Benar,tempat tidur sebelahku kosong.Hatiku berbelah bahagi ingin menjejaknya atau tidak.Akhirnya,kakiku derhaka akan tuannya.

Perlahan lahan,aku keluar bilik dan mengintai disebalik ruang tamu.Gelap dan kosong.

"Apa yang-"

Prangg!

Terhinjut bahuku saat mendengar bunyi kaca pecah dari arah dapur.Mindaku mula berfikiran negarif.

Disangkakan bahawa Seokjin mungkin tercedera akibat kaca pecah tersebut,aku berlari anak kearah dapur.

Tiada sesiapa.

"Seokjin?"

"Seokjin...awak dekat mana?"

"Seok-umph!"

Terkejut bukan kepalang diriku apabila satu figura kelihatan menutup mulut dan rongga pernafasanku.

Tanganku tergapai gapai,sedaya upaya menyedut udara dengan rakus.Semakin lama,pandangaku semakin kabur akibat jantung yang mulai lemah.

Saat itu,kedengaran figura yang menekup mulutku tadi menyeringai kesakitan.

Aku terlepas dari genggamannya.Mulutku mengeluarkan bunyian batuk yang perlahan.

Dari ekor mata,dapat kulihat dengan jelas Seokjin dan figura itu saling bertumbukkan sesama sendiri.

"Young Ji,lari!"

"H-hah..." Jujur lemah lututku ingin bangun sekarang.

Buat seketika,aku terkedu apabila kornea mataku singgah di wajah figura tersebut.

"Jungkook?"

Iris mata Jungkook merenung tepat kearahku sambil tersenyum sinis.Hujung bibirnya yang berdarah diusap dengan ibu jari.

"Tak sangka,wajah pecah macam kau ni pun...uhuk! Boleh ada boyfriend eh..."

"Jaga mulut kau,setan!" Amarah Seokjin meluap luap sebelum satu lagi penumbuk diacukan kearah perut Jeon Jungkook.

Jungkook tersandar lemah di dinding dapur.Hancurlah abs dia kalau ditumbuk di perut berkali kali.Para peminat,sila marah Seokjin.

"Young Ji?"

"Huh?"

Seokjin menekup kedua belah pipiku."Kenapa bangun tidur?Tengok kau dah macam ni..."

"Takpe,saya okay-"

Splashh!!

Mataku membuntang tatkala melihat aku dan Seokjin sudah basah lencun disimbah air.Senyuman sinis terguris di bibir Jungkook sebelum mencampak jauh baldi berisi air sejuk tadi.

"Kau,masuk perangkap."

Aku tahu,Seokjin alah pada air.Tetapi yang aku hairan,macam mana si jebon ni tau?!

Tanganku mengenggam erat bahu Seokjin sebelum mengelus pipinya."S-Seokjin?Awak okay tak?"

Badan Seokjin yang kaku menimbulkan rasa amat resah dalam diri aku.Jungkook pula?Sudah melarikan diri.

Diriku lebih mengkhuatiri Seokjin berbanding Jungkook.Biarlah si jebon tu nak lari sampai kehujung dunia,aku tak kesah!

"Seokjin! Jawablah! Jangan kaku macam ni!"

Air mataku mulai mengalir.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

TBC

Allahu,kalini fail teruk buat action scene 🌚🙊

Tinggal satu lagi bab sebelum final.Jujur,aye rindu readers supporting aye yang dulu🙂❤

Even sikit je,aye sayang hiks.
M

ana korang em?

Hana perlukan semangat🙂

BTW,
Lagi dua bab sebelum tamat.

Borahae honey💜

Love Web.Where stories live. Discover now