Bab 7

202 2 8
                                    

PAGI ini Aimi terlewat bangun. Selepas subuh tadi, matanya masih lagi mengantuk. Anggaranya mahu tidur sekejap sahaja,tetapi tak sangka sehingga terlewat begini. Terpaksalah dia meminta bantuan Encik Khalid menghantarnya ke tempat kerja. Mujurlah ada sepasang baju kurung yang sudah digosok di dalam almari. Segera dicapai tanpa berlengah. Rambutnya yang panjang disanggul dengan kemas. Sempat dia berbedak nipis dan memakai secalit lipstik sebelum bergegas mendpatkan Encik Khalid di garaj kereta

"Hmm... Tulah. Abah suruh beli kereta, Aimi taknak. Kan senang kalau ada kecemasan macam ni "cetus Encik Khalid kepada anak bongsunya sebaik sahaja keretanya sudah berada di atas jalan raya

"Alah, Aimi nak kumpul duit dulu. Tak sukalah pinjam melalui bank. Nanti kena bayar faedah lagi. Lagipun, Aimi kerja tak sampai setahun lagi "jawab Aimi

Encik Khalid hanya mengeluh sahaja.Anak bongsunya itu macam ii perangai disuruh kahwin tak nak kan dah susah nak pergi kerja. Kalau ada suami senang dia boleh hantarkan

Setibanya kereta Encik Khalid di hadapan syarikat Permai Holding Aimi terus menyalam tangan abahnya.

"hati ii Aimi. "sempat Encik Khalid menitik pesan kepada anaknya itu

Aimi hanya tersengih dan mengangguk

Tergesa gesa Aimi melangkah masuk ke Permai Holding. Dia berasa amat lega kerana sampai ke pejabat tepat pukul 8.00 pagi. Kalau seminit lagi dia lewat, tentu punch cardnya berwarna merah. Aimi menarik nafas lega.

"Lewat harini Aimi "tegur Syuhaida yang sedang mengambil beberapa fail yabg berada di almari berdekatan Aimi

Aimi hanya tersenyum dengan teguran Syuhaida. Kebiasaanya dia yang terlebih dahulu sampai ke pejabat sebelum Syuhaida. Kesal pula rasanya apabila tertidur semula selepas subuh tadi.

"Perhatian semua!!!"Encik Amir yang baru sahaja keluar dari biliknya bersuara. Semua mata memandang ke arahnya

"saya cuma nak beritahu kamu semua. Setengah jam lagi kita semua perlu berada di bilik mesyuarat. Datuk mahu memperkenalkan kita kepada anaknya yang baru balik dari Melbourne. Jadi saya harap kamu dapat memberi kerjasama dan tepati masa. Ada apa ii soalan sebelum saya beredar? "

Masing ii sepi. Encik Amir yang sudah faham dengan situasi begini terus meminta diri.

"pst.... Pst..... Aimi! "panggil Haliza separuh berbisik

"Apa dia? "

"Anak datuk tu lelaki ke perempuan? "

"Isy! Manalah aku tahu. Kenapa kau tak tanya Encik Amir tadi? "jawab Aimi malas

Haliza hanya mencebikkan bibirnya apabila melihat Aimi menjawab soalanya dengan acuh tak acuh je

SEMUA para pekerja Permai Holding sudah berada di dalam bilik mesyuarat pada waktu yang dimaklumkan oleh Encik Amir sebwntar tadi. Masing ii sudah tidak sabar ii menunggu Datuk syed Alwi bersama anaknya yang akan muncul di dalam bilik mesyuarat tidak lama lagi.

Pintu bilik mesyuarat terkuak mengejutkan semua pekerja pekerja di syarikat Permai Holding itu

Kelihatan Datuk Syed Alwi masuk dengan senyuman yang agak manis. Masing ii mendiamkan diri dan memandang Datuk Syed Alwi dengan seribu tanda tanya apabila melihat majikan mereka masuk kedalam bilik mesyuarat sendirian.

