28; The Last Of Us

1.1K 88 18
                                    

warning;

ending dia tah pape. maaf ehe:3

-Minseo POV-

Ah CHOO!

Fuh dilanda selesema! Segera aku mengambil sapu tangan di dalam poket blazer aku ini. Usai mengesat hingus tadi, aku mula mengeluh. Fikiranku jauh melayang ke Malaysia.

Okay staph! Minseo tak pernah nak serius._.

Actually, aku teringat peristiwa semalam. Dimana aku takleh tidur sebab fikir pasal hal ni! Setelah lama berfikir, akhirnya aku sudah membuat keputusan. Aku sudah menghantar mesej kepada Baekhyun serta Mingyu untuk berjumpa dengan aku harini.

Meskipun Mingyu enggan berjumpa kerana kejadian dirinya di'reject tempoh hari, aku tetap memujuknya sampailah dia bersetuju. Syukur! Oh ya tapi mereka tak tahu yang aku mengajak mereka berdua untuk berjumpa dengan aku serentak. Sengaja aku rahsiakan supaya kerja lebih mudah.

Aku masih lagi menunggu kedatangan mereka di atas bumbung sekolah ini. Heh! Tak menepati masa sungguh lelaki ni-__-!! Aku dah berhingus dah kat sini menahan sejuk pagi² ni. Mana la dua ekoㅡ okay maap. Dua orang senior aku ni!

Ah CHOO!

Ha, sudah! Stres aku dibuatnya! Hingusku dikesat lagi. Terkumat-kamit mulut aku mengutuk senior² aku ni. Tiba², kedengaran pintu rooftop sekolah ditutup.

gotcha! Dorang dah datang!

Aku terus berpaling menghadap Baekhyun dan Mingyu yang mengorak langkah menghampiri aku. Aku terus mengukirkan senyuman sebaik sahaja mereka sudah berada didepanku ini.

Mereka saling menjeling tajam antara satu sama lain. Haih, susah gini.

"Kenapa dia ada kat sini?"

"Eh, aku pula? Patutnya aku yang tanya. Kenapa kau kat sini?" soal Mingyu sambil merenung Baekhyun tajam. Bagai nak tembus! Baekhyun hanya memutarkan bebola matanya.

"Dah dia chat aku suruh jumpa dia."

"Eh, hello! Excuse me SIR BYUN BAEKHYUN! Aku siap kena pujuk tau untuk berjumpa dengan dia." hambur Mingyu pula. Kini, mereka saling bertaut pandangan. Baekhyun sudahpun menggenggam tangannya menjadi sebijik penumbuk. Tinggal mahu layangkan sahaja pada wajah gerangan didepannya itu.

Aku yang melihat keadaan tersebut terus menegur mereka. Takleh jadi ni! "Sudahlah awak berdua! Jangan berperangai budak² boleh taㅡ"

"SIAPA BUDAK?!" soal mereka serentak sambil memandangku. Aku terdiam sejenak. Sudahlah ayat dipotong, boleh lak buat camtu💔

Aku cuba menenangkan diri sendiri. Wajah mereka ditatap penuh teliti. "Saya tak suka awak berdua jadi macamni. Ini ke lelaki? Ini ke senior? Kenapa berperangai macamni? Awak berdua tu kawan. Kawan baik. Perlukah bergaduh sampai macamni?" soalku bertubi². Mereka berdua terdiam. Aku mengeluh kecil.

"Berbaiklah. Dan awak, Mingyu. Tak perlulah sampai nak putus kawan. Saya tahu awak berdua bergaduh kat koridor haritu. Saya nampak tapi saya tak mampu nak halang. Maafkan saya sebab telah merosakkan hubungan persahabatan korang berdua. Saya takkan pilih sesiapa. Itulah yang terbaik untuk kita." sambung aku lagi. Baekhyun mula memegang tanganku. Wajahnya terlihat sedih. Namun aku hanya membalasnya dengan satu senyuman kelat dan terus menepis perlahan tangannya itu.

Aku memandang Mingyu, "Sunbae, saya nak cakap sikit dengan Baekhyun sunbae." ujaranku dibalas dengan anggukan lalu Mingyu beredar.

"Aku tunggu kat dalam." pesannya lalu menutup pintu rooftop. Kini tinggallah aku dengan buah hatiku, iaitu Baekhyun. Baekhyun masih lagi mempamerkan wajah sedihnya. Timbul rasa bersalah dalam diriku ini.

"Sunbae."

Baekhyun memandangku. Tatapannya seperti dipenuhi dengan rasa pilu. Aduh, sebak! Tiba², diriku ditarik ke dakapannya. Tindakan drastiknya itu membuat aku tergamam. Dapat aku rasakan pelukannya dieratkan. Bagai tidak mahu lepas!

Suasana sunyi seketika, sehingga aku dikejutkan lagi dengan merasakan bahuku seperti basah. Baekhyun menangis ke?

Aku hanya mampu menggetap bibir. Susah pula nak bercakap dalam keadaan macam ni. Tidak lama kemudian, pelukan dileraikan. Baekhyun terus mengesat air matanya. Okay, dia memang menangis tadi.

Wajahku dipandang oleh Baekhyun. "Thanks." ucapnya lalu beredar daripada situ tanpa berbicara apapun. Sebaik sahaja kelibat Baekhyun tidak kelihatan, mataku mula berkaca.

Ya, aku sedih. Sedih dengan keputusan sendiri. Aku pantas menyeka air mataku. Aku tak boleh menangis. Minseo kena kuat! FIGHTING!

-end-

okay bye.

[C] Misi Memujuk Crush | bbhWhere stories live. Discover now