•⊰ Prologue

1.3K 187 309
                                    

Love Web • KSJ
"Alone?Contact me."

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

Йой! Нажаль, це зображення не відповідає нашим правилам. Щоб продовжити публікацію, будь ласка, видаліть його або завантажте інше.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

"Sudah!Menyesal saya kahwin dengan awak ni!Jagalah anak awak tu sendiri!Saya dah penat,dah serik!"

"Eh!Tu bukan anak saya je tau!Anak awak juga!Apsal serah ke saya sorang je?!"

"Dah awak yang lahirkan!Apa kaitan dengan saya pulak?!"

Sayup sayup kedengaran bunyi omma dan appa aku saling bergaduh.Sementara aku,duduk didalam bilik sambil berpeluk lutut.

Menangis?Ya,aku menangis.Aku tak suka keluarga aku macam ni.Mana hilangnya keluarga aku yang ceria dahulu?

"Dasar jantan tak guna!Menyesal saya kahwin dengan awak!Menyakitkan hati je!"

"Awak ingat saya suka kahwin dengan awak?!Sudah!Mulai harini,saya ceraikan awak dengan talak tiga!"

Sejurus selepas itu,kedengaran pintu utama rumah aku ditutup kuat.Akhirnya,selepas 17 tahun omma dan appa aku saling bentak membentak,appa aku lafazkan kata keramat itu.

"Baguslah tu!Berambus!Menyemakkan mata aku je!"Bentak omma aku.

Setelah tiada kedengaran bunyi bising lagi,perlahan lahan aku keluar bilik.Ruang tamu diintai dari anak tangga.

Kelihatan omma aku sedang bersiap siap sambil mengenakan baju yang agak seksi.

"Omma..."

Omma aku memandang aku seolah olah aku ni orang asing.Nampak sangat dia bencikan aku dan menyesal lahirkan aku.

"Apa kau nak,Young-Ji?Hari hari menyusahkan aje kerja kau."

"Omma...nak ke mana?"

"Tak perlu tau.Ingat eh,kalau kau cuba cari aku,aku bunuh kau terus.Kewujudan kau dalam dunia ni buatkan hidup aku tunggang langgang je!Dah,jauhkan diri dari aku!"

Mata aku sudah penat mengalirkan air mata saban hari.Jadi,aku hanya mampu terduduk di anak tangga rumah sambil melihat omma aku dengan pandangan sayu.

Aku tak berapa kisah sangat tentang sosio-ekonomi hidup aku sebab aku dah biasa bertahan tanpa makanan seminggu dua.Omma dan appa aku bukan hadap sangat nak jaga aku betul betul.

Cuma,aku takut.Aku tak dapat hidup seorang diri.

Dengan siapa aku ingin berkata kata?Walaupun omma dan appa aku garang macam singa,aku tetap cuba luahkan rasa tidak puas hati.

Apa lagi?Bukan ditenangkan jiwa aku ni,malah aku dibentak.

"Kau ni kan!Kau ingat aku kesahkan sangat problem kau tu?Problem sendiri,pepandailah urus!"

Buat seketika,rumah aku kembali kosong dan sunyi.

Sesunyi hati aku yang dah penat dengan semua ini.Jika ini takdir dari Tuhan,baiklah.

Aku reda.

──────⊹⊱✫⊰⊹──────

TBC

Saya cuba karya pendek.Dan saya harap,anda semua menyukainya😗😊

Muah ciket 😘😘Balaslah eyy geget kang.

Love Web.Where stories live. Discover now