"Saya minta maaf kepada semua pekerja Permai Holding kerana telah mengambil masa anda semua.Seperti yabg saya maklumkan kepada kamu melalui Encik Amir, hari ini saya akan memperkenalkan anak saya yang baru pulang dari luar negara. Sekejap lagi dia datang"beritahu Syed Alwi dengan tersenyum lebar

Masing ii mendiamkan diri dan menunggu dengan debaran. Lebih ii lagi Aimi. Bermacam macam andaian bermain dalam benak fikirannya

"Maaf saya terlambat "ujar seorang lelaki muda tampan yang baru sahaja muncul disebalik pintu mesyuarat. Mata masing ii tertumpu ke arahnya

Aimi yang membelakanginya berpaling

"Saya kenalkan ini anak saya, Syed Asyraf Datuk Syed Alwi "Datuk Syed Alwi memperkenalkan anaknya kepada semua pekerja ii di Permai Holding itu

Berderau darah Aimi apabila melihat lelaki itu yang akan menggantikan kedudukan Datuk Syed Alwi nanti.

Cepat ii Aimi memalingkan wajahnya ke arah lain

Kakitangan wanita Permai Holding teroukau dengan ketampanan Syed Ashraf. Wajah yang bersih, berambut rapi, berbadan tegap, segak seperti ayahnya

Syed Ashraf melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Aimi. Hanya itu sahaja tempat kosong yang dikhaskan untuknya.

Aimi semakin gelisah.

"baik,saya kenalkan, ini anak saya Syed Ashraf. Untuk makluman semua, anak saya ini akan menggantikan tempat saya sebagai CEO Permai Holding.

Aimi tersentak dengan pengumuman yang diberikan oleh Datuk Syed Alwi tadi. Ini bermakna dia akan menjadi setiausaha kepada Syed Ashraf tidak lama lagi. Aimi tidak senang duduk

"okayy so Ashraf ada apa ii nak katakan sesuatu?"soal Datuk Syed Alwi kepada anaknya

Syed Ashraf hanya tersenyum dan mengangguk

"Ya..... Ermm saya harap kamu semua dapat memberi tunjuk ajar kepada saya memandangkan saya masih baru di sini "ucap Syed Ashraf pendek

Seketika kemudian Datuk Syed Alwi bersuara

"Ashraf, kenalkan ini Aimi Najwa. Aimi ni setiausaha di sini. Apa ii hal berkaitan dengan mesyuarat di dalam mahupun luar, dia akan catatkan masa dan tentukan di mana tempatnya. segala urusan, kamu boleh rujuk kepada dia "beritahu Datuk Syed Alwi kepada anaknya

Syed Ashraf habya tersenyum ke arah Aimi

Selesai sahaja mesyuarat, cepat ii Aimi melangkah keluar dari bilik mesyuarat  meninggalkan Haliza di belakang

SETIBANYA di meja ,Aimi menghadap ke arah skrin komputernya .pandanga Aimi seakan akan kosong pada tulisan yang tertera di skrin komputernya. Inilah kali pertama dia tidak dapat fokus pada kerjanya. Mengapa harus Syed Ashraf yang menjadi Anak Datuk Syed Alwi?mengapa tidak orang lain? Kalaulah dia boleh mengetahui masa akan datangnya, mahu sahaja dia memperbaiki semua kesalahannya itu.

"Selamat bertemu kembali cik pengantin "

Terdengar suara gemersik itu ditelinga Aimi apabila seseorang melangkah ke hadapan mejanya. Dia tersentak. Dia tidak sangka Syed Ashraf masih mengingatinya. Cik pengantin? Argh!! Gelaran yang paling dibenci nya. Matanya kaku memandang Syed Ashraf yang keluar dari pintu pejabat

Aimi merungut sebal 'oh tuhan mengapa begitu berat dugaan yang kau berikan kepadaku' keluhnya

Done 912 word
Vote and comment
Don't forget to follow me
@nurul128450

Dia PengantinkuWhere stories live. Discover now