012

2.1K 251 23
                                    

T W E L V E
- sorry -

in your sleep I want to dream
with you no matter when ,
as if nothing had happened
Nap Of A Star - TXT

|◁      II     ▷|



" Sabarlahh Aliceee " bisik Yuqi, menepuk perlahan belakang Alice yang sedang menangis teresak-esak.

Mereka sedang bersembunyi di sebuah stor di belakang perpustakaan sekolah tersebut. Stor tersebut merupakan tempat persembunyian rahsia mereka berdua.

Sedaya-upaya Alice cuba menenangkan dirinya sendiri tetapi air matanya seperti tidak mahu berhenti. Tertekan. Malu. Kecewa.

" A-awak b-baliklah kelas " kata Alice dengan suaranya yang lemah dan tergetar-getar.

Yuqi memeriksa jam tangannya. Sepuluh minit lagi sebelum kelas akan bermula.

" Tapi awak macam mana? " soal Yuqi, risau.

Betul juga. Takkanlah dia pergi ke kelas dengan emosinya yang tidak stabil? Tapi takkanlah dia stay sahaja di dalam stor itu hingga waktu balik?

" Hm.... boleh tak awak tolong ambilkan air dengan tisu dari beg saya ? "

" Okay. Awak tunggu sini kejap , eh? " kata Yuqi lalu cepat-cepat keluar untuk mengambil barang yang diminta.

Alice mengeluarkan phonenya lalu membuka camera. Apabila dia melihat wajahnya sendiri, dia ketawa kecil.

Teruk betul rupa kau, fikir Alice. Lalu dia mengelap air matanya . Tak boleh jadi ni. Aku kena kuat. Aku tak boleh tunjuk dekat diaorang yang aku ni lemah dan senang dipermainkan.

Apabila pintu stor terbuka, Alice mendongak. Dia menyedari itu bukan Yuqi.

" Awak buat apa dekat sini? "

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

" Song Yuqi " panggil Yeonjun untuk kali ke berapa entah. Yuqi akhirnya mengalah, memberhentikan langkahnya yang baru sahaja mahu ke kantin sekolahnya.

Dia memusingkan badannya untuk melihat Yeonjun . " Apa? "

" Mana Alice ? Kenapa kau cakap dengan cikgu dia tak hadir tadi? " soal Yeonjun.

Yuqi menggulingkan matanya. " Kenapa kau nak kisah? Kau bukannya ada kaitan dengan dia "

" Aku kisah sebab aku kawan dia " balas Yeonjun dengan keras.

" Jap, apa? Kawan? " soal Yuqi lalu ketawa sinis. " Laa... kawan rupanya... patutlah kau tak defend dia tadi " katanya, sengaja mengejek Yeonjun.

Yeonjun mengetap bibirnya geram. " Aku tahu aku salah . Sebab tu aku nak minta maaf dengan dia . Tapi dia dekat mana sekarang? "

" Entahlah " balas Yuqi selamba. Jelas sekali dia sebenarnya malas mahu memberitahu Yeonjun jawapannya. " Awak cubalah tanya Soobin " katanya sebelum terus berlalu meninggalkan Yeonjun.

ice prince s1 • yj ✔Where stories live. Discover now