Pschhhh!

"Allah!"

Tergamam Aryan.

Air bikarbonat itu memancut keluar terkena mukanya. Baju putih yang dipakainya turut menjadi tempias air Pepsi itu.

"Shoots!" Berdecit Aryan. Matanya melilau mencari air bagi mengelakkan lekit.

Tap!

Matanya terpandangkan botol air Puma berwarna hitam yang elok terbaring di atas pondok.









" WATER bottle!" Helena berdecit. Teringat. Dia sudah keluar dari bangunan Upper Highschool. Marker Pen dan gam air dimasukkan ke dalam beg bersama senyuman.

Dia sudah berkira-kira mahu berpatah balik ke padang ataupun tidak. Tapi tak nak hadap lelaki gila itu kembali.

Dia selangkah ke hadapan.

'Mahal tu.'

Selangkah lagi.

'Mummy beli tu.'

Dia hampir menapak ke hadapan dan terhenti semula.

'Hilang botol air tu kau tak ada botol air lain,' kata hatinya.

Helena memejamkan matanya. Ish, kenapa kau boleh tertinggal benda alah tu Helena? Nafasnya ditarik. Menahan sabar.

Helena pusing ke belakang.

Tidak jauh dari tempatnya berdiri, dia ternampak manusia yang amat dibencinya yang semakin menghampiri. Dia merengus kecil. Mereka semakin hampir.

"Hai, Helena." Ierfan menegur lembut ketika mereka berselisih.

"Don't pretend to be nice." Wajah lelaki itu langsung tidak dipandang. Menonong langkahnya ke padang.

Terhenti langkah Ierfan. What?! Apa dosa aku? Ierfan menggaru keningnya.

Allah! Ierfan tersedar sesuatu. Helena mesti tidak sedar bahawa dia adalah kembar Aryan kerana minggu lepas dia selesema teruk dan terpaksa memakai mask selama seminggu.

Ierfan redha apabila dirinya disalah tafsirkan.

Helena meneruskan langkahnya ke padang. Dari grandstand, dia dapat melihat lelaki itu disana. Langkahnya semakin perlahan.

Kalau lelaki gila tu dekat situ, habis dengan siapa aku bercakap tadi??? Helena mengerling ke jam tangannya. 6.00 pm tepat. Belum senja lagi.

Helena terduduk di salah satu bangku. Dia memandang Aryan yang elok berbaring diatas pondok itu dari jauh.

Seram sejuk. Menakutkan. Dia bukan nampak hantu, kan?

"He's my twin." Ada suara yang menegurnya dari belakang.

Helena berpaling. Matanya membulat. Eh?!

"I'm Ierfan." Ierfan memandang Helena bersama senyuman kecil.

Helena pantas berdiri. Cuba mencerna apa yang didengarinya. Wajah lelaki itu dan lelaki ini sangat serupa. Patutlah pun. Kembar rupanya.

3 𝒲𝑜𝓇𝒹𝓈, 8 𝐿𝑒𝓉𝓉𝑒𝓇𝓈Where stories live. Discover now