua dah besar, belajar lah berdikari sikit. Mana boleh bergantung kepada kami lagi" kata Puan Shinri. Ayat itu sudah cukup untuk mematikan kata-kata Jimin dan Seo Hyun daripada memberi alasan lain. Nak tak nak, mereka terpaksa tinggal bersama
***
(di rumah baharu mereka)
Akhirnya Seo Hyun dan Jimin tiba di rumah mereka. Itu pun lambat sampai sebab Jimin yang membawa kereta mengalahkan siput. Slow sangat-sangat. Disebabkan malas nak bertekak, Seo Hyun hanya diam. Seo Hyun segera keluar dari kereta untuk melihat rumah mereka,
“besar juga rumah ni” bisik Seo Hyun sambil berjalan ke arah pintu utama
“oiii, beg-beg ni siapa nak angkat?” jerit Jimin selepas melihat Seo Hyun berjalan melenggang ingin masuk ke dalam rumah. Macam tak de pape
“siapa lagi, kau la yang angkat. Takkan jiran sebelah rumah ni kot. Kau kan lelaki” jawab Seo Hyun sambil tersengih dan meluru masuk ke dalam rumah
“budak ni letak batu ke dalam beg, berat betul. dahla langsung tak tolong. Tak pasal-pasal aku pula yang kena angkat,” rungut Jimin sambil mengangkat beg-beg mereka masuk ke dalam rumah.
Jangan lupa untuk vote & comment guys! Hope you all can support!
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민
Fiksyen PeminatBila kau lebih memilih untuk berdamai dari bermusuh. Tapi,... Tak sangka perdamaian itu mencetuskan 'bala' "Kau pun mesra semacam dengan budak tu. Ke teringin nak anak? Aku boleh bagi"
![[C] HATE : PARK JIMIN : 박 지민](https://img.wattpad.com/cover/203670805-64-k466090.jpg)