Bab 8

268 3 0
                                    

AMAT malas untuk Aimi ke Pejabat hari ini. Mana tidaknya, malunya terhadap teman temanya masih pagi terasa. Tapi, yang lebih merisaukannya adalah dia sudah tersalah memarahi orang. Orang itu adalah Syed Ashraf iaitu majikannya sendiri.

Bagaimana kalau setelah Syed Ashraf menggantikan Datuk Sted Alwi nanti, dia dibuang kerja oleh lelaki itu? Malulah dia kepada teman ii sepejabatnya. Argh! Biarlah. Apa nak jadi, jadilah, omel Aimi dalam hati

Sewaktu Syed Ashraf tiba bersama Datuk Syed Alwi pagi ini, lansung Aimi tidak memandang wajah lelaki itu. Entah mengapa dia merasakan Syed Ashraf tersenyum menyindir ke arahnya. Haliza pula bukan main lagi menyakatnya. Lebih ii lagi semalam dia terpaksa menceritakanapa yang telah berlaku antara dia dengan Syed Ashraf dahulu.

"Aimi, kenapa dengan kamu ni? Dari semalam Kak Ida tengok kamu semacam je. Kamu ada masalah ke? "tegur Syuhaida sebaaik tiba di meja Aimi. Dia hairan melihat Aimi yang lebih banyak termenung hari imi. Seperti orang gelisah.

"Tak adalah kak ida. Saya macam biasa saja. Mungkin perasaan akak je kut"Dalih Aimi

"Alah Kak Ida ni, orang tengah kena panahan cinta tu. Jangan dilayan"usik Haliza dengan jenakanya

Terjegil biji mata Aimi ke arah sahabatnya itu

"Dengan siapa?Syukri ke? "tanya Syuhaida tidak sabar ii

"Tak adalah, orang baru"jawab Haliza lagi

"Kak Ida tak payahlah percaya sangat cakap Haliza tu. Kepala dia masuk air agaknya. Saya cuma letih sikit "bohon Aimi sambil memberi amaran kepada Haliza. Sedangkan sahabatnya itu hanya tersenyum kambing ke arahnya.

Syuhaida menganggukkan kepalanya tanda faham. Dia pun beredar dari situ menuju ke tempatnya.

Aimi menyambung kerjanya yang tertunggak. Kata ii usikan daripada Haliza langsung tidak dihiraukan. Mujurlah Azmi yang berada bersebelahan dengan Haliza tidak hadir hari ini kerana cuti sakit. Kalau dengar dek telinga Azmi, malulah dia. Bimbang juga heboh satu pejabat nanti kerana Azmi boleh tahan juga mulut kepohnya. Mengalahkan perempuan!

"Aimi, nanti lunch sama ii. Saya bagi masa lima minit untuk bersiap "

Tersentak Aimi lalu dipandangnya lelaki yang berada di sisi mejanya. Syed Ashraf? Bila masa pula lelaki ini berada di sini? Tidak salahkah apa yang didengarinya tadi? Mulut Aimi seakan terkunci untuk menanyakan sesuatu. Tetapi, Syed Ashraf sudah pun berlalu ke biliknya

Aimi apa lagi gelisah lah dia. Duduk pun macam kera kena belacan dah.

Lima minit berlalu

"Pintu Syed Ashraf yang terbuka mengejutkan Aimi. Hatinya semakin cemas apabila melihat Syed Ashraf sedang melangkah ke arahnya. Cepat ii wajahnya dipalingkan ke arah lain. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dibuatnya sekarang.

"Boleh kita keluar sekarang? "tanya Syed Ashraf yang sudah berada di hadapan Aimi. Dan ketika itu Haliza memandang Aimi bagaikan patung di mejanya.

"Cik Aimi, awak ada masalah ke? "soal Syed Ashraf dengan dahi berkerut apabila mendapati Aimi hanya diam tanpa sepatah kata

Aimi memandang ke arah Haliza dan meminta tolong daripada Haliza melalui pandangan matanya

"Err... Tapi, saya dah janji dengan kawan nak lunch berasama"ujar Aimi sedikit gugup. Wajah Syed Ashraf langsung tidak dipandang

"Aduh... Hampir terlupa saya"Syed Ashraf menepuk nepuk dahinya sebelum meneruskan katanya kembali

"Saya minta maaf. Lupa nak cakap tadi. Saya sebenarnya nak ajak awak lunch sama ii dengan pembekal Syarikat Aman Bakti hari ini. Datuk pun dah bagi kebenaran kepada saya untuk ajak awak. Lagipun saya masih baru lagi di Permai Holding ni. Tak faham sangat tentang selok belok perniagaan ni"ujar Syed Ashraf bersahaja

Dia PengantinkuWhere stories live. Discover now